Wednesday 26 May 2010

Memori Hati - Selamat Ulangtahun Baitul Muslim yang ke 9

Sembilan tahun,

Menganyam rasa menjadi bidadari duniamu,

Sembilan tahun,

Mengumpul bahagia, lengkapnya sebahagian dari iman,

Sembilan tahun

Mera’i cinta, memohon pada yang Esa,

Biar diri ini sahajalah ratu pada al-Hurul Ain abang nanti,

Sembilan tahun,

Menjulang tinggi, gelaran isteri bukan mainan lagi,

Nabi Allah pernah bersabda,

“Sekiranya aku harus memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya lantaran besarnya hak suami yang ditentukan Allah ke atas isteri.” (Abu Daud)

Suami mithali itu selayaknya begitu seperti kata Nabi kecintaan kita

Dan, Zauj, abanglah suami mithali itu.

Sembilan tahun bersama, membelai kasih,

Pada Rabbul ‘Izatti di pohon,

Jauhlah hati dari tidak berterima kasih,

Jauhlah hati dari mengungkit,

Jauhlah hati dari membandingkan,

Kerana itu mainan syaitan.

Pada Rabbul ‘alamin di pohon,

Biar sama kita merasa nikmatnya,

Bersimpuh di tebing sungai dari madu dan susu,

Menghirup wangian kasturi sejauh 100 tahun jaraknya,

Bersanding bersama dipelaminan berhias,

Di tiup udara nyaman , panasnya tidak membakar dan sejuknya tidak menggigit,

Pakaian kita indah, dari pohon tuba,

Nikmat di sana, Allah janjikan,

sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata,

belum pernah terdengar oleh telinga dan

tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia.

Y a Shabab,

Zaujku tercinta,

Cita kita sama,

Menuju redha Allah,

menggapai syurga Allah hendaknya,

Pimpinlah kami, menuju redha Allah,

Pimpinlah kami mengecap manisnya hidup yang kekal abadi,

Dalam tempat yang penuh dengan kenikmatan,

Yang tidak pernah satu mimpi pun pernah menyentuhnya,

Ditempat yang kekal abadi,

Pimpinlah kami menyintai Allah yang Maha Agung,

Pimpinlah kami menyintai negara akhirat, lebih dari dunia ini.

Kami sentiasa akan berjalan seiring.

Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Rahmatilah Baitul Muslim kami,

Kami mengharapkan tahun-tahun yang semakin gemilang,

Menjulang cinta buatMu ya Rabb,

Kami memohon semoga amanah yang tergalas di bahu,

Dapat kami laksanakan,

Mendidik anak-anak kami menjadi muslim dan muslimah sejati,

Aameen……

Selamat Ulangtahun Baitul Muslim kita yang ke -9.

.

Wednesday 19 May 2010

Horizon Hati Ummu Humaira' - Third Chapter

" Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Al Quran - 40:60)"

Mak Ton tetapkan hati, terus-terusan mencipta bahagia antara mereka. Ada sahaja aktiviti di kampung yang mereka lakukan bersama, bagi mak ton biar miskin harta, tapi kaya bahagia. Ummu Humaira' di didik seperti anak sebaya yang lain. Jika salah ditegur, jika yang baik di puji. Walau hati anak itu masih merah membarakan rindu pada neneknya, tetap diri anak itu harus di tegur. Mak Ton terus berpegang pada ayat Al-Quran, surah Ghafir ayat 60, betapa Allah memperkenankan segala pinta dan doa dari hambanya. Tiada doa yang tidak dimakbulkan melainkan ada kebaikan dan pahala yang tertangguh buat kita.

Doa yang tak pernah putus dari mak ton, agar anak nya ini mencintainya selayak anak mencintai ibunya. Jua ketenangan hatinya yang tak pernah lekang.

Semakin hari hati Ummu Humaira' semakin betah menerima qada' dan qadar Allah yang meletakkan dirinya jauh dari nenek yang di kasihi. Dirinya juga semakin biasa bergelumang hidup di desa. Ummu Humaira' amat menyukai persekolahan di sana. Setiap petang bertemankan bapa saudaranya yang hampir sebaya, mereka bersama-sama meredah lautan sawah, mencari siput sawah dan pucuk paku rawan. Bila tiba musim semilai, aktiviti menangkap semilai mereka lakukan. Hujung minggu di isi dengan mencari kayu api dan bermain-main di sungai kecil di dalam kebun getah.

" Sedih hati mak, bila tengok kakak naik terima hadiah pakai kasut koyak, " Suara Mak Ton, suatu hari selepas majlis penyampaian hadiah di sekolah Ummu Humaira'.

Lain pula dengan perasaan Ummu Humaira'. Hatinya berbunga riang dapat menerima 4 hadiah pencapaian sekaligus, walau berkasut koyak. Siapakah yang dapat sangkalkan doa ibu yang dimakbulkan dalam anak menggapai ketenangan hati menerima semua qada' dan qadarnya. Pasti doa ibu yang Allah makbulkan, lantas tenang bersarang dihati Ummu Humaira'.

“Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.

Dugaan Allah datang tidak pernah melebihi tahap kemampuan kita.

Tiba lagi saat hati Mak Ton di duga lagi...............

Tuesday 11 May 2010

Horizon Hati Ummu Humaira' - Second Chapter

" Tak nak duduk dengan mak...... nak balik kampung, nak duduk dengan nenek" Tangisan anak yang dalam usia mentah 7 tahun, baru bertatih mengenal dunia.

" Duduk dengan mak lah, ok. Mak rindu kakak juga," pujuk Mak Ton. Menenangkan si anak yang sejak beberapa hari terus-terusan merengek meminta dihantarkan pulang ke kampung.

Ummu Humaira' yang sejak kecil dipelihara oleh neneknya seperti hilang punca bila hasil perbincangan antara Mak Ton dan ibu Mak Ton membuahkan keputusan yang Ummu Humaira' akan tinggal bersama Mak Ton tika usia menginjak 7 tahun untuk bersekolah di Kampung Bukit. Hati kecilnya meronta-ronta ingin pulang kepangkuan neneknya.

" Mak dulu tak nak kakak, kenapa sekarang ambil kakak? Kakak nak tinggal dengan nenek " Tangis berderai bersama luahan hati Ummu Humaira'.

" Mak nak kakak...." Kata-kata Mak Ton terhenti di situ. Sambil tangan menguis jurai air mata.

' Ya Allah, sesungguhnya atas nama cintaku pada ibuku, ku tinggalkan anakku bersama neneknya. Buat mengubat rindu dan sepi hari tuanya. Hanya Engkau yang tahu tidak pernah ada ibu yang waras sanggup berpisah dengan anaknya walau sedetik.' Hati Mak Ton terus berbicara. Bicara yang tak mungkin diungkap pada Ummu Humaira' yang masih berbara hatinya itu.

Atas kerelaan ibu Mak Ton juga, Ummu Humaira' dipulangkan pada Mak Ton untuk memantau persekolahan anak kecil itu.

Mak Ton sendiri sedari kecil hidup bersama ayah dan ibu tirinya. Pagi bersekolah, petangnya tugasnya penuh, mengasuh adik-adik sebapa yang masih kecil. Ibu dan ayah kandung Mak Ton berpisah ketika dia masih kecil. Kemudian orang tuanya membawa haluan masing-masing. Memulakan hidup baru. Itulah aturan jalan yang Allah berikan buat mereka. Hidupnya tidak senang, tapi pelajaran agama paling dipentingkan. Persekolahan Mak Ton tertangguh gara-gara sijil kelahiran yang entah di mana hilangnya. Mak Ton yang sangat bijak didalam mata pelajaran matematik itu, terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Mak Ton terkenang-kenang hidup berjauhan dari ibu kandungnya ketika kecil. Perit jiwanya. Dirinya selalu menjadi sasaran adik-adik sebapanya. Berbagai-bagai helah yang mereka kenakan pada dirinya Mak Ton tetap bersabar, mengenang dirinya yang sendiri dalam keluarga besar ayahnya sekarang. Mak Ton terkenang-kenang, alangkah indahnya kalau dia dapat bersama ibu kandungnya. Berbekalkan tekad, tika usia menginjak remaja, Mak Ton pergi mencari ibunya, dan terus tinggal bersama ibunya sehinggalah dia berumahtangga dan dikurniakan Ummu Humaira' dan Ummu Amani.

Kasih sayang yang mendalam pada ibu kandungnya, membuatkan dia tega menitipkan Ummu Humaira' yang masih kecil dalam jagaan ibu kandungnya. Jarak usia Ummu Humaira' dengan adiknya yang sangat dekat, kurang dari dua tahun, menyebabkan ibu Mak Ton meminta izin menjaga Ummu Humaira'. Keizinan yang akhirnya merobek hati sendiri. Saat keluhan dan ungkitan dari mulut kecil Ummu Humaira' meluncur keluar, hati Mak Ton bagai di siat-siat. Perpisahan sementara antara mereka terjadi tatkala Mak Ton dan Pak Hussein berpindah ke Kampung Bukit untuk memulakan perniagaan makanan mereka. Ummu Humaira' tinggal bersama ibu Mak Ton dan Ummu Amani dibawa bersama Mak Ton.

'Ya Allah, Yang Maha Mengetahui segala rahsia hati. Ya Allah Yang Maha Memelihara ketenangan jiwa dan kalbu manusia. Kepada Mu aku merintih, tenangkanlah hati anakku yang sangat dalam kesakitan tika ini. Hatinya sakit mengenangkan kemahuannya tak dituruti. Hanya Engkau yang tahu bahawa segala kasih sayang ku tumpah pada insan-insan ini. Menggembirakan ibuku dan anakku. Hanya yang terbaik yang ku impikan buat anakku. Jadikanlah dia insan yang mulia dan bertaqwa. Indahkanlah akhlak dan pekertinya, kurniakanlah kepadaku ketaatan darinya.' Doa Mak Ton tak pernah putus.

------------------------------------------------------------------------------------

Bertemu lagi di Third Chapter dalam kisah dongengan Horizon Hati Ummu Humaira'

Hak Cipta Terpelihara:

Monday 10 May 2010

Horizon Hati Ummu Humaira' - First Chapter

Cerita buat membelai hati sendiri. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu. :)
Cerita buat membelai hati anak-anak
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Angin menderu, meliuk lentok pohon-pohon nyiur di tepi pantai. Pohon-pohon rhu tetap tegak sambil dedaunnya berdesir berzikir memuji ke-esaan Allah S.W.T, pastinya.

Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. [Al-Quran 22:18]

Wanita yang berdiri tegak memandang ombak membetulkan letak tudung yang menghijab kepalanya. Sesekali matanya memerhatikan sepasang pasangan warga emas yang menjamu selera di gerai di tepi tebing pantai. Mee udang pilihan mereka berdua. Rasa sejuk menyelinap kalbunya. Sejuk yang dihantar Allah bersama angin. Itulah ibubapanya yang menjadi sebab dia lahir ke dunia ini. Itulah orang tuanya yang dengan adanya mereka dia sampai ke takat ini.

Wanita bertubuh sederhana itu terus berjalan di gigi pantai sambil memerhatikan ketam-ketam pantai yang mengajar anak-anaknya berjalan. Yang pasti ibubapanya bukanlah seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus, sedang diri ketam itu sendiri jalannya mengiring. Biarpun ibubapanya tidak pernah menjejakkan kaki ke menara gading, mereka tetap teguh utuh dengan cita-cita mereka, ilmu itu harus digali. Kalau bukan mereka, anak-anak pasti didorong.

"Kakak, mee udang kakak dah nak sejuk ni," suara lelaki tua di sisi pasangannya mergema memanggil anaknya yang masih melayan hati digigi pantai.

"Makan dulu, nanti sambung jalan-jalan lagi," giliran ibunya bersuara.

"OK, mak, abah" Jawab wanita bernama Ummu Humaira', sambil membawa langkah kakinya menuju ke meja yang diduduki oleh Pak Hussein dan Mak Ton.

Mereka bersama-sama menikmati mee udang yang sangat terkenal di pesisir pantai ini. Sambil mulut menjamu selera, mata juga menjamu selera dengan indahnya alam dan luasnya lautan ciptaan Allah ini. Kelihatan dua bot nelayan kecil pulang di petang hari membawa pulangan tangkapan udang yang pastinya segar dari laut.

Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. [Al-Quran 16:14]

Dengan itu sesungguhnya teramat besar nikmat dari Allah itu yang harus kita syukuri. Tiada lagi nikmat yang patut diingkari.

Sambil menikmati mee udang yang lazat itu, hati Ummu Humaira' berkecamuk dalam dua persimpangan. Hati yang girang memandang wajah Pak Hussein dan Mak Ton yang memancar kegembiraan mereka. Melepas rindu pada Ummu Humaira', anak mereka yang sekian lama terpisah oleh kekangan jarak dan keterbatasan kemampuan ekonomi. Dalam pada itu, hati keibuannya terkenang-kenang pada cahayamatanya sendiri yang terpaksa berpisah jauh, atas tuntutan keperluan pembelajarannya. Pasti jua sepenuh rindunya tumpah buat suaminya yang tercinta yang berkorban segala, merawat rindu anak-anak mereka. Mee udang yang biasanya terlalu sedap bila di iring gelak tawa anak-anaknya bermain di gigi pantai, terasa begitu tawar setawar hatinya yang hanya mampu memutar pita memori pada cetusan tawa anak-anaknya.

Deru ombak yang keras menghempas pantai seperti nyanyian hatinya.
'Pulangku ini biarlah menjadi ibadahku. Pulangku ini biarlah menjadi bakti buat orang tuaku. Alangkah ruginya diriku andai yang ku perolehi hanya hati yang merindu, sedang Allah telah membuka jalan yang luas buatku mengumpul pahala berbakti pada insan-insan mulia dalam hidupku,' monolog Ummu Humaira' sendiri.

Mereka terus melayan hati sendiri, ada senyum bertukar ganti dibibir Pak Hussein dan Mak Ton bila mereka berpandangan. Ummu Humaira' memandang ibubapanya dan tersenyum kemudian anak mata dilirih ke arah laut lepas, sambil hati berdoa dalam monolog hatinya dengan yang Esa.

'Ya Allah, bukan sedikit hati meraka terguris kerana perlakuan ku yang jahil dahulu, syukurku ya Allah, Engkau beri kesempatan aku menebus walaupun ku tahu itu hanyalah tebusan pada sepicing saja nilai hati yang terluka. Semoga ini menjadi bekal pahala buat menggapai rahmat Mu. Ya Allah, Kau bayarkan jua rindu suami dan anak-anakku dengan pahala kebajikan yang berterusan ya Allah.' Monolog hati Ummu Humaira' tatkala mata memandang terus ke horizon laut.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Tak nak duduk dengan mak....... nak balik kampung," Tangisan anak berusia 7 tahun yang masih belum mengerti erti dunia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumpa di Second chapter
Hak Cipta Terpelihara:
melatiblossoms.blogspot.com

Horizon Di Hati Ummu Humaira' - First Chapter

Saturday 1 May 2010

Memori Berjuang - Bila hati di dua tempat

Bila hati di dua tempat, tiada kata yang pantas mencerminkan keadaan hati. Sangat rindu sungguh tak pernah lagi begini rasanya. Sungguh kuat mereka-meraka yang di pilih Allah untuk berjauhan dari orang2 yang tersayang, yang hanya mampu bertemu sekali sekala. Kagum dengan ketabahan mereka, mungkin ada yang berkata alah bisa tegal biasa, berapa lamakah baru bisa itu menjadi alah, dan tegal itu menjadi biasa. Pastinya bukan sekejap waktu. Dan sakitnya begitu dalam.

Sebelum kaki menjejak bumi Malaysia tercinta, di fikiran ini sudah terbayang makanan-makanan yang terlalu sukar diperolehi di UK sana. Bila sampai di bumi ini, dan makanan itu di jamah, teras seperti tawar tiada rasa, dek peritnya rasa hati yang merindu, dek peritnya mengingatkan makanan ini tak dapat dikongsi dengan mereka-mereka yang tercinta. Kosong. Nikmat yang di hijab oleh hati yang terlalu rindu.

Dugaan datang berbagai cara, hati meronta-ronta ingin segera pulang ke Sungai Petani untuk bertemu bonda dan ayahanda tercinta serta keluarga disana. Urusan visa yang sepatutnya dapat dilunaskan pada Jumaat semalam selewat-lewatnya tidak dapat di tunaikan. Dokumen masih tidak lengkap. Bila yang merancang insan yang lemah seperti kita, maka siapa kita untuk bertanya apakah perancangan Allah yang lebih hebat buat kita? Pasti ada. Yakin dan penuh yakin. Rasa kecewa di hati, terubat atas keyakinan bahawa yang merancang buat kita adalah Yang Maha Kuasa.
Alhamdulillah, Allah kurniakan mama yang sanggup menemani suami dan anak-anak di sana. Kak yong juga ada membantu. Buat suami yang tercinta, betapa pengorbanan abang tidak terhitung, merawat dan merehatkan hati anak-anak yang gundah. Tangisan Hasya di malam sebelum hari perpisahan sudah meruntun rasa, anak sekecil itu minta penjelasan kenapa umminya harus berjauhan darinya. Maka runtuhlah tembok air mata ummi dan dalam deraian airmata ummi rungkaikan silangkata yang tersimpul dibenak anak itu dan fahamlah anak atas perpisahan sementara ini.
Panggilan telefon dari suami tercinta dan anak-anak selalu mengubat rasa rindu, ada juga yang seperti menarik2 jurai hati, bila Hafiy mula mengangis

"ummi, baliklah ummi, baliklah ummi....., Hafiy sayang ummi..."
maka ummi manakah yang dapat menahan rasa?

Kepada Allah ummi panjatkan doa dan memohon semoga Allah lontarkan rasa tenang dan bahagia, serta titipkan rasa rindu yang bakal mengikat lagi hati-hati kita InsyaAllah. Biar rindu kita menjadi manis bukan lagi sakit.... Redha adalah kata kuncinya.... bagaimana mengajarkan redha pada anak-anak sekecil mereka, bila orang sedewasa kita juga tenggelam dalam mencari-cari pengertian redha itu sendiri.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Memori bersama dengan semua sepanjang empat hari sebelum tarikh berangkat masih segar, betapa kita gembira dengan nikmat yang Allah kurniakan. Jaulah kita ke Snowdonia, menerbitkan rasa kerdilnya insan atas kekuasaan yang Maha Esa, betapa alam yang rumit ini ditadbir begitu indah, inikan pula rahsia takdir kita. HambaMu redha ya Allah.

,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails