Sunday, 24 January 2010

Memori Berjuang - U -Turn

Salam buat permata hati,

Seminggu dua yang menuntut muhasabah yang mendalam dan jitu. Research yang masih terumbang ambing dan persediaan teori yang 1 tahun kebelakang. Minggu-minggu yang meminta diri ummi merungkai silangkata di minda. Alasan hebat untuk tidak ada mutiara dari hati buat anak-anak disini.

Perbincangan dengan abah yang amat menenangkan jiwa dan raga. Terima kasih Allah, kau kurniakan pendamping diri yang menenangkan dan merangsang semangat juang. Yang membangun sedar bahawa diri ini selayaknya meletakkan sepenuhnya kebergantungan kepada Mu ya Allah. Tuhan yang mentadbir alam yang luas dengan indah menurut aturannya tanpa ada yang bercanggah, bumi mengelingi matahari dengan penuh patuh. Tuhan yang menguruskan urusan zarah yang sekecil molekul electron yang mengorbit nukleasnya dengan penuh patuh. Tiada sesuatu pun kejadian mungkin berlaku tanpa izin Allah. Ya -Allah izinkanlah kami-kami ini yang berjuang untuk memperoleh secebis ilmu mu ini, memahami kebesaran Mu dalam kejadian yang membentuk ilmu Mu ini ya Allah. Lontarkanlah perasaan cinta kami dalam mendalami ilmu Mu yang tak bertepi dan dalam kasih dan sayang buatMu ya Rabb.

'Perjalanan dalam proses kajian kita yang panjang ini memang menyedarkan kita yang tentang betapa kita sebenarnya secara TOTAL adalah amat bergantung kepada Allah'. Hasil perbincangan panjang, ummi abah dan sahabat-sahabat baru yang kami temui lewat pertemuan hujung minggu kita. Terima kasih buat Saudara Suzari dan kak zah di London yang sudi menerima kami sebagai tetamu. Jutaan dan ribuan penghargaan atas perbualan singkat penuh makna kita buat Kak Zu dan Abang Mior dari Hull. Singkat tapi penuh pengisian. Terasa tenang mengalir dalam alir darah..... kita didalam alam juang yang sama. Banyak nasihat berguna buat ummi dan abah. Terima kasih.

Diri ini harus bangkit dan bertindak seiring kata hati.......
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Facebook: Deactivate sebentar, sebab diri yang tak disiplin.... :):) teknologi itu harus dikuasai, bukan kita yang dikuasai teknologi :):)

5 comments:

aha said...

Be strong sis.. our 'Doa' will always be with you.

melatiblossoms said...

thank you so much honey....

haswida abu bakar said...

Ati,

Semuanya atas diri sendiri.

Perasaan malas itu adalah salah satu cabang `penyakit' yang harus kita sendiri lawan. Bukan mengalah dan tunjuk.

Kebuntuan itu adalah ujian dari Nya untuk kita terus berusaha lebih. Mungkin ada perkara yang hendak ditunjukkanNya kepada kita.

Dalam perjuangan ini, kita sebenarnya berlawan dengan kelemahan diri di dalam. Jika kita berjaya atasi itu semua insyaallah kita akal dan hati akan tajam dalam `melihat' sesuatu.

Bila kita dalam kesusahan dan kebuntuan kita sujud memohon petunjuk. Makanya bila kita sudah nampak jalan atau sudah sampai disitu kita harus sekali sujud untuk bersyukur. Bersedekahlah Al-Fatihah pada semua umat di alam sana sebagai hadiah syukur kita. Insyaallah mereka juga akan sentiasa mendoakan untuk kita dari alam sana.

[MH] said...

subhanallah!

p.s: ummi, esok ada exam lagi, mohon doa. huhu

melatiblossoms said...

kak ayu..... thank you so much, it is true indeed....

thia.. InsyaAllah ummi sentiasa berdoa untuk thia juga.... :):)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails