Today is a gift that we have to enjoy and be grateful to, tomorrow is something that we have to work very hard for, yesterday was a memory that we have to learn from.
Thursday, 14 December 2017
Sanah Helwah buah hati ummi dan abah tersayang - 220604 - 220615
Assalamualaikum w.b.t anak gadis ummi dan abah tercinta, Hasya Amalin Hizamel,
Sanah Helwah yang ke -11 buat sayang ummi, abah, kakak dan adik-adik ini. Hari lahir sayang tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan tercinta. Dengan ummi yang sarat, tahun ini hanya sambutan doa kecil-kecilan yang kita raikan sempena hari lahir Hasya tahun ini.
Anak ummi ini, kakak yang solehah, selalu melantunkan hafazhan ayat-ayat Al-Quran buat adik di dalam rahim ummi. Alhamdulillah dengan hafazhan juzuk 30 dan surah-surah pilihan yang Allah izinkan Hasya menghafalnya, menjadi modal bicara dengan baby didalam perut.
Geli hati ummi dan abah melihat betapa Hasya teruja saat merasakan gerakan adik didalam perut, pesan Hasya, setiap adik bergerak mesti bagitahu Hasya. Dengan usia meningkat remaja sekarang, kakak dan Hasya banyak membantu ummi dan abah menyelesaikan kerja dirumah, urusan kain baju yang perlu dibasuh, disidai dikemaskan Hasya dan kakak adalah pro. Dengan kakak di asrama sekarang, Hasyalah yang menguruskan seterika baju sekolah dan urusan adik Hafiy setiap pagi. Semoga Allah membalas taatmu anakku dengan pahala dan kebaikan berterusan hingga syurgaNya. Sekarang kalian berdua gigih belajar memasak dengan ummi. Pro dalam masak nasi dan nasi goreng. Anak yang taat buat ummi abah, bersyukurnya kami pada Allah yang Maha Esa, semoga Allah terus menuntun hati Hasya menjadi muslimah solehah wa musleh InsyaAllah.
Sepulangnya dari United Kingdom, Hasya terus meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran dan kokurikulum. Alhamdulillah. Sudah lama ummi tak update cerita Hasya, Kakak dan Adik di blog kita ini buat kenangan kalian di kemudian hari.
Hasya ku sayang,
Syukur ummi dan abah panjatkan, Hasya memperolehi naib juara dalam tilawah Al-Quran dan naib juara untuk Choral Speaking tahun lepas dipertandingan antara sekolah Agama Swasta, Tahun ini Alhamdulillah, juara untuk single badminton dipertandingan antara sekolah agama swasta. Penghafaz harapan dan terbaik untuk kem hafazan bersanad hujung tahun lepas. Teruskan kecemerlanganmu anakku dan panjatkanlah sepenuh kesyukuran pada yang punya kesemua kecemerlangan itu, Rabbul Izzati. Semoga terus menjadi inspirasi buat adik-adik nanti InsyaAllah,
Hasya kecintaan ummi dan abah,
Kecemerlangan dalam pelajaran juga membanggakan ummi dan abah Alhamdulillah, tidak sukar dalam membantu Hasya bersedia, anak gadis ummi penuh dengan semangat dan pandai berdikari dalam persediaan peperiksaan. Sumber ispirasi adik untuk menjejaki kakak Hasya mengambil hadiah setiap tahun Alhamdulillah. Hasya, jadilah anak yang bersyukur, masih ummi ingat, masa di tahun 3, bila Hasya mendapat 100 untuk matapelajaran Tajwid, Hasya terus sujud syukur atas nikmat itu. terkejut ummi, sebab ummi tak pernah dedahkan Hasya dengan sujud syukur. Rupanya, ini hasil didikan muallim dan muallimah di sekolah Hasya. Alhamdulillah. Sungguh, semua kejayaan itu milik Allah jualah. dan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. akan dikurniakan, dan begitu sebaliknya. Jadilah hamba Allah yang solehah dan taat. Ummi doakan cita-cita Hasya menjadi doktor yang hafizah tercapai InsyaAllah.
Hasya Amalin Hizamel,
My little lady,
grow graciously,
with Iman in your heart,
life can never be so hard,
with taqwa in your akhlak,
life will always be colourful,
with ikhlas in your deed,
the highest Jannah you can reach.
My little lady,
grow graciously,
with Iman as your cloths,
life can always be so smooth.
My little lady,
the elders are here to be respected,
the youngsters are here to be loved,
true friends are here to be treasured,
Mom and Dad are here to be referred,
P/S: Kiriman lewat. hanya selepas lebih dua tahun, Ummi tulis ini pada 2015. Ntah kenapa baru Allah izinkan pos sekarang
Subscribe to:
Posts (Atom)