Saturday, 1 May 2010

Memori Berjuang - Bila hati di dua tempat

Bila hati di dua tempat, tiada kata yang pantas mencerminkan keadaan hati. Sangat rindu sungguh tak pernah lagi begini rasanya. Sungguh kuat mereka-meraka yang di pilih Allah untuk berjauhan dari orang2 yang tersayang, yang hanya mampu bertemu sekali sekala. Kagum dengan ketabahan mereka, mungkin ada yang berkata alah bisa tegal biasa, berapa lamakah baru bisa itu menjadi alah, dan tegal itu menjadi biasa. Pastinya bukan sekejap waktu. Dan sakitnya begitu dalam.

Sebelum kaki menjejak bumi Malaysia tercinta, di fikiran ini sudah terbayang makanan-makanan yang terlalu sukar diperolehi di UK sana. Bila sampai di bumi ini, dan makanan itu di jamah, teras seperti tawar tiada rasa, dek peritnya rasa hati yang merindu, dek peritnya mengingatkan makanan ini tak dapat dikongsi dengan mereka-mereka yang tercinta. Kosong. Nikmat yang di hijab oleh hati yang terlalu rindu.

Dugaan datang berbagai cara, hati meronta-ronta ingin segera pulang ke Sungai Petani untuk bertemu bonda dan ayahanda tercinta serta keluarga disana. Urusan visa yang sepatutnya dapat dilunaskan pada Jumaat semalam selewat-lewatnya tidak dapat di tunaikan. Dokumen masih tidak lengkap. Bila yang merancang insan yang lemah seperti kita, maka siapa kita untuk bertanya apakah perancangan Allah yang lebih hebat buat kita? Pasti ada. Yakin dan penuh yakin. Rasa kecewa di hati, terubat atas keyakinan bahawa yang merancang buat kita adalah Yang Maha Kuasa.
Alhamdulillah, Allah kurniakan mama yang sanggup menemani suami dan anak-anak di sana. Kak yong juga ada membantu. Buat suami yang tercinta, betapa pengorbanan abang tidak terhitung, merawat dan merehatkan hati anak-anak yang gundah. Tangisan Hasya di malam sebelum hari perpisahan sudah meruntun rasa, anak sekecil itu minta penjelasan kenapa umminya harus berjauhan darinya. Maka runtuhlah tembok air mata ummi dan dalam deraian airmata ummi rungkaikan silangkata yang tersimpul dibenak anak itu dan fahamlah anak atas perpisahan sementara ini.
Panggilan telefon dari suami tercinta dan anak-anak selalu mengubat rasa rindu, ada juga yang seperti menarik2 jurai hati, bila Hafiy mula mengangis

"ummi, baliklah ummi, baliklah ummi....., Hafiy sayang ummi..."
maka ummi manakah yang dapat menahan rasa?

Kepada Allah ummi panjatkan doa dan memohon semoga Allah lontarkan rasa tenang dan bahagia, serta titipkan rasa rindu yang bakal mengikat lagi hati-hati kita InsyaAllah. Biar rindu kita menjadi manis bukan lagi sakit.... Redha adalah kata kuncinya.... bagaimana mengajarkan redha pada anak-anak sekecil mereka, bila orang sedewasa kita juga tenggelam dalam mencari-cari pengertian redha itu sendiri.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Memori bersama dengan semua sepanjang empat hari sebelum tarikh berangkat masih segar, betapa kita gembira dengan nikmat yang Allah kurniakan. Jaulah kita ke Snowdonia, menerbitkan rasa kerdilnya insan atas kekuasaan yang Maha Esa, betapa alam yang rumit ini ditadbir begitu indah, inikan pula rahsia takdir kita. HambaMu redha ya Allah.


















,

5 comments:

Latifah said...

Ya Allah... menitis gak air mata baca entri puan kali ni... sungguh... berjauhan dengan yang tersayang menggamit rindu yg bukan sedikit. Tabahlah wahai hati...

lem1puk said...

well done Ati.... mmg pandai kasi akak sedey... sensitivitinyer aku nih... huhuhu.... be strong dearie...

[MH] said...

menangis thia ummi, seolah2 turut berkongsi perasaan hasya yang menangis bila terpaksa berpisah dengan umminya

ummi, gambar sangat2 cantik. sangat suka.

moga ummi sentiasa berada dalam jagaan Allah, ameen

Min said...

insya Allah, everything will end sooner. jiwa yang merindu akan terubat. tenang ya...

bobotnear said...

salam kak..sedih le baca...dah lama tak rasa macam akak rasa .walau apa pun tabahkan hati k..sekejap je lg..sesekali berpisah sekejap bagus utk meningkatkan lagi rasa kasih sayang...semoga urusan akak cepat selesai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails