Allah,
Allah,
Allah,
Allahuakbar
Berhentilah
airmata,
Lama sudah
tak putus,
Keringkan
airmatamu anakku,
Sabarlah
hati yang pedih,
Waktu kita
jauh beribu batu,
Takdir
Allah dia pergi,
Belum kau
kenal kasih nendamu,
Dia pergi
mengadap Ilahi.
Disetiap
rindu ku lantunkan doa,
Di setiap
titis air mata kita kirimkan doa,
Di setiap
hela nafas kita panjatkan doa,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya
Mujeeb, Ya Ghaffur, kami redha Kau ambil dia kembali ke sisi MU, Kami mohon
janganlah Engkau ambil dia dari doa kami dan generasi kami, Ya Allah
Al-Fatihah. Allah ampunkan dosa
abah, luaskan dan lapangkan kubur abah, dan jadikannya tempat beristirehat,
terangkanlah ia, dan jadikanlah ia jendela taman-taman syurga. aameeen.
Dari Ummu 'Athiyah r.a., katanya: "Kami dilarang berkabung kerana
kematian, lebih dari tiga hari; kecuali kerana kematian suami, boleh empat
bulan sepuluh hari. Selama masa berkabung itu, kami tidak dibolehkan memakai
celak (kosmetik), wangi-wangian, dan memakai pakaian yang bercorak
(warna-warni). Tetapi hal seperti itu dibolehkan bagi perempuan yang baru suci
dari haid sekedar untuk kebersihan, kesihatan, dan menghilangkan bau
hamis." - Hadis Sahih Muslim Jilid
3. Hadis Nombor 1436.
Sehari abah pergi mengadap Ilahi, masih bagai mimpi, bukan menyesali, tapi mengubat hati, ku rebut peluang 3 hari berkabung ini, ku biar aimata jatuh, kerana sayang yang luas, cinta yang dalam buat abahku.
1 comment:
amin amin amin... Moga arwah sentiasa tenang dan beroleh rahmatNya sentiasa. Sabar ya Ati, sahabat saya/kita staff uitm juga kehilangan ayah juga ketika buat PhD, Allah sesungguhnya mahu angkat darjat kalian. Alhamdulillah...
semoga berjaya utk phd Ati.
wassalam.
ayah mawaddah
Post a Comment