Monday, 4 January 2010

Memori Berjuang - Rindunya menatap wajahmu...

"Bestnya lagu ni sayang, rasa syahdunya........", abah memulakan bual satu pagi.
"Lagu baru Siti Nurhaliza...... lagu berkenaan Rasulullah...", terang abah lagi.

" oooo lagu ni yek, macam pernah dengar Raihan nyanyi.....", jawab ummi pula.


(kredit sumber)

lagu yang menusuk kalbu, terasa panas mengalir perasaan, pelbagai. Menghayati bait-bait lagunya.
Lagu yang di adaptasi dari lagu kumpulan Raihan.


(kredit sumber)

Indahnya wajah rasulullah, dalam mimpi pun entah dapat atau tidak membayangkannya. Lunaknya suara nabi Allah, dalam angan pun entah dapat tidak mendengarnya.

Mulut menyatakan cinta padanya, kekasih Allah, mencintainya seperti mencintai Allah. Entah hati sama mengakui atau pun tidak. (Kembali teliti hati sendiri)

Mulut menyatakan cinta padanya, pesuruh Allah, tapi entah perbuatan ini mencerminkan cinta padanya ataupun tidak?

Muhasabah diri, usia semakin pendek, masa terus pantas berlari, amalan masih di takuk lama, sedarlah wahai diri ini, mulut sentiasa mengaku mencintai Allah dan rasulullah, hati dan amal semoga bergerak seiring. Cinta padanya, jatuh cinta jugalah pada amalannya... semoga kita istiqamah mengamal sunnahnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang, kita kena terus perbaiki diri dan keluarga kita....., amalan kita....." sambung ummi selepas selesai ummi dan abah melayan lagu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails