Monday 21 June 2010

Sanah helwah ya habibi - entri khas buat abang (Happy Father's Day too)




Teringat ati, tatkala duduk bersantai-santai dengan mama selepas beberapa bulan diijabkabulkan. Hari minggu itu, abang dan abah bersama-sama meluangkan masa beriadah bermain golf.

Mama bercerita tentang pengalaman mama, mengandungkan lop dan juga pengalaman melahirkan lop. Mungkin untuk berkongsi pengalaman dengan ati yang baru mengandungkan Humaira tika itu. Jarak umur abang dan lop agak jauh. Mama cerita, puas mama berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas lop. Rupanya, rahim mama agak lari dari kedudukannya. Selepas menjalankan treatment membetulkan kedudukan rahim mama, mama terus juga berusaha untuk mendapatkan anak kedua.

Abah belikan mama makanan yang berkhasiat, dan mama memang sangat menyiapkan diri untuk mengandung lagi. Bagi mama dan abah, abang adalah 'designed baby'. Tersenyum ati mendengar cerita mama. Saat abang dilahirkan, berat abang lebih 9 pound. Bayi yang sangat montel dan putih kata mama. Macam bayi yang sudah berusia beberapa bulan. Mama melahirkan abang dengan cara induce, jadi mama memilih 20/6/1977, sebagai tarikh melahirkan abang, 20 haribulan itu adalah bersamaan dengan tarikh lahir mama, 20 Febuari. Terlalu istimewa kan, bila mengenangkan ketelitian ibubapa kita dalam hidup kita. Mama bercerita tentang keterujaan mendapatkan abang. Begitulah, setiap anak itu sentiasa dinanti-nantikan. Ibubapa yang paling utama dalam hidup seorang anak, terutamanya anak lelaki. Semoga setiap hari lahir abang, akan terus membawa ingatan indah dari abang buat abah dan mama. Dan kami ( isteri dan anak-anak) akan sentiasa mendokong sayang menggapai redha Ilahi. InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sanah Helwah ya habibi...
Ya shabab.. Zauj tercinta
Kepada Allah Rabbul 'alamin...
Kami panjatkan sepenuh kesyukuran..

semoga abang dipinjamkan lagi usia..
Semoga dapat abang mengumpul Rahmat Allah..
semoga abang dalam nikmat sihat...
agar lebih cantik dan kemas beribadat untuk Allah
semoga abang diberikan nikmat lapang...
Agar lapang yang diberikan dapat di isi dengan mencari redha Allah
semoga nikmat muda ini.. disalurkan untuk mencapai redha Allah...
semoga nikmat senang ini, membuatkan kita ingat yang kurang beruntung..
Tiada lagi nikmat yang harus kita dustakan...
Hamba Allah.. diberi pinjaman usia...

Sanah helwah ya habibi...
kata orang umur ini umur pemuda syurga..
semoga kita berlumba-lumba untuk menjadi pemuda-pemuda syurga itu..

Abang yang ati sanjungi..
Dalam setiap doa ati, ada abang didalamnya..
Dalam setiap mimpi ati, ada abang didalamnya...
Dalam setiap harapan ati, ada abang didalamnya...
Dalam masa depan ati, ada abang didalamnya...

Doa ati pada Ilahi,
semoga ati dapat mendokong sayang,
menggapai cita-cita abang membentuk baitul muslim kita,
semoga ati dapat menjaga abang dan amanah abang, selayaknya seorang isteri solehah...
semoga ati dapat membanggakan abang, selayaknya seorang isteri mithali...

Selamat Hari Lahir sayang, Semoga Allah mendengar dan mengkabulkan semua doa-doa abang, dan semoga keseluruhan hidup dan usia abang dipenuhi barokah dan rahmat dari Allah. Semoga abang gigih dan terus kuat mencari redha Allah didalam kehidupan kita.

Terima kasih berjuta juga ati dan anak-anak ucapkan buat mama Siti Fatimah tercinta. Yang bergadai nyawa melahirkan abang, insan hebat dan paling sempurna buat ati dan anak-anak. Terima kasih juga buat abah. Dengan izin Allah, ketegasan dan kasih sayang abah, membentuk abang menjadi seperti abang hari ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Entri yang lewat sehari.........
Kasih sayang yang sentiasa awal sehari.... :)

19/6/2010
Hari ni abah for the first time mintak hadiah. Lepas diduga dengan abah collapse hari tu, abah kata abah kena exercise ni. Golf bag abah pun dah berabuk dalam stor. kebetulan uncle Ikram ajak abah main golf hari ni. Selalunya hari Sabtu dan hari Ahad hari membahagiakan anak-anak. Bawa anak-anak for their swimming lesson dan beraktiviti. Hari ni, abah nak main golf. It would be his bithday present, abah kata. Of course granted. Cuma ummi masih bimbang kalau-kalau abah masih belum sihat sepenuhnya. 18 holes pula tu. Alhamdulillah, abah had a great game with his friends. Balik rumah, sakit-sakit kaki sebab jalan jauh kan. Tapi, abah nampak sangat gembira sebab dapat main golf yang dah lama abah tak main.

20/6/2010
Bangun pagi anak-anak dah wish abah selamat hari lahir. Ummi pukul 12.01 malam tadi dah wish birthday abah.
Rancangan untuk buat kek terbantut, abah ajak siap untuk pergi carboot. Bila sampai kereta, ummi ajak abah pegi shopping barang-barang rumah dulu. Lepas selesai shopping, kita sekeluarga pergi main bowling. Momen yang indah, Alhamdulillah. Anak-anak nampak sangat teruja, jarang sekali kita bermain bowling bersama kan. InsyaAllah lepas ni kita boleh selalu pergi beriadah bersama, InsyaAllah. Kita kan nak jadi umat Islam yang sihat. Petang nya barulah ummi dapat buat kek tiramisu untuk abah dan Hasya. Alhamdulillah.


4 comments:

Hizamel said...

Dearest sayang,

Terima kasih buat entry untuk Hari Lahir abang. Best sangat rasa. Terasa seperti diri ini di'flashback' balik semasa baru dilahirkan dan persiapan mama&abah ketika itu.

Nikmat Allah yang mana yang hendak kita dustakan. Semua nikmat perlu kita bersyukur bersungguh-sungguh. Perlulah kita rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: Hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sakit, muda sebelum tua dan kaya sebelum fakir.

Rebut ini adalah untuk mencari keredhaan Allah. Semoga kita diberi kekuatan olehNya.

Terima kasih sayang di atas ucapan dan entry yang cukup menarik ini.

Abang SAYANG sayang.

Hizamel

melatiblossoms said...

:)

aha said...

Entry yg sweet..

melatiblossoms said...

adik... :p thanks

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails