Tuesday, 29 May 2012

11 tahun mengukir bahagia syurgawi - 260501-260512 and counting

Zauj Kareemku,
Hari ini genaplah 11 tahun,
Ijab bersambut,
Mahar berganti tangan,
Amanah abang raih.

Masih jelas seperti semalam,
keringat di dahi, abang elus diam,
mulut terkumat-kamit,
ijab kabul di hafal sejak berminggu lalu,
abang ulang dan ulang,
sambil zikir menyejuk hati dan istighfar berulang kali,

Bahu abang tak bakal ringan lagi,
Abang bakal meringankan bahu Abah pula.

Sejak saat itu,
tak pernah sehari berlalu tanpa syukur di hati,
Kurniaan Ilahi,
Abang, imam yang di sayangi,
11 tahun bukanlah lama bukanlah baru,
Namun seperti baru semalam,
Abang menjadi pakaian Ati,
Ati menjadi pakaian abang,
Seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 187, diantaranya:

"Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka."
 
Mula saat itu setiap aib dan indah
abang jaga dan lindung seperti pakaian menutup aurat paling kukuh,
Begitu juga Ati sebaliknya.
Laksana pakaian yang selesa seperti sutera,
Mehnah dunia yang panas dan melemaskan,
kita harung bersama,
umpama pakaian yang saling mendamaikan,
gigitan ujian dan sengatan nafsu duniawi,
sama-sama  kita jauhi,
Bak pakaian yang menutupi,
debu dan habuk yang menyesakkan rumahtangga,
sama-sama kita hindari.
ibarat pakaian,
kita tahu cukup dan kurangnya,
tidak terlalu tebal hingga melemaskan,
tidak terlalu nipis hingga sejuk menggigit ke tulang hitam,
ibarat pakaian, saling mencukupi tidak membebankan,
Abanglah pakaian paling indah bak sutera hijau syurgawi,

Abang Zauj Kareem Ati,
Terima kasih sayang,
abang hidangkan kami dengan akhlak yang indah,
teladan buat buah cinta kita,
abang sajikan kami makmummu,
dengan cantiknya adabmu,
pengikat hati-hati kita selalu,
maka mengertilah isterimu ini,
bila meneliti bait-bait hadis Nabi,

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi).

Abang yang di sayang,
Semoga Ati dan cinta hati kita,
adalah penyejuk mata dan hati seperti doa yang abang lantunkan saban waktu,
Semoga Ati juga pakaian sutera hijau syurgawi abang,
Ingin bangun di alam kekal sebagai bidadari abang.
Bersama di singgahsana dipenuhi mutiara dan sutera,
Tetap muda dan membahagiakan,
Kekal bersama-sama,
InsyaAllah,
Aameeen.

Selamat Ulangtahun Baitul Muslim kita yang ke-11 Zauj Kareemku.

4 comments:

Hizamel said...

Salam sayang isteri abang,

Ya Allah! Indah sungguh penulisan sayang. Tak sangka masa berlalu begitu cepat, dah 11 tahun kita diijabkabul. Alhamdulillah... rasa seperti semalam sahaja kita disatukan. Indah dan manisnya alam perkahwinan. Semoga semua perkara yang kita lakukan sama-sama untuk membina baitul muslim ini adalah ibadah yang diterima oleh Allah. Semoga niat 'Kerana Allah' yang telah kita lafazkan sama-sama mendapat pahala berterusan daripada Allah sejak mula kita berkenalan, InsyaAllah.

Syukur Alhamdulillah...abang amat berterima kasih kerana sayang adalah isteri abang. Pakaian yang sempurna buat abang di dunia dan akhirat. Sayang pelengkap diri abang.

Pelbagai keindahan dan dugaan yang telah kita lalui bersama selama 11 tahun. Membesarkan cinta hati supaya menjadi insan soleh dan solehan adalah tanggungjawab bersama. Semoga kita tabah, sabar dan istiqomah dalam memikul perjuangan ini. Mudah-mudahan ini menjadi amal jariah berterusan, InsyaAllah.

Abang sayang pada sayang. Sayang yang tidak bertepi. Semoga cinta, kasih dan sayang kita bertambah dan lebih kukuh dari tahun ke tahun.

Wassalam.

Abang

melatiblossoms said...

Thank you sayang,

aameeen for the doa sayang... :)

Min said...

Semoga kasih sayang yang terbina kerana Allah ini terus kekal hingga ke Syurga Allah yang kekal abadi. Miss you lots Ati!!! Bila bole jumpa ni???

melatiblossoms said...

Salam Min,

Aameeen utk doa Min, semoga Min dan Din serta keluarga juga akan sentiasa bahagia hingga ke syurga Allah...

Min InsyaAllah Min tak lama dah nih... doakan na Min

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails