Wednesday, 25 February 2009

Europe Trip Day 1 (13/2/09) For memory and to be kept for future generation (anak-anak ummi abah) to remember

13/2/2009

Hari nie hari yang di plan selama sebulan sampai… plan apa? Plan nak jalan2 Europe. Encik soulmate memang dah lama berangan2 nak bawa satu keluarga berjalan di Europe, terutama tempat yang dah pernah encik soulmate pegi. Dulu jalan sorang2 or ngan mama abah before kawin.. sekarang nie nak bawak anak dan isteri, agaknya terfikir gitu. So seperti biasa, pepagi nie ummi dah pegi office dulu (ada measurement lab), lepas dah siapkan bebudak and bekalannya. Sayang hantar anak2 gi sekolah. Sayang kata hari nie tak nak pegi office sebab nak load barang dalam roof box, so that senang sikit lepas sayang balik kerja boleh terus bertolak ker Hotel De Vere, Buckinghamshire.

Around 10 pagi, ummi telefon sayang, nak tanya dah load barang ker? Boleh ker load sorang2? Sian plak encik soulmate load sorang2. Sekali sayang kata, “tayar kereta pancit la sayang.”….. burllppp.. waduhh baru jer tukar tayar kereta sehari sebelum tu. So, sayang tengah tunggu AA tolong tukarkan tayar spare. Hehehe siap guna AA tu nak tukar tayar, sebabnya tayar spare ketat sangat, kereta dah berusia.. tayar spare tak pernah guna kot. Lepas dah settle tukar tayar spare, sayang terus pegi kedai yang tukar tayar sebelumnya, nak minta ganti tayar baru. Call sayang lagi, sekali another not so good news. Kereta ada leaking, gasket apa ntah something like that. Kena tukar jugak sebab bahaya. Dah la nak berjalan jauh. Alhamdulillah lepas dah berusaha keras, ada satu kedai yang sangat baik ownernya sanggup nak tolong baiki kereta kita tu kan. Dia siap tutup garage dia untuk concentrate kereta kita jer… kerja yang sepatutnya siap dalam 2 hari dia pulun buat dengan abang dia yang dia import dari Bradford dalam masa satu hari. By 6 p.m tu dah siap. Alhamdulillah ya Allah…. Kalau tidak memang leburlah cuti2 Europe ni… Ada hikmahnya tayar pancit, sebab tayar pancit, sayang kena tunggu lama AA datang, sementara tunggu sayang perasan ada oil leaking kat bawah kereta, tu yang dapat figure out problem ngan gasket. So dapatlah baiki kereta yang rosak. Ada hikmah pada semua yang berlaku

Sayang balik kerja kul 7.30p.m makan kat rumah ani, thanks ani, mee yang sedap, yang paling penting dapat makan cendul yang sedap.. dan macam2 lagik. Pukul 8.30 malam baru load barang, around 9.00 malam baru bertolak ker LATIMER PLACE, De Vere Hotel, Chesham, Buckinghamshire, Chesham, Buckinghamshire. Hotel yang kitorang booked from www.hotukdeals.com , website nie bagus untuk cari best deal. Masa tu ada offer £10 satu bilik untuk semalam. Kitorang booked 2 bilik, satu untuk kitorang sefamily dan satu untuk auntie ngongi my dearest friend and kak yong my anak sedara.

De


















De Vere Hotel note pad


Perjalanan malam bukanlah sesuatu yang kitorang suka lakukan. Sebab bukannya apa, selalunya sayang jer yang akan menjadi orang yang berjaga, semua orang akan tertidur termasuk diri ini. Kesian sayang. Seperti yang dijangkakan memang tertidur. Sepanjang jalan tu memang tertidur, terjaga, tertidur, terjaga. Yang memang terjaga betul-betul, bila dah dekat nak sampai ke hotel, dalam 20 minit rasanya. Tengok kat luar, uiiishhh gelapnya. Macam memandu dalam hutan. Kiri kanan hutan. Tak ada lampu jalan. Sayang tengok ati, ati tengok sayang. Lepas tu tengok auntie ngongi kat belakang pun dah terjaga, mulut dia berkumat kamit.. baca doa agaknya. Penumpang yang lain memang lena tertidur dibuai mimpi indah agaknya. Kita bertiga memang dah saspen sangat. Sekali, satellite navigator bagi arah masuk jalan sempit, kecil jer, muat satu kereta. Aduh. Biar betul. Sayang pandu jugak ikut jalan tu. Lepas tu keluar perkataan ‘unnamed road’ kat sat nav. Aduhai…. Janganlah buat saspen malam-malam nie, dah lah tempat tak biasa.. dalam kawasan hutan plak tu. Sayang pandu jugak kereta ikut sat nav, sekali nampak……………………………………………………………………………………… signage LATIMER PLACE, De Vere Hotel, Chesham, Buckinghamshire, Alhamdulillah. Sampai dah dekat pukul 12 malam. Sayang check in, sekali lagi dipermudahkan Allah. Dan kitorang pun pergi cari bilik. Bila masuk bilik memang best sangat. Cantik. Terlebih berbaloi dengan £10 yang kita bayar.




Bilik yang cantik dan bersih, two thumbs up













2 comments:

Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

u have strong talent umi...
best write up!

seronok baca cerita umi..
perasaan takut pasal kereta tu terasa semula... perasaan takut sambil baca macam-macam ayat ke devere pon terasa semula!
thnaks for sharing!

Hizamel said...

hehehehe... memang terngiang ngiang lagi... hopefull anak2 baca in the future diorg boleh appreciate.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails