Today is a gift that we have to enjoy and be grateful to, tomorrow is something that we have to work very hard for, yesterday was a memory that we have to learn from.
Wednesday, 16 November 2011
Memori Hati - Ingatkan aku teman
Ingatkan aku teman,
Dia ku cinta kerana Allah,
Kerana dia aku lahir ke dunia,
Peluh dan keringatnya menjadi baja,
Dengan doanya, kini aku berjaya,
Ingatkan aku teman,
Aku tak mahu menjadi penghalang dia ke syurga,
dengan pakaianku yang menjolok mata,
memancing setiap pandangan mereka,
mereka yang ajnabi.
pastilah dia tertahan dari syurga Allah,
kerana dia waliku
Dia bapaku yang kukasihi
Ingatkan aku teman,
Aku cinta dia kerana Allah,
sepenuh jiwa dan raga,
dia yang Allah pilih menjadi imamku,
imam keluarga kami,
padanya syurgaku,
redhanya syurgaku,
andai dia dihimpit derita didunia,
akulah yang paling walang,
sedang dia diuji sakit yang sikit,
hatiku gundah bukan kepalang,
Inikan pula mendedah dia pada panasnya api Allah.
Ingatkan aku teman,
aku tak mahu menjadi penarik dia ke neraka,
hanya kerana auratku tak ku jaga,
rambut yang ikal sepatutnya hanya tatapan si dia,
tetapi dikongsi tatapan semua,
lenggokku yang sepatutnya hanya untuk dia,
dipamerkan pada semua,
Ingatkan aku teman,
dia yang kukandung sembilan bulan sepuluh hari,
lahirnya kedunia menebar seri,
ku namakan dia penuh berhati,
Yang memuliakan agama Allah nama diberi,
Anak lelaki pewaris kami,
seekor nyamuk tak kuizin terbang disisi,
Ingatkan aku teman,
jangan pula aku penyebab dia ditarik keneraka,
ditahan dari menghuni syurga,
kerana auratku yang patut aku jaga,
kerana lenggokku yang patut aku perhati,
jangan sampai menarik perhatian ajnabi,
kubiarkan, kuikutkan hati,
kerana menjadi tradisi perempuan duniawi,
ingin terlihat cantik terlihat menarik,
sedangkan yang dikasihi semuanya tertarik ke neraka,
kerana perilaku dunia sementara.
Ingatkan aku teman,
Aku sayang mereka lelaki-lelaki soleh yang layak kesyurga dengan rahmat Allah, InsyaAllah.
mungkin tertahan mereka dek kerana kami perempuan-perempuan dalam hidup mereka.
Dimulut dan hati kata sayang dan cinta, tapi perbuatanku mengheret mereka ke neraka.
Mungkin dalam tidak sedar, dan dengan itu teman, ku mohon ingatkan aku teman.
Blossoms Memory - Doa yang dimakbulkan
Assalamualaikum anak-anak ummi yang ummi cintai dan kasihi,
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat masa yang Engkau kurniakan, sungguh terasa Engkau pilih diri untuk terus mengisi masa-masa yang lapang dengan kesibukan yang Engkau hantarkan. Alhamdulillah.
Dalam beberapa selang masa ummi tidak menulis untuk anak-anak, terlalu cerita yang terukir, dan banyaknya ummi simpan dimemori hati, ummi doakan semoga Allah izinkan ummi punya waktu untuk menzahirkan dalam tulisan buat kenangan anak-anak nanti.
Waktu ini kita dikurniakan Allah dengan keberkatan yang melimpah, kehadiran tok mak ditengah-tengah keluarga kecil kita seperti melengkapkan susun silang. Sungguh terasa keberkatan hadirnya seorang ibu yang setiap doanya tidak terhijab. Segalanya terasa mudah. Allah hantar tenang dihati.
"Mak doakan kak na, esok nak mengadap tok guru (perjumpaan dengan supervisor), mak doakan mudahkan, lancarkan lidah supaya depa paham apa yang kak cakap," pinta ummi selepas berminggu berhempas pulas mengulangkaji theory dan jurnals.
Dan dengan izin Allah, keyakinan penuh doa seorang ibu Allah makbulkan, Allah pinjamkan ilmuNya untuk ummi fahami, dan perjumpaan selalunya berakhir dengan baik.
Rasulullah saw. bersabda: "Ada tiga doa yang pasti dikabulkan doanya, tidak diragukan lagi: 1. Doa orang yang teraniaya, 2. Doa seorang musafir, 3. Doa orang tua kepada anaknya". (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3862).
Dan beruntunglah ummi dan abah, punya 4 orang tua yang masih mendoakan kami, yang Allah janjikan doa mereka akan dikabulkan.
Dan anak-anak kalian punya doa kami ibubapa yang sentiasa hadirkan kalian dalam doa kami. Dan juga datuk dan nenek yang selalu mendoakan zuriat keturunannya supaya tetap dalam agama Allah, tetap mendirikan solat, dan menjadi insan berguna buat agama Allah dan orang lain. InsyaAllah.
Terima kasih Allah.
~Menulis sambil menikmati nasi goreng lazat buatan tokmak, dibekalkan dengan sebekas besar nasi goreng buat ummi berkelana menuntut ilmu diuniversiti~ Allah, nikmatnya seorang ibu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Doa untuk hari ini:

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2344. Dari Zaid bin Arqam r.a.katanya: "Aku tidak akan mengatakan kepada mu kecuali apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Beliau sering berdoa: "Allahumma inni a'uzubika minal 'ajzi, wal kasali, wal jubni, wal bukhli, wal harami, wa 'adzabil qabri. Allahumma aati nafsi taqwaaha, wa zakkiha anta khairu man zakkaaha, anta waliyyuha wa maulaaha. Allahumma inni a'udzu bika miln 'ilmin laa yallfa', wa min qalbin laa yakhsya', wa min nafsin laa tasyba', wa mill da'watin laa yustajaabu laha." " ( Wahai Allah! aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan, kemalasan dan ketakutan, kepikunan dan dari seksa kubur. Wahai Allah! Isikanlah jiwa aku dengan sifat taqwa dan bersihkanlah dia, Engkaulah yang terbaik membersihkannya, kerana Engkaulah pelindung dan pemeliharanya. Wahai Allah! aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanafaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak mahu puas dan dari doa yang tidak berjawab)" |
Labels:
Blossoms Memory,
doa anak,
Family,
Love
Saturday, 12 November 2011
Blossoms Memory - Bintang paling cantik milik kamu.....
Assalamualaikum anak-anak, bintang hati ummi dan abah,
Saat kita memandang indahnya alam ciptaan Ilahi, indahnya tamadun yang diilhamkan Allah pada manusia, teknologi manusia yang pastinya ilmu itu milik Allah, hati berlari-lari menggamit rasa, andai saat indah ini dapat kita kongsi bersama mereka-mereka yang kita sayangi.
Kenangan indah yang kita bekukan itu kita kongsi dengan mereka, semoga mereka merasa bahagia, sebahagia kita di sana. Biar mereka tahu kita sentiasa impikan semoga kita bersama mereka merentas benua, bersama berlari di dataran rumput hijau berlatarbelakangkan gunung bersalju. Semoga Allah makbulkan impian kita.
"Sayang, abang dah bawa sayang dan anak-anak hampir kesemua tempat yang abang pernah pergi dulu waktu bujang, tempat-tempat indah yang abang impikan untuk bawa isteri dan anak-anak abang suatu hari nanti, Alhamdulillah Allah makbulkan... malah Allah beri lebih lagi..." bisik abah ke telinga ummi, saat kita semua sedang takjub menyaksikan kebesaran Allah mencipta alam nan indah disebelah sini, seperti syurga.
Terasa rahmat Allah menyerap ke kalbu... "Terima kasih, sayang.... ati dan anak-anak really appreciate these so much..."
"Allah, syurgaMu pasti jauh lebih indah, kami ingin sentiasa berlari-lari mengejar rahmat Allah, ingin mendiami syurga paling indah, tak pernah terbayang oleh fikiran, tak pernah terpandang mata, tak pernah terdengar telinga..... aameeen,"
Mari kita berusaha anak-anakku....
maka tiadalah nikmat Allah yang patut kita dustakan.....
Bintang paling indah milik kamu.......
Subscribe to:
Posts (Atom)