Wednesday, 26 May 2010

Memori Hati - Selamat Ulangtahun Baitul Muslim yang ke 9


Sembilan tahun,

Menganyam rasa menjadi bidadari duniamu,

Sembilan tahun,

Mengumpul bahagia, lengkapnya sebahagian dari iman,

Sembilan tahun

Mera’i cinta, memohon pada yang Esa,

Biar diri ini sahajalah ratu pada al-Hurul Ain abang nanti,

Sembilan tahun,

Menjulang tinggi, gelaran isteri bukan mainan lagi,

Nabi Allah pernah bersabda,

“Sekiranya aku harus memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya lantaran besarnya hak suami yang ditentukan Allah ke atas isteri.” (Abu Daud)

Suami mithali itu selayaknya begitu seperti kata Nabi kecintaan kita

Dan, Zauj, abanglah suami mithali itu.

Sembilan tahun bersama, membelai kasih,


Pada Rabbul ‘Izatti di pohon,

Jauhlah hati dari tidak berterima kasih,

Jauhlah hati dari mengungkit,

Jauhlah hati dari membandingkan,

Kerana itu mainan syaitan.


Pada Rabbul ‘alamin di pohon,

Biar sama kita merasa nikmatnya,

Bersimpuh di tebing sungai dari madu dan susu,

Menghirup wangian kasturi sejauh 100 tahun jaraknya,

Bersanding bersama dipelaminan berhias,

Di tiup udara nyaman , panasnya tidak membakar dan sejuknya tidak menggigit,

Pakaian kita indah, dari pohon tuba,

Nikmat di sana, Allah janjikan,

sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata,

belum pernah terdengar oleh telinga dan

tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia.


Y a Shabab,

Zaujku tercinta,

Cita kita sama,

Menuju redha Allah,

menggapai syurga Allah hendaknya,

Pimpinlah kami, menuju redha Allah,

Pimpinlah kami mengecap manisnya hidup yang kekal abadi,

Dalam tempat yang penuh dengan kenikmatan,

Yang tidak pernah satu mimpi pun pernah menyentuhnya,

Ditempat yang kekal abadi,

Pimpinlah kami menyintai Allah yang Maha Agung,

Pimpinlah kami menyintai negara akhirat, lebih dari dunia ini.

Kami sentiasa akan berjalan seiring.

Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Rahmatilah Baitul Muslim kami,

Kami mengharapkan tahun-tahun yang semakin gemilang,

Menjulang cinta buatMu ya Rabb,

Kami memohon semoga amanah yang tergalas di bahu,

Dapat kami laksanakan,

Mendidik anak-anak kami menjadi muslim dan muslimah sejati,

Aameen……

Selamat Ulangtahun Baitul Muslim kita yang ke -9.

.

8 comments:

Hizamel said...

Salam Sayang,

Selamat Ulangtahun Perkhawinan yang ke-9. Coretan hati yang amat menarik dan penuh makna.

Alhamdulillah telah 9 tahun usia perkahwinan kita. Tetapi terasa bagaikan semalam baru diijabkabulkan. Alhamdulillah Allah memberi kita merasa nikmat bercinta dan berkasih sayang ini.

Seperti pernah abang katakan sebelum ini, ikatan kerana Allah adalah asas dalam hubungan ini. Marilah sama-sama kita berdoa semoga kebahagiaan ini kekal buat selamnya. Amin.

Selamat Ulangtahun yang ke 9 wahai isteriku tersayang.

Salam penuh kecintaan,
Abang

melatiblossoms said...

Thanks sayang,

Pesanan dan kata abang masih dipegang erat, semoga kita mengotakan kata, ya sayang.

"_".

:):)

Latifah said...

wahhhh... syahdunya membaca kisah puan ni... Happy Anniversary puan! (^_^)

melatiblossoms said...

hehehe, thanks latifah

Woot Woot Station said...

Salam..Kak Ati..hepi anniversary...terasa nk kawin cepat je baca entry K.ati yg ni..heheh..insyallah

aha said...

wah.dah 9 tahun.. Selamat aniversary.. hehe

Min said...

selamat ulangtahun perkahwinan ke-9 wahai sahabat... semoga bahagiamu membawa ke syurga abadi...

melatiblossoms said...

Dina: Kahwin cepat2 kalau dah ada calon yang soleh jangan tunggu lagi

adik: 9 years and counting... hehehehe wiii

min: terima kasih sahabat.. semoga kita saling berkunjung disyurga nanti InsyaAllah... aameeen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails