Tuesday 23 February 2010

Blossoms Memory - Anak & Hati

(Abah dengan begitu tekun tangkap gambar bunga snowdrop dalam snow ni, good job honey)


Tahun lepas cuti penggal yang sama, anak-anak dihiburkan sungguh-sungguh dengan berjalan ke 5 negara, melihat dan menyaksikan kebesaran Ilahi.

Tahun ini, sungguh resah rasa hati bila cuti bermula, kasihankan anak-anak yang bakal ber'hibernate' dirumah dek kerana 'winter effect' yang terlalu panjang dan persekolahan ummi abah yang tak ada istilah cuti. Supervisory meeting setiap 2 minggu, membuatkan ummi merasakan seperti mengambil peperiksaan akhir setiap 2 minggu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan sebaik-baik Perancang. Ummi pohon kemudahan untuk pengajian ummi ini, yang Allah kurniakan adalah permintaan professor yang menuntut ummi memahami eksperimen dan juga teori kepada data yang diperolehi setiap 2 minggu perjumpaan. Allah punya rencana lebih besar buat kita InsyaAllah.

Permulaan cuti, abah bawa ummi dan anak-anak ke 'ice skating ring' yang dibuka setiap winter di Leeds City Center. Gembiranya bukan kepalang untuk anak-anak. Ummi 'surrender' kali ini. Jatuh di ice rink tahun lepas yang mengakibatkan tangan ummi sakit sampai sebulan, memang membuatkan ummi serik. Tidak sanggup mengambil risiko yang akan memberi impak pada persekolahan ummi. Ummi mengambil peranan sebagai jurugambar. Kegirangan yang terpancar diwajah-wajah kesayangan ummi, sudah cukup menghantar gembira dihati ummi. Syukur ya Allah.

(My love)

(Hafiy dan penguinnya)

(Tahun ni Hasya dah pandai, tak guna pengui lagi)

(kakak, catwalk atas ais ker tu?)

(She is a pro as usual)


Ziarah kita ke Wolverhampton, Birmingham ke rumah auntie Noreen dan uncle Azman serta berjumpa dengan kawan-kawan lama. Masih ingatkah anak-anak? Bukan kepalang gembiranya Humaira, Hasya dan Hafiy dapat jumpa kakak Yasmin, abang Norman, Marissa, Batrisyia dan Umar. Giliran mereka untuk pulang ke tanahair. 2 malam disana sungguh seperti menabung ubat rindu. Sedih melepaskan sahabat yang begitu baik sekali buat kita, yang banyak membantu kita diwaktu susah. Namun itulah yang terbaik, semoga ukhwah kita berkekalan.

(Mereka dan kita)

Gembira lagi kita, bila uncle Suzari dan Auntie Zah, anak-anak serta kawan mereka sudi singgah di rumah kita Isnin lalu. Bercuti menaiki kapal, InsyaAllah akan memberikan bahagia buat mereka. Terima kasih ya akhi dan ukhti. Tak sempat bergambar kita kan.

Weekdays, bermula dengan penuh doa dan harapan. Semoga hati anak-anak tenang dan tabah. Sleepover. Aktiviti pertama. Terima kasih Nurin Umaira (One of Humaira's BFF) kerana sudi datang sleepover rumah auntie. Berbagai-bagai aktiviti ya malam sleepover tu.

Rabu, Khamis dan Jumaat, kakak Humaira ada aktiviti sukan di Leeds City High School. Setiap hari ada ceritanya. Yang pasti cerita yang indah-indah. Syukur ya Allah. Hasya dan Hafiy bergembira dirumah. Menonton kartun kegemaran dan bersantai-santai dirumah, melepas lelah bersekolah. Setiap malam, ummi pulang dari sekolah disambut gembira oleh anak-anak. Tiada kerenah yang merisaukan ummi. Alhamdulillah. Allah menjaga hati anak-anak ini. Dapatlah ummi fokus kepada 'fortnightly' 'exam' ummi.

"Kenapa kita tak pegi caravan holiday kali nie ummi?" tanya anak-anak.
"Kita akan pergi caravan holiday bila Tah (mama abah) datang sini April ni ya sayang." Pujuk ummi.

Anak-anak cukup gembira dengan berita yang amat membahagiakan. Ummi dan abah juga amat teruja, tak sabar melepas rindu pada seorang ibu yang amat kami cintai. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.

Sabtu datang lagi. Aktiviti renang di Leeds Metro University seperti biasa. Alhamdulilah, semoga anak-anak pandai berenang sebelum pulang ke Malaysia, salah satu aktiviti yang penting untuk anak-anak. Berenang, menunggang kuda dan memanah(seni mempertahankan diri), InsyaAllah.

Hati ummi dan abah, ceria melihat anak-anak yang ceria juga.

Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah. Hari minggu terakhir di cuti sekolah ini Allah kirimkan kita salju yang putih dan lebat. Salju di musim bunga. Maka nikmat Allah yang mana lagikah yang hendak kita dustakan? Hati anak-anak yang dijaga, persis seperti yang dipinta dan dirayu didalam doa setiap sujud. Kegembiraan yang terpancar diwajah anak-anak walaupun cuti ini hanya memenjarakan ummi dan abah disekolah kami. Salji di awal musim bunga, yang paling mengesankan kita. Terima Kasih Allah. Terima Kasih Allah. Inilah cerita kalian di cuti penggal ini.

(Hafiy, sampai aja terus turun sledge)

(Muka yang sangat Happy)

(Sisters' love)

(*senyum*)

(Ini ada cerita, candid by abah...... "ummi..... ummi....")
("Hafiy nak auntie noni.... auntie noni balik tak say good bye..." *cry.. dengan perlahan,air mata meleleh aja sebab malu ada kawannya Alia di lokasi kejadian)

(Kenalah ummi pujuk)

(kakak yang prihatin..... datang bertanya perihal adik..)

(Sekali..... kakak pun nak juga kena peluk.... alasannya .. " I am cold ummi"... selapas 2 jam berseldging, Hasya masih membina snowman dengan Husna(anak uncle Ikram))


Malam itu, abah dengan bersungguh-sungguh berusaha menghasilkan video buat memori kita dan kawan-kawan yang lain.


(Terima kasih, abang)


6 comments:

Min said...

anak-anak memang penenang hati penyejuk jiwa... semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh yang akan mendoakan kita kelak...

melatiblossoms said...

Aameeen min... aameeen... bila kita dah jadi ibu bapa sendiri, baru kita lebih menghargai ibu bapa kita kan... macam ni lah juga ibu bapa kita dok ingat kat kita tak pernah putuih.... Subhanallah.. talian dari azali sampai ke syurga InsyaAllah....

Unknown said...

Another well written story Achik...It made us realise how good it is to have what Allah have given us.....

melatiblossoms said...

Segala yang baik datang dari Allah, yang tidak, dari kelemahan achik sendiri. Thanks nisa. Allah tidak pernah melupakan hambanya, Hanya kita hambanya selalu lupa untuk bersyukur kan. Masih banyak yang perlu diusahakan ni... :):)

nnmy said...

nak tergelak pon ada... nak tersedih pon ada... dan nak menyakat pon ada...

scene1:
(lagu tema: lagu keabadian cinta by anuar zain)
beberapa jam di temple newsam, auntie noni tak kesahkan hafiy. tak dapat dinafikan, auntie noni memang sangat teruja dengan pengalaman pertama kali bersledging. selain itu, saje auntie noni buat-buat sombong dengan hafiy. sebab hafiy dah ada gf lain. hafiy sibuk main-main kayu dengan gf baru... auntie noni pon rasa 'jeles' dan sedikit lega juga... kerana cita-cita auntie noni nak clash dengan bf yang satu ini mungkin tercapai... rupanya silappp!!! ikatan kami dah bagai simpulan mati...


scene2:
(lagu tema: lagu happy by amy mastura)
hafiy mengendeng-ngendeng nak berkongsi slide dgn gfnya yang pertama... kena akur juga lah dgn permintaan bf yang satu tu... i am definately an obedient gf kan ummi :) (ini promosi untuk jejaka di luar sana ye..hehehe...). kami berseldge dengan seronok. bertukar-tukar pasangan.... peristiwa kalah menang berlumba seldge melibatkan bf kecil ini, pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila...


scene3:
(lagu tema: lagu memories winter sonata)
tiba masa nak balik, mood hafiy pon dah kurang baik... dah terasa sejuk agaknya... beberapa kali mintak air panas dr abah... auntie noni tengok saja dr jauh... smbil terus membuat luncuran-luncuran terakhir. pemandu auntie noni dah menunggu lama di kereta.. auntie noni sempat mengambil gambar terakhir dan peluk cium bersama ummi, auntie sue, kak yong, kakak dan hasya sebelum bergegas ke kereta. hafiy di mana waktu itu? hafiy dengan abah la...

scene4:
(lagu tema: jangan kau ucap selamat tinggal by fotograf)
ampun maaf lah hafiy... mesti ada renungan sayu melihat gfnya pergi tanpa ucapan selamat tinggal.... auntie noni dapat bayangkan dialog hafiy 'auntie noni tak cakap goodbye...' (lagu tema kuatkan masa ni, ok)

ending:
hafiy.. hafiy.. sampai bila kah hubungan 'cinta' kita ni ye... :)


p/s: ada satu lagi aktiviti cuti skolah yang sangat terkesan di hati dan di perut auntie noni. xtvt menyuap sambal paru dan sup daging. auntie noni terpaksa makan roti macam nak 'pengsan'.

melatiblossoms said...

hehehe, auntie ngongi... nak buat camna kena layan bf kecik... anak-anak.... I nak kena gi cari lagu tema ker.. baru boleh baca komen you nie.... hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails