Thursday, 25 February 2010

Memori Berjuang - Ummati... ummati... ummati...

Salam penuh rindu buat anak-anakku, ingat lagikah anakku,

"Ummi, hari ni kakak dengan hasya dah hafal surah Al-Fil", cerita kakak penuh gembira selepas pulang dari kelas hafazan di masjid beberapa minggu lepas.

"Kakak ngan Hasya tahu tak surah Al-Fil ni surah tentang apa?" tanya ummi.

"I don't know ummi," jawab kakak dengan Hasya.

"Al-fil, ni cerita tentang tentera bergajah dari sebuah negara luar dari Mekah, negara tu nama dia Yaman. Tentera dengan gajah ni datang masuk Mekah, nak musnahkan kaabah." cerita ummi.

"Ketua tentera-tentera ni nama dia Abrahah, dia jeles sebab orang arab suka pegi Mekah untuk beribadat di Kaabah, dia ada buat gereja besar kat negara dia, di Yaman sana, tapi tak ada orang nak pegi." sambung ummi lagi.

" Jadi, Abrahah ni pun nak pegilah musnahkan kaabah, sebab dia fikir kalau dah tak ada kaabah, semua orang akan pegi gereja dia pula,"sambung ummi lagi.

"Allah kan Maha Berkuasa atas segalanya. Kaabah kan rumah Allah. Kita selalu jaga rumah kita, kan, kita nak rumah kita bersih, cantik, tak ada orang ganggu rumah kita, tak ada orang masuk rumah kita tanpa izin. kan" ummi menyelit cerita.

" Allah juga jaga rumah Allah dengan menghantar burung-burung yang membawa batu kecil-kecil. Burung pun baling batu kecil tu pada tentera dan gajah-gajah tu semua, bila kena jer batu tu mereka pun mati." Tambah ummi.

" Ditahun yang tentera bergajah ni datang nak serang Mekah ni juga, Rasulullah kita yang tercinta di lahirkan."

"Baginda dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawwal 571 Masihi. Dan dikenali sebagai tahun gajah. ", ummi menutup cerita.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surah Al Fil :105:

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahagian ini belum ummi ceritakan anak-anak, InsyaAllah akan ummi ceritakan bila ummi pulang dari sekolah nanti.

Banyak kisah dan sirah Rasulullah yang boleh kita renungi. Kita harus pelajari dan fahamkan. Bagaimana ketegasan rasulullah, bagaimana lemah lembutnya rasulullah. InsyaAllah akan kita fahamkan melalui fasa-fasa pembelajaran anak-anak. InsyaAllah.

Yang paling terkesan dihati ummi adalah, kisah khutbah wida' Nabi Muhammad S.A.W. Khutbah yang disampaikan oleh baginda di musim haji baginda yang terakhir. Berbondong-bondong manusia datang bersama baginda mengerjakan haji dan mendengar khutbah baginda.

Wahai Manusia, Dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku sampaikan dan katakan, aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu, dengarkanlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini.

Wahai Manusia, Sepertimana kamu menganggap pada bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah bahawa jiwa dan harta setiap orang muslim itu sebagai amanah yang suci.

Kembalikanlah harta-harta kamu yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan-amalan kamu.

Allah S.W.T telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah terbatal melalui sekarang.

Berwaspadalah kamu terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah kamu agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai Manusia, Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk mendapat makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah kamu terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.

Wahai manusia, Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat-zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain dan tidak seorang pun dari kamu lebih mulia daripada yang lain kecuali di dalam soal taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap dan menemui Allah S.W.T pada satu hari kelak untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai manusia, Tidak ada Nabi dan Rasul yang akan diutuskan selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikanya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang itu pula menyampaikannya kepada orang lain, semoga yang terakhir itu lebih memahami dan menghayati kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

Begitulah pesanan akhir Nabi kita tercinta. Lengkap dan jelas.

Begitupun juga, ketika saat-saat Nabi S.A.W sedang bergelut dengan maut, baginda masih memikirkan tentang nasib kita umatnya. Dibibir beliau masih menyebut ummati, ummati, ummati. kita ummatnya. Sayang sungguh baginda dengan ummatnya walau kita tak pernah bersua. 12 Rabiulawwal juga adalah tarikh kematian nabi kita, satu hari yang amat sedih sekali buat umat Islam seluruhnya.

Alangkah malunya kita anak-anak, bila mengaku kita ini umatnya tetapi kita mengasingkan sunnah baginda dari kehidupan kita. Al-Quran dan Sunnah adalah tali kuat yang mengikat kita dengan syurga Allah, InsyaAllah. Teruslah dalami dan selami Al-Quran, beramal dengannya. Perbaikilah diri kita untuk terus mengikuti sunnah rasul dengan baik sehingga akhir hayat kita, InsyaAllah. Seluruh kehidupan ini sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri kita Insya Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

33:21

33:21 Sahih International
There has certainly been for you in the Messenger of Allah an excellent pattern for anyone whose hope is in Allah and the Last Day and [who] remembers Allah often.

Tafsir al-Jalalayn
Verily there is for you a good example (read iswa or uswa) in the Messenger of God, to emulate in combat and in holding one’s ground [therein], for whoever (li-man substitutes for lakum, ‘for you’) hopes for [the encounter with] God, fears Him, and the Last Day, and remembers God often, in contrast to those who do not.

Malay
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

****Catatan ini sesungguhnya anakku adalah buat ingatan ummi sendiri disaat ini. Semoga bila diri terasa alpa, ummi akan kunjungi lagi entri ini dan bermuhasabah selayaknya.




(kisah nabi Muhammad)


(menyentuh jiwa)


2 comments:

nnmy said...

pendedahan nn tentang maulud ni masa sekolah tadika 5 tahun. bernasyid lagu ni :) lepas tu banyak sungguh soalan yang keluar sampai cikgu tadika, mak dan maktok tak terjawab....

http://www.youtube.com/watch?v=3LzEcMB7klk

melatiblossoms said...

:):) anak-anak memang suka banyak bertanya kan.... InsyaAllah ummi pun kena selalu bercerita dengan anak-anak....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails