Wednesday 30 June 2010

Blossoms Memory - Anak solehah...........


Assalamualaikum warohmatullahiwabarakatuh anak solehah ummi dan abah, Hasya Amalin Hizamel,

Ummi minta maaf, catatan maya ummi buat Hasya sempena hari lahir Hasya agak terlambat. Untuk kakak dan adik ada, sudah semestinya ummi ingin mengimbau kenangan buat Hasya teliti nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
7 tahun yang lalu, ummi dan abah masih belajar di Bradford, bersama kakak Humaira yang berusia 1 tahun. Ummi dan abah amat bersedia untuk menimang cahayamata lagi. Namun Allah lebih mengetahui sesuatu yang terbaik buat hambanya, ummi dan abah sangat yakini melalui ayat ini

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah: 216)

Kami tidak diberikan rezeki ketika itu. Saat-saat akhir pengajian membuatkan ummi dan abah terlalu sibuk, sehingga seperti terlupakan hasrat kami untuk memiliki cahayamata lagi.

Alhamdulillah, ummi, abah dan kakak dipilih menjadi tetamu Allah seusai pengajian kami, transit di Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah dan seterusnya pulang ke tanahair.

Selepas sebulan di tanahair, kunjungan ke klinik terdekat, mengesahkan ummi sudah 6 minggu mengandungkan Hasya, Alhamdulillah. Tidak terucap kegembiraan dan kesyukuran kami panjatkan atas nikmat yang tidak henti-henti Allah kurniakan.

Mengandungkan Hasya amat mudah, tiada loya ataupun keinginan yang pelik-pelik ummi rasakan. Alhamdulillah. Ummi dan abah meneliti dan menghargai setiap detik Hasya membesar didalam rahim ummi, sama seperti kandungan pertama. Tendangan pertama ke dinding rahim ummi yang masih melontarkan rasa yang teramat teruja bagi ummi dan abah, dan kali ini kakak Humaira berkongsi rasa yang sama. Kakak Humaira rajin bercakap dengan Hasya dan mencium perut ummi, masa Hasya dalam perut ummi.

Kelainan yang ummi rasakan adalah saiz perut ummi yang ketara besarnya. Ramai yang mengagak ummi akan melahirkan anak lelaki dari bentuk perut ummi. :) macam-macamkan teori manusia.

Jangkaan bersalin ummi, berubah-ubah tarikhnya, bermula dari 11/6/2006 (sama tarikh lahir dengan tok mak) dan 26/6/2006 (sama tarikh lahir dengan mak cik). Abah sangat berharap Hasya akan lahir pada 20/6/2006, sama tarikh lahir dengan abah. :) Abah rajin berbual dengan Hasya dan setiap kali itu juga ada pesanan supaya Hasya lahir 20/6/2006. Semua sudah tertulis di Lauhul Mahfuz, saat lahir, jodoh dan maut kita. Ummi sudah merasa seperti tummy cramp bermula pukul 4 pagi, tetapi tidaklah ketara. Pagi itu selepas solat subuh, ummi beritahu abah tentang rasa tummy cramp ummi dan seperti sudah sampai masa melahirkan.

Ummi dan abah, menghantar mak cik Arita kepejabatnya di Bukit Damansara, dan kemudian menghantar kakak Humaira ke rumah Tah dan Tok-Tok di kawasan itu juga. Selepas itu kami bergegas ke Damansara Specialist Hospital. Ummi terus di masukkan ke wad dan dibawa ke labour room. Dalam pukul 8.00 pagi Doktor Maziah datang untuk pemeriksaan dan memecahkan air ketuban. Ummi merasakan kesakitan yang kuat sekitar pukul 8.30 pagi. Dan tepat pukul 8.52 pagi 22/6/2006, Hasya lahir menjengah dunia Allah dengan tangisan yang nyaring, dengan berat sebanyak 3.52kg. Abah setia berada disisi ummi. Sejurus itu, doktor meletak kan Hasya disisi ummi, dan seperti pro, Hasya menyusu dengan susu ummi yang pertama. Alhamdulillah. Jururawat kemudian mengambil Hasya untuk dibersihkan sedikit dan diazankan oleh abah. Kegembiraan yang hanya Allah mengetahuinya.

Ummi juga 'fully breastfeeding' Hasya. Walaupun bukan mudah bagi kita berdua kan sayang. Alhamdulillah kita dapat melaluinya, dan ummi masih menyusukan Hasya hinggalah saat ummi hampir melahirkan Hafiy.

Dan tahun ini sayang, usia 6 tahun, menampakkan jelas pada ummi dan abah, karakter anak bernama Hasya. Yang penuh dengan ketekunan, yang sangat mementingkan kesempurnaan dan sangat penyayang. Hati kecil anak ummi yang sangat besar.

Membesarlah menjadi mujahidah, hamba Allah yang soleh dan bertaqwa dan ingatlah kami sentiasa dalam doamu sayang. Hasya anak solehah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hasya: "Ummi, macamana kita tahu Allah dengar semua yang kita mintak?"

Ummi: " Sebab apa yang kita mintak, Allah kasi.. kan?"

Hasya: "Ummi Allah cakap tak dengan kita?"

Ummi: "Allah cakap dengan kita, semua yang Allah cakap dengan kita ada dalam Al-Quran, Allah tell malaikat Jibril, malaikat Jibril tell Nabi Muhammad"

Hasya: "Allah talks a lot, yeah ummi?"

Ummi: "Ya Hasya, a lot... and we need to understand it, kan, kalau kita cakap orang buat-buat tak nak paham, kita sedih tak?"

Hasya: "sedih,"

Ummi: "Allah pun tak suka kan kalau kita tak nak paham what Allah is telling us, kan?, Kita nak Allah suka kita, kan?"

Alhamdulillah, di usia ini Hasya gigih menunaikan solat fardhu lima waktu, ditambah dengan waktu solat di musim summer. Subuhnya pukul 1.24 a.m dan berakhir 4.30 a.m. Maghribnya melepasi waktu tidur, dalam pukul 10 malam. Alhamdulillah Hasya sangat gigih.

Setiap kali juga Hasya tidak lepas berdoa seperti ini:

"Ya Allah, ampunkanlah dosa Hasya, ampunkanlah dosa ibubapa Hasya, ampunkanlah dosa adik beradik Hasya, Ampunkan dosa, all my grandma and my grandpa, ampunkan dosa all my cousins, ampunkan dosa muslimin, muslimat yang hidup atau yang mati. "

"Ya Allah, let ummi dan abah habis phd dengan berjaya, Ya Allah let Hasya, Humaira Hafiy jadi anak yang soleh dan solehah, Ya Allah, janganlah bagi Hasya, Humaira and Hafiy bergaduh dengan each other, Bagilah Hasya, Humaira, Hafiy , abah , ummi and all our family healthy."

"Ya Allah, Bagilah Hasya can save £1000 so that I can buy a pony (inilah doa yang selalu menjadi bual bicara ummi dan abah :):)), Ya Allah bagilah Hasya, Humaira and Hafiy good at reading IQRA', good at reading Quran, good at swimming, good at playing tennis"

Yang paling terbaru bersempena dengan world cup, Hasya tambah lagi satu du'a

"Ya Allah, bagilah Ummi, abah and our favourite's team win at world cup football" Aduhai anak....

Anak kecil selalunya mudah memahami konsep, mintalah apa saja dari Allah........ mintaklah yang baik-baik....



Tuesday 29 June 2010

Memori Hati - 26/6/2010 !!!!


Selamat hari lahir buat insan yang ku sayang..
Selamat hari lahir buat adik yang ku cintai....
Menginjak dewasa dibawah renungan mataku...
Dikaulah adik, dikaulah teman...
Bahu yang sentiasa bersedia, saat aku ingin rebahkan kepala...
Telinga yang sentiasa bersedia, saat mulutku meluncur kata meringan beban di kepala...
Mulut yang sentiasa bersedia, saat telingaku ingin sangat mendengar kata-kata semangat...

Saat ini dikau menginjak dewasa...
bersama talian du'a dari ayah bonda dan kekanda-kekanda mu...
hatiku sentiasa tenang,
bila tahu kau punya keyakinan penuh pada yang Esa..
setiap langkah yang kau atur, hanya pada Dia tempat kau rujuk...

Dugaan, senang dan susah, sudah pandai kau teka...
aku pasti...
ibu dan ayah sangat berbangga...
dan adik....
kakakmu ini amat berbangga...
aku punya banyak du'a buat mu....
tapi biar saja diri ini yang tahu....

Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milikmu....
kami disini, kakak, abang mel dan anak-anak...
sabar menanti kedatangan mu dan bonda sabtu ini.....
InsyaAllah......

http://dramahanim.blogspot.com/

Tuesday 22 June 2010

YOU ARE 6 TODAY !!- Sanah Helwah ya bunayyati Hasya Amalin Hizamel





Dearest my daughter,

We were three that time,
We long for another one,
Another blossom in our garden,
To bring the freshness from heaven,

A visit to a doctor,
confirmed you were there,
In ummi's tummy, our heir,





Such a glorious day we felt,
to receive a news that was so great,
Kakak Humaira was so happy,
She knew, she'll have a friend, my honey.

You were so nice in ummi's tummy,
Morning sickness was not in my vocabulary,
You grow so big in ummi's tummy,
You weigh 3.52 kg during delivery.





Being a second of three is so tough, my pumpkin,
But I know my princess is even tougher, aren't you my darlin',
Very determined young lady you turned out to be,
I am very proud of you my honey bee.

You are a daughter that every mum could ever wish for,
I am so blessed, for sure,
I treasure every effort you take,
Our happiness and blessing is all you seek.

You show your love in everyway you can,
Ummi and abah is so blessed to hold you in our hand,





My darling Hasya Amalin Hizamel,
You have all my prayers in this special day,
Rest assure, as I still breating Allah's air,
I'll have you everytime in my prayer,

Grow wise and gracefully my young lady,
A Mujahidah is what you'll be,
Meeting Allah is our utmost goal,
In jannah, hope we will gather as a whole,


HAPPY 6TH BIRTHDAY MY DARLING HASYA AMALIN HIZAMEL

Monday 21 June 2010

Sanah helwah ya habibi - entri khas buat abang (Happy Father's Day too)




Teringat ati, tatkala duduk bersantai-santai dengan mama selepas beberapa bulan diijabkabulkan. Hari minggu itu, abang dan abah bersama-sama meluangkan masa beriadah bermain golf.

Mama bercerita tentang pengalaman mama, mengandungkan lop dan juga pengalaman melahirkan lop. Mungkin untuk berkongsi pengalaman dengan ati yang baru mengandungkan Humaira tika itu. Jarak umur abang dan lop agak jauh. Mama cerita, puas mama berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas lop. Rupanya, rahim mama agak lari dari kedudukannya. Selepas menjalankan treatment membetulkan kedudukan rahim mama, mama terus juga berusaha untuk mendapatkan anak kedua.

Abah belikan mama makanan yang berkhasiat, dan mama memang sangat menyiapkan diri untuk mengandung lagi. Bagi mama dan abah, abang adalah 'designed baby'. Tersenyum ati mendengar cerita mama. Saat abang dilahirkan, berat abang lebih 9 pound. Bayi yang sangat montel dan putih kata mama. Macam bayi yang sudah berusia beberapa bulan. Mama melahirkan abang dengan cara induce, jadi mama memilih 20/6/1977, sebagai tarikh melahirkan abang, 20 haribulan itu adalah bersamaan dengan tarikh lahir mama, 20 Febuari. Terlalu istimewa kan, bila mengenangkan ketelitian ibubapa kita dalam hidup kita. Mama bercerita tentang keterujaan mendapatkan abang. Begitulah, setiap anak itu sentiasa dinanti-nantikan. Ibubapa yang paling utama dalam hidup seorang anak, terutamanya anak lelaki. Semoga setiap hari lahir abang, akan terus membawa ingatan indah dari abang buat abah dan mama. Dan kami ( isteri dan anak-anak) akan sentiasa mendokong sayang menggapai redha Ilahi. InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sanah Helwah ya habibi...
Ya shabab.. Zauj tercinta
Kepada Allah Rabbul 'alamin...
Kami panjatkan sepenuh kesyukuran..

semoga abang dipinjamkan lagi usia..
Semoga dapat abang mengumpul Rahmat Allah..
semoga abang dalam nikmat sihat...
agar lebih cantik dan kemas beribadat untuk Allah
semoga abang diberikan nikmat lapang...
Agar lapang yang diberikan dapat di isi dengan mencari redha Allah
semoga nikmat muda ini.. disalurkan untuk mencapai redha Allah...
semoga nikmat senang ini, membuatkan kita ingat yang kurang beruntung..
Tiada lagi nikmat yang harus kita dustakan...
Hamba Allah.. diberi pinjaman usia...

Sanah helwah ya habibi...
kata orang umur ini umur pemuda syurga..
semoga kita berlumba-lumba untuk menjadi pemuda-pemuda syurga itu..

Abang yang ati sanjungi..
Dalam setiap doa ati, ada abang didalamnya..
Dalam setiap mimpi ati, ada abang didalamnya...
Dalam setiap harapan ati, ada abang didalamnya...
Dalam masa depan ati, ada abang didalamnya...

Doa ati pada Ilahi,
semoga ati dapat mendokong sayang,
menggapai cita-cita abang membentuk baitul muslim kita,
semoga ati dapat menjaga abang dan amanah abang, selayaknya seorang isteri solehah...
semoga ati dapat membanggakan abang, selayaknya seorang isteri mithali...

Selamat Hari Lahir sayang, Semoga Allah mendengar dan mengkabulkan semua doa-doa abang, dan semoga keseluruhan hidup dan usia abang dipenuhi barokah dan rahmat dari Allah. Semoga abang gigih dan terus kuat mencari redha Allah didalam kehidupan kita.

Terima kasih berjuta juga ati dan anak-anak ucapkan buat mama Siti Fatimah tercinta. Yang bergadai nyawa melahirkan abang, insan hebat dan paling sempurna buat ati dan anak-anak. Terima kasih juga buat abah. Dengan izin Allah, ketegasan dan kasih sayang abah, membentuk abang menjadi seperti abang hari ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Entri yang lewat sehari.........
Kasih sayang yang sentiasa awal sehari.... :)

19/6/2010
Hari ni abah for the first time mintak hadiah. Lepas diduga dengan abah collapse hari tu, abah kata abah kena exercise ni. Golf bag abah pun dah berabuk dalam stor. kebetulan uncle Ikram ajak abah main golf hari ni. Selalunya hari Sabtu dan hari Ahad hari membahagiakan anak-anak. Bawa anak-anak for their swimming lesson dan beraktiviti. Hari ni, abah nak main golf. It would be his bithday present, abah kata. Of course granted. Cuma ummi masih bimbang kalau-kalau abah masih belum sihat sepenuhnya. 18 holes pula tu. Alhamdulillah, abah had a great game with his friends. Balik rumah, sakit-sakit kaki sebab jalan jauh kan. Tapi, abah nampak sangat gembira sebab dapat main golf yang dah lama abah tak main.

20/6/2010
Bangun pagi anak-anak dah wish abah selamat hari lahir. Ummi pukul 12.01 malam tadi dah wish birthday abah.
Rancangan untuk buat kek terbantut, abah ajak siap untuk pergi carboot. Bila sampai kereta, ummi ajak abah pegi shopping barang-barang rumah dulu. Lepas selesai shopping, kita sekeluarga pergi main bowling. Momen yang indah, Alhamdulillah. Anak-anak nampak sangat teruja, jarang sekali kita bermain bowling bersama kan. InsyaAllah lepas ni kita boleh selalu pergi beriadah bersama, InsyaAllah. Kita kan nak jadi umat Islam yang sihat. Petang nya barulah ummi dapat buat kek tiramisu untuk abah dan Hasya. Alhamdulillah.


Tuesday 15 June 2010

Memori Berjuang - Al-Baqarah:216

(sumber-google image)

Salam penuh kecintaan buat anak-anak ummi,

Ya Allah, betapa terasa besar dugaan-Mu ini, sehinggakan seperti terlupa betapa pula banyak nikmat yang telah kami raih dari AR-Rahman dan Ar-Rahim Mu Allah. Seperti mata memejam pada nikmat Allah yang melimpah ruah, dan kemudian mata terang terangan dibuka pada dugaan kecil ini.

Kadang-kadang diri terlupa yang kita ini HAMBA, hamba pada yang Esa. Allah yang punya perancangan besar. Setiap cabaran dan dugaan yang datang, pasti diiring keluh keluhan... Sungguh-sungguh hambaMu khilaf. Sepatutnya ucapan pertama adalah Alhamdulillah.. bila diuji Allah, tandanya Allah sayang pada kita. Innalillah.. tiada suatupun yang ada pada kita adalah milik kita .. melainkan ia adalah amanah yang wajib kita jaga. Nikmat ini semuanya milik Allah, dan Allah berhak mengambilnya bila-bila masa sahaja, Kepada Allah jugalah semua makhluk akan kembali. Hatta makhluk yang bernama 'ketenangan hati'. Terlalu mudah untuk ditulis... Tapi hati yang kelam ini terlalu sukar untuk menghadamnya Ya Allah, kami mohon petunjuk dan rahmat dari Mu ya Allah.

Wahai anak-anakku,

Hidup kita ini adalah keseluruhannya milik Allah, dan kepada Allah jugalah segala urusan tentang hidup kita yang patut kita serahkan. Dan wajiblah kita merasa redha dengan keputusan yang berlaku dalam hidup kita. Kerana kita mengimani bahawa Allah lah yang menentukan qada' dan qadar kita.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah: 216)

Terang-terangan ayat ini menyuluh, hati harus terus berserah secara total. Dan diri juga harus berdu'a semoga tiap gerak dan tingkah laku kita di pandu oleh Allah. Kita mungkin membenci sesuatu yang sebenarnya akan membawa kebaikan kepada kita. Sebelum mengambil langkah membenci, tekanlah butang 'pause' pada hati. Kembali kepada Allah, berhubung dan mintalah petunjuk dalam istikharah kita. Carilah ketenangan dalam keputusan yang diambil kemudiannya, semoga keputusan itu adalah sebenar-benarnya dorongan dari Ilahi.

Firman Allah ini juga mendamaikan hati atas perkara-perkara yang berlaku dan diluar kawal kita. Dan semoga dengan mentadabbur ayat ini, damailah hati untuk redha atas apa yang berlaku didalam hidup, yang sukar untuk kita mengertikan saat berlakunya.

Wahai anak kecintaan ummi dan abah,

Merintih itu hanya pada Allah. Saat diri sudah tidak mampu, baru terasa seperti ingin merintih. Khilaf sungguh terasa. Bukankah sepatutnya merintih itu kita lakukan di setiap saat. Sedangkan setiap saat masa bergerak ini hanyalah disebabkan patuhnya masa kepada Allah. Tiada daya dan upaya makhluk melainkan semua adalah dari Allah. Pada siapa lagi harus kita merintih wahai anakku. Kalau bukan pada Rabul 'alamin.

wahai anak-anak cahayamata kami,

Semoga Allah jaga hati-hati kita untuk terus bermuhasabah pada setiap detik masa yang berjalan ini. Semoga Allah limpahkan rahmat dan nikmat kesihatan buat abah dan buat kita seluruhnya. Semoga kita menjadi ummat-ummat yang kuat dan sihat dan dapat berbakti dalam menjadi secoret dari kisah gemilangnya Islam kembali di muka bumi Allah ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abah, I can still remember when you fall down," cerita Hasya pada abah sehari selepas abah pengsan. Sambil menunjukkan aksi abah pengsan. Inipun atas permintaan abah yang ingin tahu detail macamana abah pengsan.

"I was so scared.... ," Kata Hasya.

"Mee too....," Kakak menyampuk

"Ummi, Hafiy nak air.... " Pinta Hafiy selepas penat bermain.

"Ummi cepatlah, kalau tidak Hafiy pengsan....," ugut Hafiy, sedangkan Hafiy hanya dengar cerita abah pengsan, Hafiy tidak menyaksikan sebab waktu tu Hafiy tengah tidur. Wah Hafiy dah ada modal lah sekarang ni.

Semua orang ketawa... bijak bijak.. anak-anak soleh, solehah yang bertuah... aameeen..

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Saturday 12 June 2010

Seperti langit-Mu runtuh menghempas kepalaku ya Allah.....


Anakku... dia sedang tidur, badannya tengah panas, kepenatan, badan yang masih terkejut dengan peristiwa semalam, yang semestinya bagi ummi seperti langit Allah runtuh menghempas kepala ummi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pukul 2.10 petang itu ummi pulang seperti yang dijanjikan, selepas jumpa supervisor hari ni, ummi rasa seperti ingin berehat melepas lelah mengumpul 'progress' dua minggu. Abah ajak ummi teman abah tengok world cup, kegilaan saat ini untuk semua orang, 4 tahun sekali. Ajakan yang memang tak mungkin ummi katakan tidak, sejak mula kahwin, ummi dah abah tak pernah lepaskan tonton world cup bersama.

South Africa vs Mexico (1-1), kemudian abah ke tempat kerjanya. Pulang kerja abah sungguh excited menonton France melawan Uruguay (0-0). Perlawanan habis lebih kurang 9.30 malam. Abah ubah Hafiy yang dah tertidur atas abah. Kemudian abah ke dapur untuk buat air mocha seperti biasa. Ummi ikut abah untuk siapkan makan malam abah. Bila terpandang benjolan dibelakang abah, ummi teringat malam semalam bila abah menyuarakan kerisauan abah pada benjolan tersebut, kata abah, seperti keluar sesuatu dari benjolan itu tapi tak sakit. Benjolan yang sudah di situ selama lebih kurang 8 tahun, dahulu kecil sekarang lebih besar. Bila dirujuk pada doktor dulu, katanya liang peluh yang tersumbat menyebabkan benjolan itu.

Ummi cuba tengok-tengok, macam ada liang roma yang lebih besar, ummi cuba picit sedikit dan memang ada 'thick whitish thing' keluar dari liang roma. Abah minta ummi terus picit, dan banyak pula yang keluar, dan benjolan itu sedikit berkurang.

"Abang rasa cam lapar sangat, abang makan dulu nanti sambung yek," pinta abah.

"sayang, abang rasa macam nak pitam," adu abah pada ummi, semasa abah hendak memulakan makan malamnya.

Tiba-tiba abah rebah perlahan-lahan, menggelungsur dari kerusi makannya, matanya seperti kekiri dan kekanan, mulut abah seperti ingin berkata sesuatu, tetapi abah tidak sedar ketika itu sebenarnya, puas kita panggil nama abah, abah tetap juga tidak sedar.

Seperti langit jatuh ke kepala rasanya, tak pernah lagi kita lalui saat seperti ini. Dalam kepanikan itu ummi minta kak yong telefon auntie manja dan uncle Eran. Hasya yang memang mudah tersentuh hatinya mula mengangis-nangis memanggil abah. Kakak juga seperti kepanikan. Ummi dan kak yong harus menjadi orang dewasa yang rasional ketika itu.

Abah tersedar selepas 2-3 minit, abah seperti terpinga-pinga, ummi beritahu yang abah pengsan sebentar tadi. Abah kemudian seperti kesejukan dengan badan dan wajah yang sangat pucat. Hanya Allah yang tahu hati kita saat itu anakku. Abah yang sihat-sihat saja, boleh rebah dan pengsan dan dengan saat itu juga berubah dari sihat kepada sakit. Betapa kuasa Allah itu amat besar, apa sahaja yang Allah kehendaki pasti akan berlaku, sungguh ummi menginsafinya. Tiada daya dan upaya kita melainkan semuanya dengan pertolongan dan kehendak Allah.

Uncle Eran dan Auntie Manja tiba dirumah. Dan mula menolong ummi abah dan anak-anak. Kemudian uncle fendi dan uncle farid datang kerumah, dengan kepakaran uncle farid sebagai seorang doktor, kami mengambil keputusan untuk menghubungi 999. Paramedik dan ambulans yang sangat pantas. dalam masa 5 minit dalam panggilan, paramediks sudah sampai ke rumah untuk membuat assessmen awal. Belum selesai assessmen awal ambulan sudah tersedia untuk membawa abah ke hospital. Selepas separuh malam disana dengan 'check up' dan ujian yang dijalankan, abah dibenarkan pulang. 'A nasty viral infection?' , mungkin itulah puncanya. Ummi dan abah sampai dirumah dalam pukul 4.30 pagi. Anak-anak dan kak yong sudah ketiduran di sofa bed diruang tamu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Anakku, tiada sesuatupun dialam ini, dicakerawala ini yang bukan kepunyaan Allah, semuanya adalah hak Allah, nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita juga adalah hak Allah. Dialah yang berhak mengambilnya bila-bila masanya sahaja. Tugas kita menghargai dan menggunakan sebaiknya nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat sihat sebelum sakit, nikmat lapang sebelum sempit, nikmat hidup sebelum mati, nikmat kaya sebelum miskin, nikmat muda sebelum tua.

Ummi belajar untuk lebih menghargai sayang. 'Never take things for granted'.

Ummi juga terkesan dengan anak-anak yang lembut hati, ummi masih ingat, hasya, humaira dan kawan2 yang terus pergi menunaikan solat maghrib dan isya' selepas auntie manja nasihati hasya yang asyik mengalir air matanya melihat abah. Kami minta anak-anak doakan abah dalam doa anak-anak.

Banyak yang ummi dan abah muhasabah kan pada kejadian kecil yang menduga. Pandangan anak-anak nanti mungkin ini adalah kecil, bagi ummi ini cukup besar. Tak terbayang orang lain yang dugaan mereka lebih besar, kasih sayang Allah lagi banyak tertumpah pada mereka yang besar dugaannya. Betapa ummi bermuhasabah, yang berlaku ini adalah dugaan kecil buat kita. Ummi redha. Dan ummi ingin terus bermuhasabah.

Ummi sungguh terhutang budi pada kak yong, Untie Manja, Uncle Eran, Uncle Fendi dan Auntie Sue, Auntie Jay dan Uncle E serta Dr. Farid. Merekalah pengganti saudara mara yang jauh dimata, jasa mereka takkan ummi dan anak-anak lupa sampai ke syurga. Hanya Allahlah yang dapat membalas jasa mereka, semoga menjadi bekal pahala berterusan. Semoga Allah memudahkan semua urusan mereka sepertimana mereka memudahkan urusan kita anak-anakku.

Jiran dan tetangga yang lain, ummi tahu pasti sudi membantu kalau di beritahu. Dalam kekangan waktu dan kepanikan yang hebat buat ummi, maaf ummi pinta kerana ummi tak dapat untuk memberitahu mereka. Ummi tahu mereka sentiasa mendoakan abah juga. Dan mereka juga pasti faham.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sayang, kesian anak kita tak dapat pegi family day hari ni," abah bersuara, selepas abah sedikit selesa di atas katil di A&E St. James.

"Sayang, yang tu sayang jangan risau, anak-anak akan faham, mereka anak-anak yang soleh dan solehah." Jawab ummi.

"We'll make up to them later, bila sayang dah sihat," Pujuk ummi pada kekesalan abah yang tak dapat membawa anak untuk menghadiri family day untuk warga Leeds tahun ni.

Anak-anak gembira abang, bila ummi ajak mereka tolong ummi menggoreng pisang, dan juga bila ummi ajak mereka buat 'doh' untuk kuih pau dan donut kita hari ni. Anak-anak memang suka buat kerja-kerja yang 'messy' begitu. InsyaAllah mereka gembira. Lupa sekejap pada aktiviti yang mereka ketinggalan di family day. :)

"Ini namanya pengsan world cup ni," Gurau abah dengan tah di telefon tengahari tadi.

Masih sempat yer sayang.... :)

La haula wala quwata illa billah

Friday 11 June 2010

Memori Hati - Oh Ibunda......... Sanah Helwah ya ummi....



Walau seisi dunia menyatakan cinta ......
Takkan sama cinta ibu pada kami....

Puas kami mencari kata,
Andai kata cinta kami belum cukup memberi makna pada rasa,
maka ....
kami pun sedar...
memang apa kata pun takkan dapat memaknakan rasa...
kami cinta ibu....
sepenuh jiwa kami...
sepenuh raga kami....

Terima kasih Allah... Ar-Rahim
Kau kurniakan kami ibu yang penyayang...
Terima kasih Allah.. Ar-Rahman
Kau hadirkan kami ibu yang pengasih...

Ya Allah... Ya Hafiz....
Peliharalah dan kasihilah dan sayangilah ibu kami...
sepertimana ibu mengasihi kami...
sepertimana ibu menyayangi kami...
sedari kecil kami hinggalah sedewasa ini.....
Setiap detik masa berlalu...
hanya kami yang ibu fikirkan....

YA Allah... Ya Qudus, Ya Jalil....
Engkau limpahkan rahmat dan pahala yang sebanyak-banyaknya..
atas setiap rindu dan derita yang ibu tanggung kerana kami anak-anaknya...

Ya Allah... Ya Ghaffar
Engkau ampunkanlah segala khilaf ibuku.... dan rahmatilah ibu dalam belaian kasih sayangMu ya Allah....

Ya Allah Ya Mu'izz.... Ya 'aliy, Ya Wadud, Ya Syahid
Tinggikanlah darjat ibu, insan yang mulia dalam hidup kami, muliakanlah ibu dengan anak-anak dan menantu-menantu serta keturunan yang taat, tetap mendirikan solat dan sentiasa mendoakan.

Ya Allah... Ya Salam
Tenangkanlah dan lapangkanlah dada ibu kami, kurniakan lah ibu hati yang sentiasa mengingati negara akhirat...

Ya Allah... Ya Muqit...Ya Qahhar.. Ya Qawiy..
Kurniakanlah ibu dengan kesihatan yang baik, supaya ibu dapat beribadat dengan aman.. dalam menuntun cintanya mencari redhaMu ya Allah.....

Wahai ibu yang penyayang... terlalu banyak pengharapan dan doa dari kami anak-anak ibu...
Wahai ibu yang pengasih... terlalu sedikit bakti yang kami berikan...
Wahai ibu, redhamu kami perlukan dalam menggapai redha Ilahi....
Wahai Allah.... jadikanlah kami anak-anak yang taat dan bertaqwa, jadikanlah kami saham ibu yang paling mahal di akhirat nanti... aameeen

Semoga semua doa ibu Allah makbulkan...

Kami Cinta Ibu..........
Selamat Hari Lahir Ibuku sayang..... Semoga panjang usia dan dimurahkan rezeki.... :) :*

memori hati


Monday 7 June 2010

Memori Hati - Ummi, orang dewasa, Allah duga juga?


Tiada dugaan yang Allah hantarkan anakku melainkan untuk mengukuhkan iman kita, sama ada penghapus dosa kita yang bertimbun atau sebagai mengangkat darjat kita di sisi yang Esa.

Hidup tanpa dugaan seperti hidup yang sudah tidak dipedulikan lagi.

"Dugaan itu apa ummi?", mulut mulus anak kecil menanyakan makna pada sebuah perkataan yang begitu besar dasarnya.

"Dugaan itu pelbagai, dugaan fizikal, dugaan hati, dugaan belajar, contohnya duhai anakku...."

"Anakku sayang, Allah sedang menduga dirimu yang sedang demam, demam itu Allah hantar sebagai dugaan fizikal. Untuk menghapus dosa, atau juga untuk menambah pahala," Semoga yang ringkas ini engkau faham anakku.

"Ummi, kakak susah hati, my best friend don't wan't to be my friend anymore," rungut kakak suatu hari.

"Sayang, itu adalah dugaan yang Allah hantar buat hati kakak, hati rasa gelisah dan sedih kan" terang ummi.

"Kenapa Hasya diam saja nie, macam nak nangis?" Soal Ummi.

"Hasya tengah lawan syaitan dalam hati, syaitan suruh Hasya marah-marah dengan Hafiy," Memerah muka Hasya menahan marah dengan bersabar. Berjaya juga Hasya melawan dugaan hati yang sedang marah itu, selepas diusik Hafiy.

" This is too hard ummi, I don't think I can answer this question."

"Inilah salah satu dugaan dalam pelajaran"

"Orang dewasa ada dugaan tak?" Tanya anak-anak

Anakku orang dewasa juga menerima dugaan dari Allah. Sesuai dengan kemampuan manusia itu sendiri. Ummi juga punya gelisah di jiwa. Redha itu kata kuncinya. Allah tidak pernah menduga seseorang manusia melebihi kemampuan hambaNya itu sendiri. Ummi yakin sekali. Semoga Ummi dapat harungi dugaan ini. InsyaAllah

Kembali meneliti tinta maya yang sebelum ini dan muhasabahlah hati.

Sunday 6 June 2010

Memori berjuang - Dimanakah hendak ummi mulai anakku?

Di manakah hendak ummi mulakan wahai anak?

Kenapa Gaza yang kita kisahkan wahai anak? Kenapa Gaza yang mereka ingin sangat merdekakan? Terlalu sensitifkah kita dan terlalu sentimen sangatkah kita bila isu besar Islam di permainkan? Banyak yang bertanya? Ramai yang melontar kata, kita terlalu bersentimen terlalu sensitif pada kisah yang menyentuh sentimen Islam. Salahkah?

Gaza itu adalah sekecil-kecil penempatan dan antara tanah-tanah kecil yang masih milik Palestin yang tinggal. Kawasan yang sekecil ini di huni lebih 1.5 million rakyat palestin yang masih berjuang untuk membebaskan palestin dalah serba kekurangan. Kekurangan yang lebih kurang dari kekurangan yang normal.

Dari Buraidah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Ù‚َتْÙ„ُ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِ Ø£َعْظَÙ…ُ عِÙ†ْدَ اللهِ Ù…ِÙ†ْ زَÙˆَالِ الدُّÙ†ْÙŠَا.
Dosa membunuh seorang mukmin lebih besar daripada hancurnya dunia. Bahkan darah seorang muslim lebih mulia daripada Ka’bah yang mulia.

Jelas, saudara-saudara kita disana dipenjara terang-terangan, oleh negara haram Israel, pagar-pagar yang mereka war-warkan adalah tembok-tembok batu yang jelas memenjara saudara-saudara kita. Kuasa-kuasa besar mengiyakan, menghalalkan yang haram. Darah mereka seperti tidak berharga layaknya diperlakukan oleh Zionis yang dilaknat Allah. Selalu dan begitu lama sejarahnya. Dan terbaru adalah yang seperti kita baru ceritakan setahun setengah yang lalu.

Laut mereka yang sedikit itu juga ditidakkan hak mereka untuk memerah keringat mencari rezeki Allah disitu. Luahan hati ummi pernah ceritakan di sini. Kita ada tanggungjawab pada tanah ini.

Anak, kisah palestin bukan hanya pada Gaza, terlalu klise, bila sekali ombak menhempas pantai, sekali itu juga pasir berderai. Bila sekarang peristiwa berdarah flotilla dikenang nasibnya dihalang dari mendarat dipelabuhan Gaza, sekali itu juga ombak yang mencerahkan hati-hati kita tertuju pada tanah yang Allah muliakan dengan singgahnya nabi Allah kita semasa israk mi’raj baginda.

Klise? Tidak bagi ummi, bersangka baiklah dalam apa juga keadaannya. Saudara se-Islam kebanyakannya mula bersuara, mula berdemo. Jika dulu, mereka hanya membaca, sentimen mereka lebih tersentuh dengan isu ini, Alhamdulillah, bersyukur Allah hadirkan lebih banyak hati-hati yang sedar tentang pentingnya kita sama-sama berjuang menyuarakan tentang saudara kita di Palestin dan Al-Aqsa kita.

Duhai anak, usahlah dipersoalkan kenapa sekarang? Kenapa bukan dari dulu lagi? kenapa bila ada issu sahaja semangat kita makin membara. Bersangka baiklah dan terus berdoa semoga hati-hati kita dan mereka yang semakin dekat dengan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin ini bukan hanya terhenti bila kisah flotilla semakin sunyi. Setiap perkara memerlukan titik mula. Untuk kita dan untuk orang lain berlainan titik mulanya. Biar ada jangan langsung tiada.

Ummi yakin, misi flotilla bukanlah hanya untuk meruntuhkan tembok sekatan yang dikenakan ke atas Gaza oleh kuasa jahat Zionis, misi mereka lebih besar, meruntuhkan tembok besar yang menghijab mata kita dari melihat derita yang ditanggung oleh Palestin dan rakyatnya dan membangkitkan kesedaran umat Islam khasnya dan seluruh manusia sejagat amnya terhadap isu besar Palestin yang dengan TERANG tanah-tanah mereka dirampas, dengan JELAS mereka ditindas dan ditidakkan hak mereka untuk hidup aman di dunia ini. Yang kerajaan demokrasi (Hamas) yang mereka pilih ditidakkan hak untuk memerintah dengan acuan mereka.

Kitakan selalu bercerita, tentang tanah itu yang Allah muliakan, tentang mereka-mereka yang terpilih yang memperjuangkan kebebasannya. selalu anakku, semoga ombak yang menghempas pantai hati-hati kalian akan terus membawa ingatan dan tindakan buat saudara2 kita disana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails