Friday, 1 January 2010

Kenangan Berdarah 27 Dec 08 hingga 18 Jan 09

Gaza Massacre 27 Dec 08 - 18 Jan 09 -- 1,400 Muslims murdered.

Cebisan hati yang rapuh --> tulisan yang tertangguh...

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mortar dan peluru berpandu mereka……

roket dan batu saudara kita…….

Hijrah kita besar-besaran. Ceramah dan majlis diisi penuh Alhamdulillah. Alat penghawa dingin tak ketinggalan, kemestian yang ada untuk terus menjemput kariah datang ke majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau kita.

Tika ini juga, saudara-saudara kita di genting gaza, penuh sengsara menahan kejamnya hujanan mortar dan peluru berpandu rejim zionis yang tak pernah ada hati perutnya. Apa dosa anak kecil yang turut dimamah peluru itu? Terasa perit sampai ke hujung rambut pada suatu keterbatasan perbuatan yang tak membolehkan kita turut sama membantu. Sekecil-kecil iman ini wahai tuhan ya Rabbi, aku hanya mampu untuk turut menghulur doa tak bertepi.

Moga pejuang-pejuang di jalan Allah akan terus kuat tenaga menghantar roket dan balingan batu buat yahudi laknatullah. Sabarlah wahai saudara-saudaraku pada ketentuan yang telah ditulis Allah.

Bangkitlah wahai-wahai saudara seagama hulurkan bantuan dengan apa cara yang termampu hatta sepotong doa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Gambar dari album abang Shamsul, seperti memanggil-manggil hati untuk memaparkan rasa cebisan hati yang ditulis setahun lalu. Kerdilnya diri, hanya mampu menghantar doa. Semoga peristiwa berdarah setahun lalu diingat kemas dalam hati-hati saudara sesama Islam, yang memaparkan sejarah pembunuhan beramai-ramai saudara kita di tanah suci ketiga kita. Doa akan terus kami hantarkan, bantuan termampu kami serahkan.

Buat kawan-kawan yang membaca, doa anda pohon sama dipanjatkan buat sahabat-sahabat kita yang dalam perjalanan membantu saudara kita di Palestin.

Email dari Anseri (Persatuan Alumni MRSM Beseri) diperpanjangkan;

Bagi pihak Hj Noorazman Shamsudin @ Man Pres (ex President ANSERI & Ex Pres BWP 1st batch)
Sahabat kita ni sedang dalam perjalanan ke Gaza dari Syria bersama Konvoi Antarabangsa Visa Palestina. Rombongan ini akan melalui Terusan Suez, menuju ke el-A'rige (Egypt) sebelum ke Rafah & Gaza. Sempadan Rafah jangka dibuka pada 3 - 6 Jan 2010. Jangkaan akan terdapat banyak halangan dari Israel & Egypt.

Beliau memohon warga Anseri khasnya dan semua saudara se-Islam amnya mendoakan keselamatan beliau & rakan2 yg lain. Ini merupakan misi yg amat merbahaya. Jadi sama2lah kita doakan kesejahteraan mereka. Insya Allah.


4 comments:

fathiyyah said...

dan thia takkan lupa, pandangan ke arah Gaza dari bumi Cairo. thia hanya boleh melihat, menderma darah, membaca berita, but still rasa tak buat apa-apa.

thia takkan lupa, bagaimana Gaza di sana dibom, kanak-kanak tidak dikasihani langsung.

Thia berazam, kalau mereka berjihad di sana, thia juga akan berjihad disini.
sungguh, ramai org sudah mula lupakan tragedi di Gaza, malah ada juga yang tidak tahu menahu langsung. Buat kita yang tahu, tidak diambil pengajaran. sedih ummi, sedih.

(huhu, lepaskan perasaan kat sini pula.maaf ummi :) )

haswida abu bakar said...

Ini lah penghuni syurga:

Memang kita pedih, geram dan bara melihat semua kekejaman zionis. Cuba reda dan pujuk hati dgn al-fatihah

Anak-anak yang masih belum kenal erti `dunia'dan belum terpalit titik dosa, mereka penghuni syurga yang bakal sentiasa berdoa dan menanti ibu bapa yang sedang berjuang di bumi Allah.

Insyaallah berkat doa & zikir mereka dari alam sana, dunia akan menuju ke arah `keadilan'.

melatiblossoms said...

Thia,

dekat thia dengan mereka, mungkin terasa dentuman setahun lepas, mungkin juga terbau angin membawa bau merah darah saudara kita di sana. Tak dapat ummi bayangkan....

Betul thia, mereka dengan jihad mereka, dan kita juga berjihad, dengan cara kita. Hendaknya Allah juga terima jihad kita ini.

Tragedi Gaza sangat signifikan, tapi bukan untuk semua nampaknya. Anak-anak disini (Britain) di ajar tentang peristiwa Holocaust, dah berpuluh tahun berlalu, itu juga yang mereka gali dan ceritakan. Kita juga perlu beri kesedaran tentang massacre di Gaza ini pada generasi akan datang. Supaya mereka ingat bukan bangsa Yahudi saja yang dibunuh Nazi, Yahudi juga membunuh anak-anak kecil muslim di Palestin tanpa belas kasihan.

(hehehehe, lepaskan lah perasaan tu thia, kat sini memang dialu-alukan hehehehe)

melatiblossoms said...

kak ayu,

betul tu kak ayu, kita teruskan sama-sama berdoa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails