Wednesday, 6 January 2010

Memori Berjuang - Hari yang pasti

Terpanggil untuk berkongsi pengisian yang di bawakan oleh program Halaqah berkenaan kematian, "Kain tak berjahit", perbincangan diisi oleh Dato' Abu Hassan Din dan juga Dato' Ustazah Bahiyah.

Ayat 11 Surah Al Munafiquun. Ayat yang dikupas.

Ummi berminat untuk berkongsi tentang pengurusan jenazah yang diutarakan. Fardhu Kifayah yang digalakkan untuk semua mempelajarinya.

Betapa indahnya andai kalau simati itu adalah keluarga kita, terutamanya ibu-bapa kita, kita sendirilah yang menguruskan jenazah mereka. Dari menyiapkah jenazah, memandikan jenazah, mengkafankan, menyolatkan jenazah dan mengebumikan jenazah kemudian melangsaikan hutang piutang jenazah. Alangkah sejuknya perut ibu mengandung, dan alangkah sejuknya tulang sulbi ayah yang punya anak begini. Mampukah diri ini melakukannya? Tanam azam untuk boleh. Belajar dan belajar.

Andai kita yang dijemput dulu, pasti kita juga mahu ibubapa kita dan keluarga kita yang menguruskan jenazah kita. Andai ada aib diri kita, tidaklah sampai orang lain tahu. Hikmah jika jenazah diuruskan keluarga sendiri. Siapkan diri.

Rupanya, anak-anak, tidak kira perempuan atau lelaki boleh menguruskan jenazah ibu dan ayah nya, tidak semestinya anak perempuan menguruskan ibunya dan anak lelaki pula untuk jenazah ayahnya. (Baru tahu, nampak sangat tak tumpukan perhatian sepatutnya semasa berkursus mandi jenazah). Menurut pendapat ulama', jenazah suami, lebih aula diuruskan oleh isteri dan jenazah isteri juga lebih aula diuruskan oleh suami. Suami tahu isterinya zahir dan batin, begitu juga sebaliknya. Maka seeloknya juga, disaat akhir itu, jenazah diuruskan oleh suami atau isterinya sendiri. Semoga kita juga mendapat penghormatan terakhir oleh anak-anak, suami atau isteri, serta keluarga sebegini. Moga segala aib kita dilindung oleh Allah selamanya, sehingga saat kita tidak mampu melindunginya sendiri. [link artikel]

Tekad dihati, ilmu ini harus juga didalami, hari yang pasti itu akan datang, sesaat pun tak akan berganjak.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah,
semoga kita menjadi permata penyejuk hati ibu dan ayah,
semoga kita mampu menguruskan jenazah keluarga kita sendiri,
semoga jenazah kita jua diuruskan oleh mereka-mereka yang kita kasihi.

2 comments:

Min said...

terima kasih singgah ke blog saya...

ummi mawaddah

melatiblossoms said...

Sama-sama min, semoga min dan suami serta keluarga dikurniakan Allah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi dugaan. Insya-Allah doa kami sentiasa ada untuk Mawaddah. Anak manis Min dan suami. Tabahkah hati ya ukhti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails