Thursday 22 April 2010

Memori Hati - Wanita mulia bawa barakah..........


Malam itu ku pandang wajah kekasih hati,

Mukanya merah merona,

Wajah cerminan hati yang debarnya kelihatan sekali di dada,

Terlihat cahaya di mata,

Percikan cahaya yang indahnya membawa makna,

Hatinya debar menunggu saat siang hari esoknya,


Ku pandang wajah kekasih hati,

Mata memandang terus ke aras bukaan pintu,

Mulutnya terlukis senyuman,

Matanya tetap lekat dibukaan pintu.

Senyumannya makin melebar

saat langkahan kaki wanita yang dia cinta melepasi bukaan pintu,

Ku tekuni wajah kekasih hati,

Sinar matanya makin bercahaya,

Seperti mahu menyinari menyelubungi wanita kecintaannya itu,

Saat itu juga kekasih hatiku melangkah,

Terus wanita tercinta itu dipeluknya,

Tangannya diraih, saat itu dicium,

Gerak tubuhnya sangat jelas gembira,

Seperti kulihat seluruhnya bercahaya,


Wanita yang selayaknya dicintai suamiku sepenuh hati,

Wanita yang dirahimnya itulah suamiku singgah,

Wanita yang ditangannya itulah suamiku membesar mengenal Allah.

Wanita yang ditelapak kakinya itulah syurga suamiku,

Wanita yang tingkatnya sama seperti ibuku sendiri.

Mama.


Luruhlah semua kerinduan seorang anak lelaki kepada ibunya yang tercinta.

Ibu itu punya seluruh hak ke atas anak lelakinya. Pandangan mata yang bercahaya penuh sinar bahagia dan cinta itu memang selayaknya tumpah pada susuk tubuh seorang ibu yang dipandangi anak lelakinya.

Betapa aku bangga punya suami yang begitu menyintai ibunya.

Ya Allah, Moga rasa cinta suamiku buat ibunya terus sampai jua ke hati ibunya. Ya Allah, moga anak-anak kami juga punya rasa cinta yang mendalam buat kami ibubapa mereka. Aameeen.

Taman didalam hati kami terus berbunga mekar mewangi dengan barakah yang dibawa ibu, seindah mekar daffodil dan tulips atas bumi Allah kini.

Wednesday 14 April 2010

Memori Berjuang - Minggu kita dimuliakan Allah...

(Kredit sumber- google image)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ummi menulis dengan hati yang penuh rasa yang berbagai... sungguh istimewa minggu ini buat kita. Lama masa yang ummi ambil untuk melakar tinta maya buat anak-anak. Tiada yang mengambil masa ummi selain pelajaran dan keluarga. Jika lebih masa diberi pada pelajaran, bukanlah masa buat keluarga dikurangkan. Cuma wacana maya yang menjadi asing.

Minggu ini anak, kita dimuliakan Allah dengan kehadiran Tah(abah's mum) menambah ceria keluarga kita. Tah datang membawa warna pelangi, menghembus jauh bauan rindu yang semenjak begitu lama menghurung hati-hati kita. Sungguh, gembira yang hadir bersama seorang ibu, sukar diungkap walau oleh mulut seorang anak itu. Saat pipinya kita kucup seperti sudah terbau haruman syurga. Beruntunglah anak-anak yang masih diberi kesempatan mengucup pipi ibunya dan memandang ibu kita dengan penuh kasih sayang. Beruntunglah kita wahai anak.

Tah juga seperti melepas rindu pada cucu-cucunya yang sudah 2 tahun setengah tidak bersua wajah. Di mulut terus memuji betapa cucu-cucunya semakin cantik dan semakin kacak. Pada mata siapa lagi kan? Kalau bukan pada mata si pemilik hati yang mengasihi yang memandang ciptaan dan kurniaan Allah kepadanya itu selayaknya terus di puji. Semakin besar, semakin tinggi. Tersenyum simpul anak-anak ummi, masih malu-malu.

Ikatan kasih sayang yang terbina semenjak azali, terukir di luh mahfuz, tidak memerlukan masa yang lama untuk bertaut utuh. Kasih sayang mengalir bak sungai nil dan Mesir yang takkan pernah terpisah.

Dan saat catatan maya ini ummi coret, hati ummi ini bergelut sendiri, zahirnya hati masih dibuai gembira. Di lubuknya terus mencengkam saat terkenang esoknya ummi akan berangkat pulang ke tanahair Malaysia tercinta. Urusan yang tidak boleh tidak, berkenaan visa yang akan memungkinkan titik peluh dingin musim salju dulu tidak sia-sia. Pengorbanan yang memaksa ummi pulang sendiri dan kalian bersama abah meneruskan hari-hari indah bersama Tah InsyaAllah.

Yang tabah merindu dan selalu dirindu bakal bertemu, yang bakal merindu dan bakal dirindu entah bagaimana? Hati ummi bakal rindu kalian anak-anak ku, sedangkan belum berpisah rindu itu sudah bertamu, inikan pula bila saat itu harus kita tempuh esok. Dan sudah pasti juga kekasih hati ummi, yang sangat ummi kasihi, sayangi dan hormati, abah, akan ummi rindui setulus hati. Bila mengenang rindu ummi pada kalian, seorang ibu yang bakal merindui anak-anaknya, terkenang ummi pada rindu tok mak di Malaysia pada anaknya yang sudah 2 tahun setengah tidak bertemu.

Kalau rindu ummi pada kalian ummi hitung, pasti rindu tok mak pada ummi anaknya berlebih lagi. Bertekadlah azam didalam hati, akan ummi ubati rindu seorang ibu yang tabah mengharungi rindu itu sendiri. Akan ummi sirami dengan rona-rona bahagia pada wajah seorang ibu yang mulia, InsyaAllah. Ummi mohon pada Ilahi, semoga urusan ummi dipermudahkan Allah, supaya cepat juga ummi merebahkan kepala keribaan seorang ibu yang pasti akan mengelus lembut rambut anaknya, walau sedewasa manapun anaknya ini. Supaya cepat, pipinya ummi kucup dan pipi ini dikucup lalu, berderailah semua rindu yang membatu. Supaya cepat, zahirnya ummi peluk penuh kasih sayang dan batinnya tenang mengumpul ubat buat penawar rindu yang mendatang.

Dan anak-anak doa juga ummi panjatkan supaya hati-hati orang yang bakal merindu (anak-anak dan suami tercinta) akan dipelihara Allah dan dikurniakan ketenangan. Moga bila saat ummi berangkat pulang kepangkuan suami dan anak-anak, hati ibu yang merindu bertahun lamanya itu sudah berbunga riang dengan kembangan mekar yang bakal mencipta memori yang mengubat rindu yang bakal bertandang. Dan hati-hati yang menanti ummi penuh segar dan mewangi jua.

Yang merindu dan dirindu bakal bertemu, doa ummi iring yang bakal merindu dan bakal dirindu.

p/s: Buat ukhti-ukhti di Cairo dan Mansourah selamat bergelut dengan exam, Bittawfiq ya ukhti.

Thursday 8 April 2010

Blossoms Memory - Sanah Helwah Ya Bunay





"Happy Birthday Hafiy Addin," pagi-pagi lagi abah dah ucap selamat hari lahir buat Hafiy Addin Bin Hizamel, anak teruna ummi abah yang satu ini. Tersenyum-senyum Hafiy. Memang amat pemalu anak ummi ni.

"Ummi... ummi napa tak cakap happy birthday pun?" tanya Hafiy, bila Hafiy lihat ummi hanya tersenyum memerhati gelagat anak ummi ni.

"Happy birthday sayang, 4 years old dah ni, " dengan tersipu-sipu dan menutup muka Hafiy menerima ucapan ummi.

Teringat trip ummi dan Hafiy ke Birmingham ke rumah Auntie Emileen, dapat jumpa dengan Auntie Khawa. Sabrina yang sebaya dengan Hafiy sangat friendly, tersenyum simpul menyambut Hafiy di muka pintu. Hafiy yang memang pemalu dengan kawan baru, apatah lagi perempuan, cepat2 menyorok dibelakang ummi, sambil menarik2 baju ummi dan menutup muka. Malu sungguh yer... semoga sifat pemalu terus kekal. Tapi bila dah kenal dan panas, hilanglah malu-malu Hafiy ya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Teringat ummi 4 tahun 6 bulan yang lalu.

Setiap hari badan ummi merasa sungguh penat luar biasa penatnya. Perut terasa seperti masuk angin. Kepala selalu pening. Bila ummi buat pemeriksaan di klinik, doktor telah memberikan ubat yang rasanya seperti arang, untuk buang angin katanya. Ujian kehamilan sentiasa menunjukkan yang ummi tidak hamil. Ummi menyusu kakak Hasya sepenuh masa, jadi kemungkinan untuk hamil adalah tipis.

Simptom berterusan untuk beberapa minggu, ummi pergi membuat ujian kehamilan, dan sekali lagi ujian adalah negatif.

Masuk minggu ketiga dan masih dengan simptom yang sama, ummi telah pergi ke klinik panel UiTM yang lain bersama auntie Rabiatul Adaiyah, dan ummi mintak di buat ujian kehamilan sekali lagi. Dan kali ini, Alhamdulillah, ujiannya adalah positif dan memang ummi mengandung, cuma berapa bulan kehamilan tidak dapat di ketahui di sebabkan ummi menyusu kakak Hasya sepenuhnya.

Minggu seterusnya ummi membuat temujanji bersama doktor Maziah di DSH untuk membuat imbasan dan mengetahui usia kandungan ummi.

"Ehhmmm mungkin awal lagi, jadi kalau scan tak nampak, awak kena minum air banyak-banyak ya, kemudian kita buat scan sekali lagi", terang doktor Maziah.

Bila scan dilakukan, ummi, abah dan doktor maziah sungguh terkejut,

"Ehhmm, cuba tengok dah ada kaki dan tangan, ya Allah dah 12 minggu," terang doktor Maziah.

Maha suci Allah, Hafiy dah berada di dalam kandungan selama 12 minggu dan tetap kukuh kuat walaupun ummi menyusu kaka Hasya sepenuhnya. Minggu sebelum nya ummi hanya boleh makan nanas dan rojak buah sahaja. Tapi Hafiy tetap kuat.

Bila kandungan memasuki 5 bulan, ujian imbasan dilakukan sekali lagi, ummi dan abah berpakat untuk tidak mahu mengetahui jantina anak didalam kandungan, biarlah kali ini menjadi kejutan buat kami. Kami telah mempunyai 2 anak perempuan ketika itu, kakak Humaira dan kakak Hasya.

"Cuba tengok ni, your baby is a boy," tersenyum ummi abah, dalam pesanan yang kami hanya mahu kejutan bila bayi lahir, doktor yang turut sama teruja dengan bayi lelaki kami tetap memberi maklum jantina bayi didalam kandungan.

Syukur kepada Allah yang Maha Esa. Selepas 2 anak perempuan penyejuk mata, penawar di hati, kami akan dikurniakan dengan anak lelaki yang bakal mendoakan kami bila kami tiada nanti InsyaAllah. Selepas seminggu dua dari itu, semua alahan ummi hilang dan ummi sekali lagi melalui detik2 indah bilamana membawa satu nyawa lagi didalam rahim. Kakak-kakak juga teruja dan tentu sekali abah jua.

Ummi tetap terus menyusukan kakak Hasya sehinggalah malam ummi dimasukkan ke wad. Ummi diinduce disebabkan tekanan darah sudah beransur naik. Persiapan ke hospital kali ini lebih lengkap buat abah, abah yang sudah berpengalaman menyediakan baju sejuk dan stokin buat ummi dan abah juga, pengalaman bersejuk didalam bilik bersalin masih terngiang ngiang mungkin. Tok tok dan tah datang menemani kakak Humaira dan kakak Hasya di rumah.

Keesokannya, pukul lapan pagi ummi dimasukkan ke bilik bersalin. Contraction masih belum dirasai. Bukaan telah ada. 'Water bag' umi depecahkan oleh doktor Maziah dan ummi dijangka melahirkan selepas solat Jumaat hari itu.

Ummi diberikan petidin, dalam pukul 10.30 pagi, contraction yang kuat memaksa ummi mengambil ethonox. Dalam keadaan diawangan, ummi terdengar jururawat menelefon doktor, dikliniknya di tingkat bawah.

"Kenapa tak telefon saya awal lagi, ni baby dah nak keluar sangat-sangat, " Celoteh Dr. Maziah pada jururawat yang ditugaskan untuk memantau ummi.
"cepat, cepat, sarungkan sarung tangan saya," Kata doktor maziah.
"Aziati, boleh tahan sekejap tak, saya kena pakai sarung tangan.... baby dah nak keluar sangat ni," Pinta doktor Maziah.

Dan tepat pukul 10.50 pagi, hari Jumaat 7/4/2006. Lahirlah Hafiy Addin bin Hizamel menjengah kedunia. Abah terus mengalunkan azan ditelingamu dan abah juga mentahnik sayang dengan air zam zam dan kurma yang dilumatkan. Alhamdulillah. Bayi merah berambut perang yang sangat2 ditunggu-tunggu ummi, abah dan kakak-kakak. Tok tok, tah, tok wan dan tok mak serta saudara mara yang lain turut bergembira.

Dan sekarang anakku, anak dalam usia 4 tahun yang mencabar. Ummi dan abah sentiasa mendoakan yang baik-baik buat anak ummi ini. Membesarlah menjadi pembela dan pemelihara agama Allah ini selayak nama mu yang memuliakan agama Allah. InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ummi Hafiy nak kek Ben 10, baju ben 10 ngan jam ben 10. Nak kata pengaruh TV, tak pernah pula Hafiy tengok Ben 10. :) Asalkan tidak membahayakan fizikal dan rohani, ummi dan abah ok saja.












Thursday 1 April 2010

Memori Hati - Happy Birthday Humaira Ardini Hizamel









Dearest my daughter Humaira Ardini Hizamel,

I still remembered that day,

When Allah answered our pray,

‘You are carrying a baby in your womb’ the doctor says,

Whole nine months I patiently carried you in my tummy,

I talked to you all the time while you were there, you see,

You shared my joys and you shared my worry,

We were two souls in one body.

The first flutter of your movement in my tummy,

Only Allah knows, that moment made me so happy,

Abah enjoyed seeing and feeling your elbow and knee,

We laughed, we planned, and we prayed that you’ll be healthy,

Our first blossom that’s who you are, baby,


On April 1st 2002, is the day that we’ve been waited,

Such a tiny baby you were, when we first met.

Stream of tears followed a happy moment,

The baby that we’ve been waited was in our arm finally,

We were proud young parents that day,

You are a precious gift of all, we can say.

Abah recited azan in your ears,

He too, I guess was straining his tears,

I can sense a shiver in his voice,

Full of hopes that a good muslimah and daughter will be your choice.


It’s been 8 years since that day,

You’ve grown up to be such a lovely young lady,

I hope you know that we are still those proud parents of yours,

In fact we are even more proud today,

Such an obedient daughter you’ve turned out to be,

For ummi and abah pray you’ll be an obedient muslimah, my honey bee,

There’s nothing compare to the feeling we have,

To be your parents is the great gift that Allah granted us,

Grow wise; grow graciously my little lady,

Grow to be true muslimah you’ll be.

InsyaAllah.

Ummi and abah love you to the fullest,

Your sister and your brother too, for sure.

Happy 8th birthday my darling baby,

You’ll always be my baby.

I love you so much.


Lots of love, hugs and kisses,

Ummi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails