"Saya membaca surah (QS: Al-Anfal 8:17) ketika saya mencari maklumat atau informasi. Saya juga membaca surah tersebut ketika saya tidak memahami sesuatu perkara tidak kira dalam apa jua bidang pengajian. Juga saya amalkan ketika mencari barang yang hilang. Alhamdulillah, Allah SWT sentiasa memudahkan saya untuk memahami dan menerima apa jua maklumat dan perkara yang saya inginkan." (kredit sumber) penerangan lanjut boleh didapati di blog Saudara Fuad.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terpanggil ummi untuk berkongsi dengan anak-anak semua tentang kepentingan ayat 17 di dalam surah ini, selepas diketuk minda oleh tulisan saudara Fuad. Cerita buat ingatan untuk diri sendiri dan kalau ada manafaatnya buat anak-anak, ummi amat bersyukur, semoga Allah menambahkan bekalan kita dialam sana.
Ertinya: Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Menurut Tafsir Al-Jalalayn, ayat ini diturunkan untuk bercerita tentang betapa Allah lah yang memberikan kemenangan kepada umat Islam didalam peperangan Badar, dimana peperangan pertama umat Islam ini berlaku dalam keadaan bilangan tentera Islam yang kecil bilangannya berbanding tentera kufar. Ayat ini menceritakan bahawa, kemenangan yang diperoleh oleh umat Islam itu bukanlah disebabkan kekuatan mereka sendiri, namun semata-mata disebabkan Allah lah yang membolehkan lontaran batu dan senjata mereka sampai kearah pihak lawan dan membinasakan sang kufar. Kebergantungan penuh kepada Allah.
Atas keyakinan yang tinggi dan iman yang teguh, penuh kebergantungan bahawa Allah pasti menolong orang-orang yang berada di atas jalan yang benar. Umat Islam keluar berjuang dan mencapai kemenangan pertama di dalam perang Badar ini.
Ingatlah anak, implikasi dari ayat ini bukan hanya untuk menceritakan tentang perang badar itu sendiri, tetapi bagaimana kita sebagai hamba Allah ini melihat bahawa setiap usaha yang kita lakukan itu tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan Allahlah yang mengizinkan. Izin Allah itu harus kita pinta. Berdoalah dan beribadatlah sesuai dengan saranan Rasulullah kita tersayang dalam sunnah-sunnah baginda.
Total surrender, kebergantungan penuh. Total faith, keyakinan penuh. Diri ini, usaha ini, hidup dan mati hanyalah untuk Allah. Tidak sepatutnya ada riak dan takabur atas sesuatu benda yang kita perolehi dan capai kerana, tidak akan bergerak sedetik masa ini tanpa izin Allah, apatah lagi perkara-perkara yang lain.
Anak-anak, ingin membuat keputusan? Rujuk kepada Allah. Ingin mendapatkan ilmu? rujuk kepada Allah. Inginkan baitul muslim yang penuh sakinah, mawaddah wa rahmah, kepada Allahlah yang kita pinta. Dengan pertolongan dan izin Allah, yang sukar menjadi mudah, yang jauh menjadi dekat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ummi, kenapa Allah ciptakan pig, tapi pig kita tak boleh makan," tanya Humaira dan Hasya
"Sebab Allah hendak tengok kita akan ikut perintah Allah atau tidak. Kalau orang yang ikut cakap Allah dia tak makan pig, dia masuk syurga, kalau orang yang tak ikut cakap Allah dan makan pig tu dia tak dapat masuk syurga." Jawab ummi ringkas.
Semoga anak-anak paham penerangan ringkas ini sesuai usia mereka.
Semoga cerita-cerita panjang yang lain dapat mereka telitikan lagi bila akal semakin penuh........ pesanan untuk diri sendiri selayaknya, dan buat bekal anak-anak bila ummi, abah sudah tiada.

No comments:
Post a Comment