Anak-anak ummi dan abah, Allah suka orang yang berdoa dan merintih, merayu. Walau bagaimana pun corak hidup kalian, senang, susah, suka duka, berdoalah semoga Allah sentiasa mengajar dan mengilhamkan kita bagaimana menjadi seorang 'abid yang benar-benar hamba Allah. Nabi-nabi Allah yang maksum juga banyak berdoa, merintih dan berzikir, banyak sekali ayat-ayat didalam Al-Quran yang menunjukkan doa-doa dari para rasul. Dan Allah juga menyatakan dalam firmannya, Al Quran (40:60)
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. ---------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah kelana as-syabab mencari redha Allah masih tertangguh. InsyaAllah akan ummi nukilkan nanti buat tatapan memori anak-anak. Moga ada dari bahagian cerita yang dapat anak-anak buat sebagai contoh tauladan. Dan moga bahagian yang tidak elok di buat sempadan.
Minggu ini kita menghantar tok mak ke lapangan terbang. Dan pulanglah nenda anak-anak ke Malaysia tanahair kita. Mak cik sungguh gembira bukan kepalang (exaggerate sikit), hmmmm jeles sungguh kita kan. Suasana yang tergesa-gesa di lapangan terbang membuatkan kita tidak terlalu beremosional. Tapi, sehari dua sebelum ke lapangan terbang, sudah banyak airmata yang tumpah di Leeds, Hafiy dan Hasya yang banyak drama, kakak Humaira tetap dengan 'poise', tapi bila tok mak balik, memang merindu habis-habisan. Rindunyaaaaa tok mak. Masuk bilik tok mak hati rasa seperti luruh dari badan, mencium-cium mencari haruman badan ibunda. Selepas solat maghrib semalam, kata Hasya
"Selalunya kalau lepas maghrib tok mak tak turun, tok mak mesti tunggu sampai lepas isya' ..."
" Hasya nak tok mak...."
Aduhai anak.............................
Selepas hantar tok mak hari tu, kita singgah di Oxford untuk ziarah Cik Bahbibi dan keluarganya. Alhamdulillah, sangat gembira bertamu di Oxford. Tenang. Banyak perbincangan tentang sirah rasulullah, tentang pengalaman Haji, kebetulan Pak Cik Alfian(kalau tak silap nama) baru juga pulang dari mengerjakan haji, kata abah ziarah sahabat sambil mengambil berkat orang pulang dari haji. :):) Terima kasih atas layanan yang sangat hebat dari Cik Bahbibi. Terima kasih mak cik,(ibu Cik Bahbibi) menyambut kami berkain batik dan berbaju nipis dalam kedinginan subzero degree celcius, takut kami tersesat. Semoga ukhwah kita berkekalan. Terlupa nak mintak resipi ayam roasted, sedap sangat.
Bermalam semalam di travelodge, sebelum kita menyambung ziarah kita ke Leicester. Pertama kali ingin bersua muka dengan Cik Min, Cik Din, Muammar, Ayman dan sudah semestinya si cilik Mawaddah. Sudah beberapa kali sebenarnya ummi dan abah merancang untuk menziarahi Mawaddah. Namun siapalah kita yang merancang, kalau perancang yang Maha Hebat adalah Allah. Ziarah ini sangat bermakna, kebetulan jatuh pada hari lahir Mawaddah yang pertama. Sanah Helwah ya Mawaddah semoga membesar dengan sihat, semoga disembuhkan semua kesakitan. Semoga menjadi anak yang solehah.
Terima kasih Cik Min, sudi menerima kita sebagai tetamu, dalam kesibukan sebagai tuan rumah majlis harijadi Mawaddah dan dalam ramai-ramai orang , ummi masih merasai kehangatan ukhwah lewat alam maya. dan kini sudah bertemu muka. Terasa seperti sudah bersahabat begitu lama sebenarnya. Pertama kali memegang Mawaddah, Mawaddah seperti tidak selelsa, merengek Mawaddah dalam pelukan ummi. Kali kedua cubaan Memegang Mawaddah, Mawaddah sudah selesa dalam pelukan ummi, selesa selepas kenyang menyusu barangkali. Anak-anak memegang tangan dan mencium Mawaddah bertalu-talu. Hafiy dan Hasya terutamanya. Geram dengan Mawaddah yang duduk diam dipangku ummi. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan mujahidah kecil. Semoga Allah meredhai pertemuan dan ziarah ini InsyaAllah, Ukhwah fillah InsyaAllah. Makanan di kenduri-kenduri di UK ini selalunya memang hebat dan sedap-sedap belaka. Alhamdulillah nasi ayam, mee sup, dan puding2 yang sedap menjadi menu kita hari tu. Kalau ada rezeki, harap-harap Cik Min dan Cik din sekeluarga sudilah datang ke Leeds, InsyaAllah.
Syukur pada Allah, dapat juga anak-anak bertemu dengan Acik Zuriyati, yang sama-sama menjadi As-syabab dalam kelana ummi dan abah. Rindu sungguh pada acik Zu, selepas lebih 15 hari bersama-sama, terasa seperti kehilangan selepas pulang dari Mekah. Rindu sama-sama berjalan menuju Masjidil Nabawi, iktiqaf di sana, beribadat, sama-sama ke Raudhah, bersolat sebelah-sebelah di Raudhah. Dan banyak lagi memori kami bersama. Seronok Acik Zu bercerita pengalaman pertama melakukan c-section, dan yang paling penting, I-Phone 4, sungguh berkesan perbincangan di dalam khemah di Mina, perbincangan dua IT pro, Auntie Syeri dan juga Auntie Ina. About how gooooood is I-phone as compared to ehhmmm ummi dah tak ingat compared to apa.
Ummi juga bertemu kawan lama, seMRSM dengan ummi, Cik Sikin. Banyak memori yang kita imbau dan indah-indah semuanya. InsyaAllah bertemu lagi nanti.
Kenangan di Leicester menjadi semakin indah, bila ummi dapat bertemu dengan ummu_husna, Cik Aslina Jusin, isteri kepada UZAR. Ummi selalunya mengikuti tulisan beliau di blog beliau di sini. Alhamdulillah, tenang, itu pandangan pertama dari mata kasar, dan bila berbual dan berbicara, itu juga ungkapan mata hati... tenang dapat berbual dengan beliau. Senyum yang sentiasa menguntum.... semoga pertemuan pertama menjadi jambatan ukhwah kerana Allah. InsyaAllah.
Ramai lagi kenalan baru yang ummi jumpa di rumah cik Min, terima kasih cik Min sudi menerima kita sebagai tetamu dan menjadi penghubung kepada perkenalan-perkenalan baru. Semoga Allah mengurniakan pahala mengeratkan silaturrahim sesama muslim, InsyaAllah.
Pulang ke rumah malam tu berbekal nasi ayam... terima kasih cik Min.
Sampai dirumah, Hafiy terpaku dengan rancangan Ace of Cake di Food TV.. InsyaAllah akan ummi ceritakan kisah hari kek yang ekstrem.
Terima kasih Allah atas minggu yang berbagai rasa.... Alhamdulillah

2 comments:
terima kasih sahabat atas kunjungan yang dinanti... seronok sangat dapat jumpa org balik haji, berkat... anyway, maaflah tak sempat nak sembang lama2, kalut sungguh masa tu. insya Allah, kita sembang lagi nanti untuk kunjungan balas no... ilallikha'...
Terima kasih.. terima kasih... ok tu paham sangat, no worries. InsyaAllah kita jumpa lagi nanti
Post a Comment