Friday, 26 February 2010

Memori Berjuang - Perginya....... hidupkan di hati kita

Salam rindu buat anak-anak, di hari kembali mengadapnya Rasulullah kita yang tercinta kepada yang dicintai baginda Allah S.W.T. 12 Rabiulawwal 11 Hijrah, 632 Masihi.

Ummi merasakan, ummi ini terlalu kerdil untuk menceritakan dan mengulas tentang saat kewafatan kekasih Allah dan semoga baginda juga adalah kekasih kita yang sejati. Alhamdulillah, penceritaan Habib Ali Al Jufri, ulama' dari Yaman, yang susur galurnya bertemu dengan Rasulullah ini lebih membuatkan getar rindu kita buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W lebih bercambah. Semoga kita menjadi ummat yang menjaga dan mengikuti sunnah baginda dengan baik sehingga kita pula dijemput kembali mengadap yang Maha Esa. Aameeen. Hayatilah wahai anak.











Thursday, 25 February 2010

Memori Berjuang - Ummati... ummati... ummati...

Salam penuh rindu buat anak-anakku, ingat lagikah anakku,

"Ummi, hari ni kakak dengan hasya dah hafal surah Al-Fil", cerita kakak penuh gembira selepas pulang dari kelas hafazan di masjid beberapa minggu lepas.

"Kakak ngan Hasya tahu tak surah Al-Fil ni surah tentang apa?" tanya ummi.

"I don't know ummi," jawab kakak dengan Hasya.

"Al-fil, ni cerita tentang tentera bergajah dari sebuah negara luar dari Mekah, negara tu nama dia Yaman. Tentera dengan gajah ni datang masuk Mekah, nak musnahkan kaabah." cerita ummi.

"Ketua tentera-tentera ni nama dia Abrahah, dia jeles sebab orang arab suka pegi Mekah untuk beribadat di Kaabah, dia ada buat gereja besar kat negara dia, di Yaman sana, tapi tak ada orang nak pegi." sambung ummi lagi.

" Jadi, Abrahah ni pun nak pegilah musnahkan kaabah, sebab dia fikir kalau dah tak ada kaabah, semua orang akan pegi gereja dia pula,"sambung ummi lagi.

"Allah kan Maha Berkuasa atas segalanya. Kaabah kan rumah Allah. Kita selalu jaga rumah kita, kan, kita nak rumah kita bersih, cantik, tak ada orang ganggu rumah kita, tak ada orang masuk rumah kita tanpa izin. kan" ummi menyelit cerita.

" Allah juga jaga rumah Allah dengan menghantar burung-burung yang membawa batu kecil-kecil. Burung pun baling batu kecil tu pada tentera dan gajah-gajah tu semua, bila kena jer batu tu mereka pun mati." Tambah ummi.

" Ditahun yang tentera bergajah ni datang nak serang Mekah ni juga, Rasulullah kita yang tercinta di lahirkan."

"Baginda dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawwal 571 Masihi. Dan dikenali sebagai tahun gajah. ", ummi menutup cerita.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surah Al Fil :105:

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahagian ini belum ummi ceritakan anak-anak, InsyaAllah akan ummi ceritakan bila ummi pulang dari sekolah nanti.

Banyak kisah dan sirah Rasulullah yang boleh kita renungi. Kita harus pelajari dan fahamkan. Bagaimana ketegasan rasulullah, bagaimana lemah lembutnya rasulullah. InsyaAllah akan kita fahamkan melalui fasa-fasa pembelajaran anak-anak. InsyaAllah.

Yang paling terkesan dihati ummi adalah, kisah khutbah wida' Nabi Muhammad S.A.W. Khutbah yang disampaikan oleh baginda di musim haji baginda yang terakhir. Berbondong-bondong manusia datang bersama baginda mengerjakan haji dan mendengar khutbah baginda.

Wahai Manusia, Dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku sampaikan dan katakan, aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu, dengarkanlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini.

Wahai Manusia, Sepertimana kamu menganggap pada bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah bahawa jiwa dan harta setiap orang muslim itu sebagai amanah yang suci.

Kembalikanlah harta-harta kamu yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan-amalan kamu.

Allah S.W.T telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah terbatal melalui sekarang.

Berwaspadalah kamu terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah kamu agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai Manusia, Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk mendapat makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah kamu terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.

Wahai manusia, Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat-zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain dan tidak seorang pun dari kamu lebih mulia daripada yang lain kecuali di dalam soal taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap dan menemui Allah S.W.T pada satu hari kelak untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai manusia, Tidak ada Nabi dan Rasul yang akan diutuskan selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikanya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang itu pula menyampaikannya kepada orang lain, semoga yang terakhir itu lebih memahami dan menghayati kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

Begitulah pesanan akhir Nabi kita tercinta. Lengkap dan jelas.

Begitupun juga, ketika saat-saat Nabi S.A.W sedang bergelut dengan maut, baginda masih memikirkan tentang nasib kita umatnya. Dibibir beliau masih menyebut ummati, ummati, ummati. kita ummatnya. Sayang sungguh baginda dengan ummatnya walau kita tak pernah bersua. 12 Rabiulawwal juga adalah tarikh kematian nabi kita, satu hari yang amat sedih sekali buat umat Islam seluruhnya.

Alangkah malunya kita anak-anak, bila mengaku kita ini umatnya tetapi kita mengasingkan sunnah baginda dari kehidupan kita. Al-Quran dan Sunnah adalah tali kuat yang mengikat kita dengan syurga Allah, InsyaAllah. Teruslah dalami dan selami Al-Quran, beramal dengannya. Perbaikilah diri kita untuk terus mengikuti sunnah rasul dengan baik sehingga akhir hayat kita, InsyaAllah. Seluruh kehidupan ini sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri kita Insya Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

33:21

33:21 Sahih International
There has certainly been for you in the Messenger of Allah an excellent pattern for anyone whose hope is in Allah and the Last Day and [who] remembers Allah often.

Tafsir al-Jalalayn
Verily there is for you a good example (read iswa or uswa) in the Messenger of God, to emulate in combat and in holding one’s ground [therein], for whoever (li-man substitutes for lakum, ‘for you’) hopes for [the encounter with] God, fears Him, and the Last Day, and remembers God often, in contrast to those who do not.

Malay
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

****Catatan ini sesungguhnya anakku adalah buat ingatan ummi sendiri disaat ini. Semoga bila diri terasa alpa, ummi akan kunjungi lagi entri ini dan bermuhasabah selayaknya.




(kisah nabi Muhammad)


(menyentuh jiwa)


Tuesday, 23 February 2010

Blossoms Memory - Anak & Hati

(Abah dengan begitu tekun tangkap gambar bunga snowdrop dalam snow ni, good job honey)


Tahun lepas cuti penggal yang sama, anak-anak dihiburkan sungguh-sungguh dengan berjalan ke 5 negara, melihat dan menyaksikan kebesaran Ilahi.

Tahun ini, sungguh resah rasa hati bila cuti bermula, kasihankan anak-anak yang bakal ber'hibernate' dirumah dek kerana 'winter effect' yang terlalu panjang dan persekolahan ummi abah yang tak ada istilah cuti. Supervisory meeting setiap 2 minggu, membuatkan ummi merasakan seperti mengambil peperiksaan akhir setiap 2 minggu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan sebaik-baik Perancang. Ummi pohon kemudahan untuk pengajian ummi ini, yang Allah kurniakan adalah permintaan professor yang menuntut ummi memahami eksperimen dan juga teori kepada data yang diperolehi setiap 2 minggu perjumpaan. Allah punya rencana lebih besar buat kita InsyaAllah.

Permulaan cuti, abah bawa ummi dan anak-anak ke 'ice skating ring' yang dibuka setiap winter di Leeds City Center. Gembiranya bukan kepalang untuk anak-anak. Ummi 'surrender' kali ini. Jatuh di ice rink tahun lepas yang mengakibatkan tangan ummi sakit sampai sebulan, memang membuatkan ummi serik. Tidak sanggup mengambil risiko yang akan memberi impak pada persekolahan ummi. Ummi mengambil peranan sebagai jurugambar. Kegirangan yang terpancar diwajah-wajah kesayangan ummi, sudah cukup menghantar gembira dihati ummi. Syukur ya Allah.

(My love)

(Hafiy dan penguinnya)

(Tahun ni Hasya dah pandai, tak guna pengui lagi)

(kakak, catwalk atas ais ker tu?)

(She is a pro as usual)


Ziarah kita ke Wolverhampton, Birmingham ke rumah auntie Noreen dan uncle Azman serta berjumpa dengan kawan-kawan lama. Masih ingatkah anak-anak? Bukan kepalang gembiranya Humaira, Hasya dan Hafiy dapat jumpa kakak Yasmin, abang Norman, Marissa, Batrisyia dan Umar. Giliran mereka untuk pulang ke tanahair. 2 malam disana sungguh seperti menabung ubat rindu. Sedih melepaskan sahabat yang begitu baik sekali buat kita, yang banyak membantu kita diwaktu susah. Namun itulah yang terbaik, semoga ukhwah kita berkekalan.

(Mereka dan kita)

Gembira lagi kita, bila uncle Suzari dan Auntie Zah, anak-anak serta kawan mereka sudi singgah di rumah kita Isnin lalu. Bercuti menaiki kapal, InsyaAllah akan memberikan bahagia buat mereka. Terima kasih ya akhi dan ukhti. Tak sempat bergambar kita kan.

Weekdays, bermula dengan penuh doa dan harapan. Semoga hati anak-anak tenang dan tabah. Sleepover. Aktiviti pertama. Terima kasih Nurin Umaira (One of Humaira's BFF) kerana sudi datang sleepover rumah auntie. Berbagai-bagai aktiviti ya malam sleepover tu.

Rabu, Khamis dan Jumaat, kakak Humaira ada aktiviti sukan di Leeds City High School. Setiap hari ada ceritanya. Yang pasti cerita yang indah-indah. Syukur ya Allah. Hasya dan Hafiy bergembira dirumah. Menonton kartun kegemaran dan bersantai-santai dirumah, melepas lelah bersekolah. Setiap malam, ummi pulang dari sekolah disambut gembira oleh anak-anak. Tiada kerenah yang merisaukan ummi. Alhamdulillah. Allah menjaga hati anak-anak ini. Dapatlah ummi fokus kepada 'fortnightly' 'exam' ummi.

"Kenapa kita tak pegi caravan holiday kali nie ummi?" tanya anak-anak.
"Kita akan pergi caravan holiday bila Tah (mama abah) datang sini April ni ya sayang." Pujuk ummi.

Anak-anak cukup gembira dengan berita yang amat membahagiakan. Ummi dan abah juga amat teruja, tak sabar melepas rindu pada seorang ibu yang amat kami cintai. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.

Sabtu datang lagi. Aktiviti renang di Leeds Metro University seperti biasa. Alhamdulilah, semoga anak-anak pandai berenang sebelum pulang ke Malaysia, salah satu aktiviti yang penting untuk anak-anak. Berenang, menunggang kuda dan memanah(seni mempertahankan diri), InsyaAllah.

Hati ummi dan abah, ceria melihat anak-anak yang ceria juga.

Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah. Hari minggu terakhir di cuti sekolah ini Allah kirimkan kita salju yang putih dan lebat. Salju di musim bunga. Maka nikmat Allah yang mana lagikah yang hendak kita dustakan? Hati anak-anak yang dijaga, persis seperti yang dipinta dan dirayu didalam doa setiap sujud. Kegembiraan yang terpancar diwajah anak-anak walaupun cuti ini hanya memenjarakan ummi dan abah disekolah kami. Salji di awal musim bunga, yang paling mengesankan kita. Terima Kasih Allah. Terima Kasih Allah. Inilah cerita kalian di cuti penggal ini.

(Hafiy, sampai aja terus turun sledge)

(Muka yang sangat Happy)

(Sisters' love)

(*senyum*)

(Ini ada cerita, candid by abah...... "ummi..... ummi....")
("Hafiy nak auntie noni.... auntie noni balik tak say good bye..." *cry.. dengan perlahan,air mata meleleh aja sebab malu ada kawannya Alia di lokasi kejadian)

(Kenalah ummi pujuk)

(kakak yang prihatin..... datang bertanya perihal adik..)

(Sekali..... kakak pun nak juga kena peluk.... alasannya .. " I am cold ummi"... selapas 2 jam berseldging, Hasya masih membina snowman dengan Husna(anak uncle Ikram))


Malam itu, abah dengan bersungguh-sungguh berusaha menghasilkan video buat memori kita dan kawan-kawan yang lain.


(Terima kasih, abang)


Friday, 19 February 2010

Sisipan Memori / Blossoms Memori - Ceciwi

" Ummi, now is 8.45 at night." Sambut Hasya didepan pintu sebaik sahaja ummi pulang dari universiti.

" Ummi, now is 8.45 and 20 second." Kakak pula memaklumkan tentang waktu di saat itu.

Aduhai apa cerita anak-anak ummi hari ni.

"We've got new watch, abah bought for us, look ummi," rupanya, jam yang dibeli di carboot hari minggu lalu, dah diberikan abah pada mereka berdua.

Ceciwi lah anak-anak ni. Menurut abah, anak dara berdua itu, sedari tadi asyik meng'update' waktu dan saat, setiap detik. Ummi tersenyum. Ceciwi tu bahasa utara untuk orang yang terlalu 'excited' bila dapat barang baru. Dan macam-macam lagak yang keluar bila dah 'excited' ni. Salah satu contohnya adalah seperti anak-anak ni. Anak-anak, asalkan kalian bahagia. Jam tangan ini dibeli setelah, berbagai progress yang anak-anak tunjukkan dalam Iqra' dan belajar. Harap-harapnya mereka akan lebih menghargai waktu. InsyaAllah. Pesanan untuk ummi sendiri juga. Banyak sangat melalaikan masa sekarang nie. Kena sedar diri ni.

103: Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Hafiy? tak dapat jam tangan kali ni. InsyaAllah lain kali. Hafiy ok saja ummi tengok, tak ada nampak macam nak cemburu-cemburu. Mungkin abah sudah 'reason out' dengan Hafiy agaknya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu pulang dari sekolah adalah waktu yang menggembirakan. Seronok sangat. Sebab, sekarang ini musim buah. Keliling rumah kelihatan merah dan kuning dek warna rambutan. Sejak berjalan dari sekolah lagi, ummi dah membayangkan langsat yang ranum di pokok. Terasa sungguh tak sabar.

Sampai sahaja dirumah, ummi terus salin pakaian sekolah. Ummi terus meluru ke kebun di belakang rumah. Pokok langsat ummi panjat. Badan yang kecil dengan umur 7 tahun, pokok langsat terasa sungguh besar dan tinggi. Langsat pokok itu sungguh manis. Ummi terus makan buah langsat di atas pokok itu juga. Sambil berangan. Pasti berangan, ummi memang kuat berangan di waktu kecil. (Now, I know where she get that 'daydreaming' from sayang, hehehe). Indahnya waktu kecil. Tok mak di rumah dah boleh mengagak kemana gerangan ummi membawa diri ditengahari yang panas ini. Anaknya sangat ceciwi dengan buah-buahan ini. Musim pertama musim buah di Bukit Selambau. Di Sungai Petani, rumah kampung, tapi tak ada kebun buah-buahan.


"Yati, turun, tinggi sangat dah tu, tok takut yati jatuh, satgi" tegur Tok Belakang, gelaran yang diberikan buat nenek yang menghuni rumah kecil di belakang kebun buah.

Tok Belakang tinggal seorang, rumah anaknya jauh ke depan. Mungkin lebih betah tinggal sendiri. Badannya kurus, bongkok tiga, tapi kuat bekerja dan berkebun. Laman rumahnya amat bersih, tiada sehelai daun kering pun dilaman rumahnya, walau rumah dikelilingi pokok. Tok Belakang ada cara mengutip daun kering. Beliau gunakan sebatang ranting panjang yang diraut tajam hujungnya. Daun kering yang jatuh akan dicucuk menggunakan ranting tersebut sebelum dimasukkan kedalam karung guni. Bila karung guni dah penuh, tok belakang akan bakar daun2 tersebut. Tanah yang terkena bakaran, kemudian dibuat baja untuk pokok-pokoknya.
Dalam rumahnya apatah lagi. Kemas sekemas-kemasnya.

Rupanya lamunan dan anganan ummi sambil menjamu langsat, telah membawa ummi terlalu tinggi di atas pokok. Perlahan-lahan ummi turun sambil tersenyum memandang tok belakang.

"Tok mau dak buah langsat ni?, Cek ambik bagi kat tok na." Ummi cuba berbudi bahasa dengan tok belakang.

Turun, sahaja dari pokok langsat, ummi pindah ke pokok rambutan di sisi rumah. Pokok ni banyak semut, tak boleh berlama berangan di atas pokok, kalau tidak menjadi jamuan semut merah dan hitam nampaknya. Ummi turun pokok, setelah setangkai dua, rambutan merah ranum ummi petik. Sedapnya, hanya Allah yang tahu.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

36:33
36:33 Sahih International
And a sign for them is the dead earth. We have brought it to life and brought forth from it grain, and from it they eat.

Tafsir al-Jalalayn
And a sign for them, of the [truth of] resurrection (wa-āyatun lahum is a preceding predicate) is the dead earth (read maytatu or mayyitatu) which We revive, with water (ahyaynāhā is the subject) and out of which We bring forth grain, such as wheat, so that they eat thereof;

Malay
Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.


36:34
36:34 Sahih International
And We placed therein gardens of palm trees and grapevines and caused to burst forth therefrom some springs -

Tafsir al-Jalalayn
and We have placed therein gardens, orchards, of date-palms and vines, and We have caused, a number of, springs to gush forth therein,

Malay
Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa mata air.


36:35

36:35 Sahih International
That they may eat of His fruit. And their hands have not produced it, so will they not be grateful?

Tafsir al-Jalalayn
that they might eat of its fruits (read thamarihi or thumurihi) in other words, [of] the fruits of the mentioned date-palms and otherwise; but it was not their hands that made it, namely, they did not cultivate the fruits. Will they not then give thanks?, for His favours to them, exalted be He?

Malay
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami akur Ya Allah, kami akur dan kami bersyukur ya Allah atas semua nikmat MU.


Selepas puas ummi menikmati buah-buahan kurniaan Allah itu, ummi pun pulang ke rumah. Dan malamnya bermulalah proses kunjungan ke tandas berkali-kali, di sebabkan ceciwinya ummi dengan buah-buahan. Makan terlalu banyak dan makan berbagai-bagai buah sekali harung mungkin. Makan pula diatas pokok, yang entah apa termasuk sama ke dalam perut. Serik? :) tidak.... esoknya proses ceciwi berulang lagi.




Wednesday, 17 February 2010

Blossoms Memory - Doa Anak




2:186
2:186
Sahih International
And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided.

Tafsir al-Jalalayn
A group of followers of the Prophet (s) asked him, ‘Is our Lord nearby so that we should talk to Him secretly, or is He far away, so that we should call out to him?’, and the following was revealed: And when My servants question you concerning Me — I am near, to them in My knowledge, and he informed them of this; I answer the call of the caller, by granting him his request, when he calls to Me; so let them respond to Me, My call to them to be obedient, and let them believe, [let them] persevere in faith, in Me that they might go aright, [that] they [might] become guided.

Malay
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruang tamu itu sering menjadi tempat kita merebahkan lelah. Kaca TV yang terus terpasang usai anak-anak yang lelap dek keletihan menunggu ummi dan abah yang terus menelaah lagi. Simulasi projek, buat abah. Buat ummi, layangan angan untuk rangka kerja seharian esoknya. Ruang kosong di celahan hari anak-anak sebaik mungkin cuba kami isi dengan kebahagiaan dan perhatian. Bual-bual santai kita sambil melayan cerita kegemaran anak-anak di television.

Iqra' tidak dilupa, anak-anak juga harus menelaah, melalui sistem pelajaran sistematik yang ummi dan abah langgan, 'Student Support Center'. Cuma Hafiy yang masih belum memulakan, usia belum cukup. Kepenatan dengan aktiviti, selalunya membuatkan kakak akan dilamun mimpi lebih awal dari Hafiy. Malam semalam, Hafiy mungkin keletihan melayan kawan-kawan yang bertandang ke rumah, sementelah sekolah masih bercuti penggal.

Pagi ini, Hafiy ikut sama terjaga tika ummi dan abah bersiap-siap untuk solat subuh. Ummi selimuti lagi Hafiy dibilik atas. Hafiy guling kanan dan guling kiri, saat ummi masih bersolat. Hafiy kemudian menjenguk ummi dibalik katil dikala bibir ummi terus mengalun zikir.

"ummi, dah ke?" tanya Hafiy.
"Belum sayang, ummi belum berdoa," jawab ummi sambil mengelus kepala Hafiy.
"Hafiy nak doa dengan ummi," pinta Hafiy, yang selalu juga turut sama berdoa, tiap kali habis solat. Hafiy ummi angkat dan ummi peluk dalam ribaan ummi.

Doa dimulakan oleh Hafiy. Selalunya doa Hafiy akan berbunyi begini,

'Ya, Allah. Bagilah Hafiy power rangers, bagilah Hafiy ben 10, bagilah ummi dan abah banyak duit,...'

Pagi ini doa Hafiy berbeza,

'Ya, Allah, bagilah Hafiy baik, bagilah Hafiy tak gaduh dengan kakak Humaira, bagilah Hafiy tak gaduh dengan kakak Hasya, bagilah Hafiy tak gaduh dengan Mu'iz, bagilah Hafiy baik, bagilah Hafiy tak gaduh dengan kawan-kawan, bagilah Hafiy baik.'

'Ya Allah bagilah Hasya baik, Humaira baik, Hafiy baik,'

Tulusnya doa anak ini, ilham dari Allah. Doa yang selalu ummi hantarkan pada Ilahi, makna yang sama, ayatnya berbeza. Anak ummi ini sudah tahu menganalisa doa-doa ummi abah. Ummi pinta Hafiy tambah doanya lagi, ummi tuntun Hafiy berdoa,

'Ya Allah, bagilah abah berjaya, bagilah ummi berjaya, bagilah abah boleh buat work, bagilah ummi boleh buat work'

Ummi mengaminkan dan ummi ambil kesempatan atas doa anak kecil yang masih putih tak berdosa.

Giliran ummi berdoa, ummi baca dengan kuat segala pinta, harap dan penyerahan kepada Allah, agar Hafiy turut sama mendengar, seperti selalu. Bila sampai saat nanti, beliau sudah tahu memaknakan doa-doa ummi nanti, moga anak ini akan turut sama berdoa dengan bahasanya sendiri.

Ummi selalu doakan anak-anak menjadi anak-anak yang soleh, solehah. Menjadi Da'ie2 masa depan. Perjalanan hidup yang penuh mehnah ini bakal memberi bekal yang akan menjadi santapan-santanpan akal yang berfikir. InsyaAllah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi yang indah buat ummi, anak-anak, kalian kutinggalkan lagi hari ini dalam pelukan selimut doa dari ummimu. Semoga hatimu didalam tenang yang ummi doakan. InsyaAllah. Kuserahkan kalian dalam jagaan dan peliharaan Allah. Terima kasih Allah.



Tuesday, 16 February 2010

Memori Hati - Berbunga

(putik crocus kredit sumber)

Merpati berterbangan berkicau riang,
Tunas Daffodil mengintai-intai langit alam,
Putik crocus menjengah untuk mewarnai lantai bumi,
Bak permaidani indah crocus itu,
alur tanah bekas cairan salju musim dingin yang lalu
sudah memutik hamparan rumput nan hijau,

(pucuk daffodil kredit sumber)

(hamparan permaidani crocus dan daffodil - kredit sumber)

Pohon ceri didepan laman,
merekahkan putik didahanan,
kembangan ceri, merah jambu dan putih bakal menghias alam Allah,

(Cherry Blossoms dilaman rumah)

(Pink cherry blossoms-kredit sumber)

Bayu bertiup, dicelah curahan cahaya matahari,
tetap menghantar sejuk gigil hingga ke tulang di Febuari ini,
Hati juga berzikir girang,
Berita yang mengetuk hati,
Musim bunga ini lebih memberi erti,
Bila kilauan warna,
bakal dikongsi bersama insan-insan tercinta,
Hati kami berbunga ceria, Ya Allah...
Insan-insan mulia yang bakal berkongsi rahmat musim bunga ini.
Hanya Kau ya Allah yang menghantar gelisah,
Supaya kami berfikir,
Dan Kau jua ya Allah, melontar tenang,
Buat kami terus berfikir,
Duhai insan-insan mulia dalam hidup kami,
insan penuh berjasa,
Alam yang indah ini,
Bumi yang terbentang luas,
Bakal kita jelajahi pergunungan di sini,
Bakal kita berwuduk di alir sungai yang dingin,
Mari menafsir tanda-tanda kekuasaan Allah ini,
Agar kita terus berfikir.

(Bolton Abbey)


Berbunga di hati,
siapa yang tahu,
Allah jua yang tahu.
Zaujku tersenyum ria.

memori hati,

Friday, 12 February 2010

Memori Berjuang - Peranan

Salam anakku sayang


Tulisan 12/05/09:


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teringat ummi lebih kurang 9 tahun yang lalu, tika masih bergelar tunangan pada suami tercinta sekarang. Pelbagai buku menjadi santapan mata dan hati, buat persediaan menjadi suami dan isteri mithali. Semoga rumahtangga yang bakal dibina, dirahmati didalam keberkatan dari Ilahi. Fikiran dan hati disajikan dengan hak-hak yang bakal dinikmati sebagai seorang isteri dan suami. Lalu tenanglah seluruh sanubari kerana, janji untuk terus aman membina hidup itu termateri sebagai tulisan yang bakal dilaksanakan suami dan isteri nanti di alam baitul muslim kita.

Penuh pengharapan, segala yang hak dinanti untuk diterima, masing-masing bakal menagih janji. Persoalannya, terlintas atau tidak didalam sanubari yang tenang itu bahawa, bahagian yang paling penting didalam rumahtangga itu bukanlah bertanyakan tentang hak-hak kita sebagai suami/isteri? Tetapi apakah peranan kita sebagai seorang isteri dan suami dalam membahagiakan pasangan?

Mungkinkah selepas 9 tahun, baru terlintas dihati untuk menghayati peranan seorang isteri? Bahkan lebih-lebih lagi dengan 3 cahayamata kurniaan Ilahi peranan menjadi lebih menarik, seorang ibu. Gelaran yang bukan calang-calang orang yang sanggup pikul, dan tak ramai juga yang bertuah untuk dikurniakan gelaran itu. Alhamdulillah. Peranan itu mungkin selalu dilakukan, cumanya lagi sejauh mana penghayatan dan keikhlasan didalam melaksanakannya? Moga Allah memberi hidayah dan ilham, Menharap penuh pada Allah.

Hidup sebagai seorang anak tidak pernah mengecewakan. Penuh merasai nikmat dari ibubapa yang menzahirkan peranan mereka sebagai seorang ibu dan bapa. Cuma, adakah kita sebagai anak menhayati dan menjalankan tugas sebagai anak yang taat dah soleh? persoalan yang selalu bermain di benak. Bahagiakah ibu bapaku?

Bagaimana pula anak-anakku, bahagiakah mereka beribubapakan kami. Mungkin bahagia mereka pada berapa banyak gula-gula yang dibelikan. Mungkin juga bahagia mereka pada berapa banyak aiskrim yang dibenarkan mereka makan. Lebih bahagia mereka kalau dibelikan mainan yang menjadi idaman hati. Adakah itu syarat kebahagiaan mereka dunia dan akhirat? Sudah pasti jawapannya tidak. Bahagia mereka pada kehidupan duniawi yang memudahkan jalan mereka mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di alam akhirat. Bersediakah kami menjalankan tanggungjawab berperanan sebagai ibubapa yang menjunjung amanah Allah. Moga bakal membahagiakan kami tika menanti hari perhitungan. Banyak lagi rupanya bekalan diperlukan untuk melaksanakan tugas besar ini.

Pelajar. Gelaran ini bukannya baru. Cuma lebih dikenang bila harus ummi apit dengan gelaran-gelaran yang lain. Perlu juga diberi perhatian. Moga amanah negara dapat dipikul. Dan juga moga perjalanan ini didedikasikan kerana Allah taala semata-mata.

Semoga cerita-cerita yang bakal meyusul adalah pencerahan buat kita bersama duhai anak.. Moga kupasan ini bakal memberi ruang fikir buat ummi menlaksanakan peranan-peranan dalam persinggahan dunia kurniaan Ilahi. Disamping peranan UTAMA sebagai hamba Allah. Yakin penuh pada Allah.....

Moga dapat ummi tinggalkan sesuatu azimat pedoman buat anak-anak yang bakal membaca dan menghayati tulisan ummi ini nanti, bila akal semakin penuh.

Thursday, 11 February 2010

Memori Hati - Snowdrop

Tanggal 6 Febuari 2010,
Dilaman rumah mereka itu...
Snowdrop akhirnya mekar....
Titik mula penanda aras musim bunga nan indah InsyaAllah...
Kerlipan musim bunga menjengah jendela dunia kita...
Terima kasih Allah....
Sungguh menghitung kebesaran Allah,
Di laman yang sama jua bermusim yang lalu,
snowdrop itu mekar,
kemudian kering ditelan musim luruh,
sepi berdiam, menyiap diri dimusim bersalju,
rupanya diam, tak sunyi...
snowdrop mekar lagi di musim ini, di tapak yang sama,
Subhanallah...

"Nampak snowdrop, macam dah nampak summer...."
Ucapan yang terbit di bibir abah.
Masa pantas berlalu...
Adakah kita di takat dulu....
Harapnya jangan begitu
Kitakan khalifah Allah,
Bergerak lah searah,
Musim yang dingin menyiap diri,
seperti snowdrop yang halus ini,
bakal menjengah duniawi,
membawa seri lagi.....

Musim sejuk yang sepi itu kan tak lama...
cerita-cerita sunyi, yang meruntun hati kan berlalu...
Dicelah setiap kesusahan itu ada kemudahan....
Musim sejuk berlalu dan musim bunga pun tiba....

(kredit sumber)

memori hati,


Wednesday, 10 February 2010

Memori Hati - Muhasabah

Gentar dengar cerita mereka,
ku tadahkan jua telinga...
moga dengan dua telinga yang diberi Allah ini...
ringan juga beban yang membebani benak mereka...
saat itu jua... ku hitung hitung
Ya Allah rahmat mu menggunung tinggi....
Ya Allah, dugaan mereka hebat.... hebat sungguh...
Dugaan ku ini tampak halus sekali...

Diri terus bermuhasabah...
maafkan diri ini sahabat, andai yang keluar dari mulutku yang satu hanyalah
sebuah perkataan..
'bersabarlah.....'
tika perkataan meluncur keluar..
diri sendiri sebenarnya bermuhasabah..
menilai diri..
tidak layak melontar nasihat..

dikala itu juga,
hati terus merafak syukur ke hadrat Ilahi...
syukur atas nikmat-nikmat Allah berikan...
Zauj yang membahagiakan lahir dan batin...
Zauj yang tahu membawa peran... imam keluarga idaman...
anak-anak yang menyejuk mata, zahir dan batin...
keluarga kurniaan Allah yang menyokong padu...
saudara-mara yang terus-terusan menghulur tangan...
rela menyambut dikala kami jatuh....
saudara seagama yang sudi mengingatkan dikala lupa...

Syukur ya Allah....
ku terus menghitung rahmatMu......

memori hati,

Memori Berjuang - Total Surrender, Total Faith



"Saya membaca surah (QS: Al-Anfal 8:17) ketika saya mencari maklumat atau informasi. Saya juga membaca surah tersebut ketika saya tidak memahami sesuatu perkara tidak kira dalam apa jua bidang pengajian. Juga saya amalkan ketika mencari barang yang hilang. Alhamdulillah, Allah SWT sentiasa memudahkan saya untuk memahami dan menerima apa jua maklumat dan perkara yang saya inginkan."
(kredit sumber) penerangan lanjut boleh didapati di blog Saudara Fuad.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terpanggil ummi untuk berkongsi dengan anak-anak semua tentang kepentingan ayat 17 di dalam surah ini, selepas diketuk minda oleh tulisan saudara Fuad. Cerita buat ingatan untuk diri sendiri dan kalau ada manafaatnya buat anak-anak, ummi amat bersyukur, semoga Allah menambahkan bekalan kita dialam sana.


8:17
Ertinya: Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Menurut Tafsir Al-Jalalayn, ayat ini diturunkan untuk bercerita tentang betapa Allah lah yang memberikan kemenangan kepada umat Islam didalam peperangan Badar, dimana peperangan pertama umat Islam ini berlaku dalam keadaan bilangan tentera Islam yang kecil bilangannya berbanding tentera kufar. Ayat ini menceritakan bahawa, kemenangan yang diperoleh oleh umat Islam itu bukanlah disebabkan kekuatan mereka sendiri, namun semata-mata disebabkan Allah lah yang membolehkan lontaran batu dan senjata mereka sampai kearah pihak lawan dan membinasakan sang kufar. Kebergantungan penuh kepada Allah.

Atas keyakinan yang tinggi dan iman yang teguh, penuh kebergantungan bahawa Allah pasti menolong orang-orang yang berada di atas jalan yang benar. Umat Islam keluar berjuang dan mencapai kemenangan pertama di dalam perang Badar ini.

Ingatlah anak, implikasi dari ayat ini bukan hanya untuk menceritakan tentang perang badar itu sendiri, tetapi bagaimana kita sebagai hamba Allah ini melihat bahawa setiap usaha yang kita lakukan itu tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan Allahlah yang mengizinkan. Izin Allah itu harus kita pinta. Berdoalah dan beribadatlah sesuai dengan saranan Rasulullah kita tersayang dalam sunnah-sunnah baginda.

Total surrender, kebergantungan penuh. Total faith, keyakinan penuh. Diri ini, usaha ini, hidup dan mati hanyalah untuk Allah. Tidak sepatutnya ada riak dan takabur atas sesuatu benda yang kita perolehi dan capai kerana, tidak akan bergerak sedetik masa ini tanpa izin Allah, apatah lagi perkara-perkara yang lain.

Anak-anak, ingin membuat keputusan? Rujuk kepada Allah. Ingin mendapatkan ilmu? rujuk kepada Allah. Inginkan baitul muslim yang penuh sakinah, mawaddah wa rahmah, kepada Allahlah yang kita pinta. Dengan pertolongan dan izin Allah, yang sukar menjadi mudah, yang jauh menjadi dekat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ummi, kenapa Allah ciptakan pig, tapi pig kita tak boleh makan," tanya Humaira dan Hasya

"Sebab Allah hendak tengok kita akan ikut perintah Allah atau tidak. Kalau orang yang ikut cakap Allah dia tak makan pig, dia masuk syurga, kalau orang yang tak ikut cakap Allah dan makan pig tu dia tak dapat masuk syurga." Jawab ummi ringkas.

Semoga anak-anak paham penerangan ringkas ini sesuai usia mereka.

Semoga cerita-cerita panjang yang lain dapat mereka telitikan lagi bila akal semakin penuh........ pesanan untuk diri sendiri selayaknya, dan buat bekal anak-anak bila ummi, abah sudah tiada.

Tuesday, 9 February 2010

Blossoms Memory - Ummi datang ya.....


Sekolah anak-anak banyak mengadakan persembahan-persembahan untuk mendedahkan kepada ibubapa tentang pembelajaran yang mereka lalui sepanjang penggal persekolahan sebelum sekolah bercuti untuk pertengahan penggal.

"Ummi, datang sekolah kakak ya, We got a show for you, I will be a UNESCO representative. I am going to help people in Haiti. We are making a play." Humaira bercerita pada hari isnin minggu lepas.



"Hasya going to sing about a unity song," Hasya pula bersuara.

"Ummi and abah really want to go. But sayang, Ummi got a big thing coming up, my boss want me to present something to him. Abah need to write a paper to send to oversea,"dengan berat hati ummi terpaksa memberitahu anak-anak. Besar kemungkinan ummi dan abah tak dapat datang ke show mereka.

"It's okay, ummi," Hasya seperti menenangkan.
"I really hope you could come, ummi," kakak sepertinya memujuk lagi.

Dan seperti yang dijangkakan. Ummi dan abah buat pertama kalinya tidak dapat menghadirkan diri untuk persembahan anak-anak. Ya Allah, hanya Dia sahaja yang tahu betapa ummi dan abah ingin sekali, pergi, hadir, berada bersama anak-anak untuk menyaksikan persembahan mereka, walau sekecil mana pun persembahan itu, ummi tahu dengan hadirnya ummi dan abah pasti membawa rona indah, bahagia di wajah anak-anak.

Ummi minta maaf ya sayang, anak-anak ku. Abah jua.

"Kakak, Hasya, ummi and abah really sorry, we didn't make it to your show just now," Ummi meminta maaf sejurus sampai dirumah malam itu.

"It is ok, ummi we had fun," jawab kakak dan Hasya.

Terima kasih ya Allah, Kau lontarkan rasa tenang dan gembira didalam hati anak-anak ini di kala kegembiraan itu sukar untuk kami berikan. Syukur ya Allah. Doa kami Engkau makbulkan. Doa supaya hati anak-anak ini sentiasa tenang dan bahagia dalam bersama-sama menempuh dugaan dibumi asing ini.

Semenjak bertukar ke sekolah sebelah petang ini, Hafiy lebih gembira dan kelihatannya sungguh teruja untuk ke sekolah selalu. Alhamdulillah. Syukur ya Allah, tak terhitung rahmat dan nikmat kurniaan MU.



Monday, 1 February 2010

Memori Hati - Rindu Sang Ibu

(credit picture to my sister)

(Buat ketiga-tiga ibu kami --> mak, mama KL dan mama SP)
(Dan juga buat semua ibu-ibu didunia ini)

Rindu hati seorang perempuan....
Rindu anak pada ibunya....
Manakan sama jerit rindu ibu pada anaknya...
Rindu hati anak yang jauh pisahnya dari ibu...
Tidakkan sama dengan perit rindu ibu yang berpisah jauh dari anaknya...

dulu tak pernah ku teka rindu ibu....
dulu yang ku hitung hanya rinduku pada ibu....
dulu yang ku perlu hanya rindu telingaku menjamah suara ibu...
dulu aku bersyukur aku punya ibu.......

Kini.....
Aku lebih mendakapi saat bila rindu ibu padaku ku hitung...
Kini....
Aku lebih yakini...
rindu ibu padaku..
lebih dalam dari lautan yang ada...
Kini....
anakmu sangat mengerti....
rindu kami pada ibu tak pernah kan setara
rindumu pada kami, duhai ibu.....
Aku lebih menghargai...

Bagaimana, begitu yakin sekali?
Bila kini, aku sendiri seorang ibu...
Anakku yang terpisah hanya dengan saat..
itu sudah menrenggut perit rindu dijiwa....
Anakku yang hanya berpisah dengan minit...
sudah menitik sendu rindu dikalbu....
Anakku yang hanya berpisah dengan masa....
sudah aku menggeliat gelisah dimeja ofisku...

Jika itu yang ku rasa hanya berpisah dengan selang masa...
Tegar jiwa ibuku berpisah beribu batu dari anaknya....
'Mak sentiasa doakan anak-anak mak, sentiasa'
Doa yang mengiring rindu ibu..., jerih, perit dan sakit sungguh
Allah Kau terimalah doa Ibuku.....
Angkatlah Hijab yang membatasi doanya...
biar diangkat kelangit ketujuh....

Ya Allah,
Kau gantilah setiap detik terbetik rindu dihati ibuku itu dengan pahala kebaikan yang banyak....
Ya Allah,
Kau gantilah setiap titis airmata ibuku yang jatuh kerna kami anak-anaknya ini,
dengan lebih berat timbangan amal kebajikannya di hari perhitungan.
Ya Allah,
Kau gantikan setiap peritnya ibu menahan rindunya.....
dengan husnul khatimah dalam hidupnya......
Ya Allah,
Muliakanlah kehidupan ibubapa kami dengan anak-anak yang taat sehingga akhirat.....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami cinta ibu setulus hati... kami lebih mengerti rindu ibu.....

memori hati,



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails