Assalamualaikum anak-anak ummi dan abah semoga dalam kasih sayang Allah dan semoga hidup kalian penuh kesyukuran kepada Ilahi pada saat kalian membaca coretan hati ummi buat kalian.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Anak-anakku, saat terbaca ayat di dalam surah As-Saf, ayat 2 dan 3, terasa-rasa seperti bergetar di hati,
Ayat 2:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Ayat 3:
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Allah!, bergetarlah seluruh anggota dengan amaran dalam ayat-ayat ini dan ayat ini selalu membuatkan ummi sangat-sangat berfikir, apakah aku termasuk dalam golongan yang di sebut dalam ayat-ayat ini. Sungguhlah ruginya andai termasuk. Ya Allah lindungilah kami.
Yang di namakan manusia itu, imannya ada pasang surutnya. Teringat pada kisah sahabat nabi Hanzalah, beliau merasa sangat sedih, tatkala teringatkan yang dirinya seperti terlupa tentang kesan khutbah nabi yang membuatkan hatinya menjadi lembut dan teringat kepada Allah. Sedihnya beliau kerana, sejenak selepas pulang dari mendengar khutbah, dia kembali bersenang dan bersuka ria dengan anak-anak dan keluarga. Bila ditanya pada Rasulullah, adakah itu tanda munafik? Rasulullah menyatakan bahawa itu bukan munafik, tapi begitulah keadaan iman manusia. Ada pasang surutnya.
Ummi selalu merasakan selalu surutnya keadaan iman, selalu lalai, dan kemudian bila tersedar terasa seperti sangat sedih dengan diri sendiri yang selalu lalai dan tunduk kepada nafsu dan syaitan. Bila sedar, bertaubat lagi.
Beruntunglah sekalian manusia kerana Allah itu Maha Pengampun,Al Quran (4:110)
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Janji Allah sentiasa benar.
Begitulah anak-anakku, bila ummi mahu berkongsi, tentulah perkara-perkara yang baik dan membawa kepada kecintaan kepada Allah dan rasul yang akan ummi tekankan, kadang-kadang ummi terfikir, banyak ingatan yang terlalu ideal, dan kadang-kadang perkara yang kita ingatkan, kita sendiri pun jarang-jarang melakukannya. Dan waktu itu syaitan mula memainkan jarum, ' Kalau begitu, baik tak payah berkongsi ingatan, takut nanti memakan diri, tak ingatkah ayat 2 dan 3 surah As-Saf'. Sedangkan setiap orang mesti sentiasa mengajak kepada kebaikan dan melarang benda-benda yang mungkar.
Perbincangan ummi dan abah, membawa kepada nekad di hati, InsyaAllah, tugas kita adalah saling ingat mengingati, ummi juga manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan, dan kadangkala dengan berkongsi pengisian dengan yang lain adalah jalan atau cara mengingatkan diri sendiri. InsyaAllah. Terlalu banyak kekurangan ummi, dan terlalu sedikit ilmu Allah yang ummi selusuri. Semoga apa yang ummi kongsikan bersama anak-anak diwaktu ini adalah peringatan buat ummi sendiri InsyaAllah. Dan, ayat 2 dan 3 surah As-Saf ini sebagai pengikat buat memajukan lagi iman dan taqwa InsyaAllah.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah, Lindungilah kami dan bantulah kami ya Allah......
No comments:
Post a Comment