Today is a gift that we have to enjoy and be grateful to, tomorrow is something that we have to work very hard for, yesterday was a memory that we have to learn from.
Saturday, 12 June 2010
Seperti langit-Mu runtuh menghempas kepalaku ya Allah.....
Anakku... dia sedang tidur, badannya tengah panas, kepenatan, badan yang masih terkejut dengan peristiwa semalam, yang semestinya bagi ummi seperti langit Allah runtuh menghempas kepala ummi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pukul 2.10 petang itu ummi pulang seperti yang dijanjikan, selepas jumpa supervisor hari ni, ummi rasa seperti ingin berehat melepas lelah mengumpul 'progress' dua minggu. Abah ajak ummi teman abah tengok world cup, kegilaan saat ini untuk semua orang, 4 tahun sekali. Ajakan yang memang tak mungkin ummi katakan tidak, sejak mula kahwin, ummi dah abah tak pernah lepaskan tonton world cup bersama.
South Africa vs Mexico (1-1), kemudian abah ke tempat kerjanya. Pulang kerja abah sungguh excited menonton France melawan Uruguay (0-0). Perlawanan habis lebih kurang 9.30 malam. Abah ubah Hafiy yang dah tertidur atas abah. Kemudian abah ke dapur untuk buat air mocha seperti biasa. Ummi ikut abah untuk siapkan makan malam abah. Bila terpandang benjolan dibelakang abah, ummi teringat malam semalam bila abah menyuarakan kerisauan abah pada benjolan tersebut, kata abah, seperti keluar sesuatu dari benjolan itu tapi tak sakit. Benjolan yang sudah di situ selama lebih kurang 8 tahun, dahulu kecil sekarang lebih besar. Bila dirujuk pada doktor dulu, katanya liang peluh yang tersumbat menyebabkan benjolan itu.
Ummi cuba tengok-tengok, macam ada liang roma yang lebih besar, ummi cuba picit sedikit dan memang ada 'thick whitish thing' keluar dari liang roma. Abah minta ummi terus picit, dan banyak pula yang keluar, dan benjolan itu sedikit berkurang.
"Abang rasa cam lapar sangat, abang makan dulu nanti sambung yek," pinta abah.
"sayang, abang rasa macam nak pitam," adu abah pada ummi, semasa abah hendak memulakan makan malamnya.
Tiba-tiba abah rebah perlahan-lahan, menggelungsur dari kerusi makannya, matanya seperti kekiri dan kekanan, mulut abah seperti ingin berkata sesuatu, tetapi abah tidak sedar ketika itu sebenarnya, puas kita panggil nama abah, abah tetap juga tidak sedar.
Seperti langit jatuh ke kepala rasanya, tak pernah lagi kita lalui saat seperti ini. Dalam kepanikan itu ummi minta kak yong telefon auntie manja dan uncle Eran. Hasya yang memang mudah tersentuh hatinya mula mengangis-nangis memanggil abah. Kakak juga seperti kepanikan. Ummi dan kak yong harus menjadi orang dewasa yang rasional ketika itu.
Abah tersedar selepas 2-3 minit, abah seperti terpinga-pinga, ummi beritahu yang abah pengsan sebentar tadi. Abah kemudian seperti kesejukan dengan badan dan wajah yang sangat pucat. Hanya Allah yang tahu hati kita saat itu anakku. Abah yang sihat-sihat saja, boleh rebah dan pengsan dan dengan saat itu juga berubah dari sihat kepada sakit. Betapa kuasa Allah itu amat besar, apa sahaja yang Allah kehendaki pasti akan berlaku, sungguh ummi menginsafinya. Tiada daya dan upaya kita melainkan semuanya dengan pertolongan dan kehendak Allah.
Uncle Eran dan Auntie Manja tiba dirumah. Dan mula menolong ummi abah dan anak-anak. Kemudian uncle fendi dan uncle farid datang kerumah, dengan kepakaran uncle farid sebagai seorang doktor, kami mengambil keputusan untuk menghubungi 999. Paramedik dan ambulans yang sangat pantas. dalam masa 5 minit dalam panggilan, paramediks sudah sampai ke rumah untuk membuat assessmen awal. Belum selesai assessmen awal ambulan sudah tersedia untuk membawa abah ke hospital. Selepas separuh malam disana dengan 'check up' dan ujian yang dijalankan, abah dibenarkan pulang. 'A nasty viral infection?' , mungkin itulah puncanya. Ummi dan abah sampai dirumah dalam pukul 4.30 pagi. Anak-anak dan kak yong sudah ketiduran di sofa bed diruang tamu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Anakku, tiada sesuatupun dialam ini, dicakerawala ini yang bukan kepunyaan Allah, semuanya adalah hak Allah, nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita juga adalah hak Allah. Dialah yang berhak mengambilnya bila-bila masanya sahaja. Tugas kita menghargai dan menggunakan sebaiknya nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat sihat sebelum sakit, nikmat lapang sebelum sempit, nikmat hidup sebelum mati, nikmat kaya sebelum miskin, nikmat muda sebelum tua.
Ummi belajar untuk lebih menghargai sayang. 'Never take things for granted'.
Ummi juga terkesan dengan anak-anak yang lembut hati, ummi masih ingat, hasya, humaira dan kawan2 yang terus pergi menunaikan solat maghrib dan isya' selepas auntie manja nasihati hasya yang asyik mengalir air matanya melihat abah. Kami minta anak-anak doakan abah dalam doa anak-anak.
Banyak yang ummi dan abah muhasabah kan pada kejadian kecil yang menduga. Pandangan anak-anak nanti mungkin ini adalah kecil, bagi ummi ini cukup besar. Tak terbayang orang lain yang dugaan mereka lebih besar, kasih sayang Allah lagi banyak tertumpah pada mereka yang besar dugaannya. Betapa ummi bermuhasabah, yang berlaku ini adalah dugaan kecil buat kita. Ummi redha. Dan ummi ingin terus bermuhasabah.
Ummi sungguh terhutang budi pada kak yong, Untie Manja, Uncle Eran, Uncle Fendi dan Auntie Sue, Auntie Jay dan Uncle E serta Dr. Farid. Merekalah pengganti saudara mara yang jauh dimata, jasa mereka takkan ummi dan anak-anak lupa sampai ke syurga. Hanya Allahlah yang dapat membalas jasa mereka, semoga menjadi bekal pahala berterusan. Semoga Allah memudahkan semua urusan mereka sepertimana mereka memudahkan urusan kita anak-anakku.
Jiran dan tetangga yang lain, ummi tahu pasti sudi membantu kalau di beritahu. Dalam kekangan waktu dan kepanikan yang hebat buat ummi, maaf ummi pinta kerana ummi tak dapat untuk memberitahu mereka. Ummi tahu mereka sentiasa mendoakan abah juga. Dan mereka juga pasti faham.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sayang, kesian anak kita tak dapat pegi family day hari ni," abah bersuara, selepas abah sedikit selesa di atas katil di A&E St. James.
"Sayang, yang tu sayang jangan risau, anak-anak akan faham, mereka anak-anak yang soleh dan solehah." Jawab ummi.
"We'll make up to them later, bila sayang dah sihat," Pujuk ummi pada kekesalan abah yang tak dapat membawa anak untuk menghadiri family day untuk warga Leeds tahun ni.
Anak-anak gembira abang, bila ummi ajak mereka tolong ummi menggoreng pisang, dan juga bila ummi ajak mereka buat 'doh' untuk kuih pau dan donut kita hari ni. Anak-anak memang suka buat kerja-kerja yang 'messy' begitu. InsyaAllah mereka gembira. Lupa sekejap pada aktiviti yang mereka ketinggalan di family day. :)
"Ini namanya pengsan world cup ni," Gurau abah dengan tah di telefon tengahari tadi.
Masih sempat yer sayang.... :)
La haula wala quwata illa billah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Lahawla wa la quwwata illa billah... semoga tiada apa2 yang serius. Cepat sihat insya ALlah
Azma,
InsyaAllah.... doakan ya... :)
Harap hizamel sihat2 dan takde yg serius ya ati... kemsalam pada dia.
salam Kak Ati...semoga Kak Ati n family sentiasa tabah utk semuga duagaan k...doa saya utk diri saya jugak....:)
Tee, hope Mel gets well soon from us all here. You too take care of yourself and the kids.
Din: Doakanlah yek... thanks so much, Mel pun kem salam kat din balik
dina: Thank you so much, you take care too ok
Nureen: Thank you so much, please pray for us ya.... mel kem salam to you and man and the kids miss your kids so much
Anggaplah ia sebagai salah satu dugaan dariNya untuk menguji kesabaran Ati dan Mel...khususnya Ati.
Take care
Thanks kak ayu....InsyaAllah
Post a Comment