Assalamualaikum warohmatullahiwabarakatuh anak solehah ummi dan abah, Hasya Amalin Hizamel,
Ummi minta maaf, catatan maya ummi buat Hasya sempena hari lahir Hasya agak terlambat. Untuk kakak dan adik ada, sudah semestinya ummi ingin mengimbau kenangan buat Hasya teliti nanti.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
7 tahun yang lalu, ummi dan abah masih belajar di Bradford, bersama kakak Humaira yang berusia 1 tahun. Ummi dan abah amat bersedia untuk menimang cahayamata lagi. Namun Allah lebih mengetahui sesuatu yang terbaik buat hambanya, ummi dan abah sangat yakini melalui ayat ini
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Kami tidak diberikan rezeki ketika itu. Saat-saat akhir pengajian membuatkan ummi dan abah terlalu sibuk, sehingga seperti terlupakan hasrat kami untuk memiliki cahayamata lagi.
Alhamdulillah, ummi, abah dan kakak dipilih menjadi tetamu Allah seusai pengajian kami, transit di Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah dan seterusnya pulang ke tanahair.
Selepas sebulan di tanahair, kunjungan ke klinik terdekat, mengesahkan ummi sudah 6 minggu mengandungkan Hasya, Alhamdulillah. Tidak terucap kegembiraan dan kesyukuran kami panjatkan atas nikmat yang tidak henti-henti Allah kurniakan.
Mengandungkan Hasya amat mudah, tiada loya ataupun keinginan yang pelik-pelik ummi rasakan. Alhamdulillah. Ummi dan abah meneliti dan menghargai setiap detik Hasya membesar didalam rahim ummi, sama seperti kandungan pertama. Tendangan pertama ke dinding rahim ummi yang masih melontarkan rasa yang teramat teruja bagi ummi dan abah, dan kali ini kakak Humaira berkongsi rasa yang sama. Kakak Humaira rajin bercakap dengan Hasya dan mencium perut ummi, masa Hasya dalam perut ummi.
Kelainan yang ummi rasakan adalah saiz perut ummi yang ketara besarnya. Ramai yang mengagak ummi akan melahirkan anak lelaki dari bentuk perut ummi. :) macam-macamkan teori manusia.
Jangkaan bersalin ummi, berubah-ubah tarikhnya, bermula dari 11/6/2006 (sama tarikh lahir dengan tok mak) dan 26/6/2006 (sama tarikh lahir dengan mak cik). Abah sangat berharap Hasya akan lahir pada 20/6/2006, sama tarikh lahir dengan abah. :) Abah rajin berbual dengan Hasya dan setiap kali itu juga ada pesanan supaya Hasya lahir 20/6/2006. Semua sudah tertulis di Lauhul Mahfuz, saat lahir, jodoh dan maut kita. Ummi sudah merasa seperti tummy cramp bermula pukul 4 pagi, tetapi tidaklah ketara. Pagi itu selepas solat subuh, ummi beritahu abah tentang rasa tummy cramp ummi dan seperti sudah sampai masa melahirkan.
Ummi dan abah, menghantar mak cik Arita kepejabatnya di Bukit Damansara, dan kemudian menghantar kakak Humaira ke rumah Tah dan Tok-Tok di kawasan itu juga. Selepas itu kami bergegas ke Damansara Specialist Hospital. Ummi terus di masukkan ke wad dan dibawa ke labour room. Dalam pukul 8.00 pagi Doktor Maziah datang untuk pemeriksaan dan memecahkan air ketuban. Ummi merasakan kesakitan yang kuat sekitar pukul 8.30 pagi. Dan tepat pukul 8.52 pagi 22/6/2006, Hasya lahir menjengah dunia Allah dengan tangisan yang nyaring, dengan berat sebanyak 3.52kg. Abah setia berada disisi ummi. Sejurus itu, doktor meletak kan Hasya disisi ummi, dan seperti pro, Hasya menyusu dengan susu ummi yang pertama. Alhamdulillah. Jururawat kemudian mengambil Hasya untuk dibersihkan sedikit dan diazankan oleh abah. Kegembiraan yang hanya Allah mengetahuinya.
Ummi juga 'fully breastfeeding' Hasya. Walaupun bukan mudah bagi kita berdua kan sayang. Alhamdulillah kita dapat melaluinya, dan ummi masih menyusukan Hasya hinggalah saat ummi hampir melahirkan Hafiy.
Dan tahun ini sayang, usia 6 tahun, menampakkan jelas pada ummi dan abah, karakter anak bernama Hasya. Yang penuh dengan ketekunan, yang sangat mementingkan kesempurnaan dan sangat penyayang. Hati kecil anak ummi yang sangat besar.
Membesarlah menjadi mujahidah, hamba Allah yang soleh dan bertaqwa dan ingatlah kami sentiasa dalam doamu sayang. Hasya anak solehah.

Hasya: "Ummi, macamana kita tahu Allah dengar semua yang kita mintak?"
Ummi: " Sebab apa yang kita mintak, Allah kasi.. kan?"
Hasya: "Ummi Allah cakap tak dengan kita?"
Ummi: "Allah cakap dengan kita, semua yang Allah cakap dengan kita ada dalam Al-Quran, Allah tell malaikat Jibril, malaikat Jibril tell Nabi Muhammad"
Hasya: "Allah talks a lot, yeah ummi?"
Ummi: "Ya Hasya, a lot... and we need to understand it, kan, kalau kita cakap orang buat-buat tak nak paham, kita sedih tak?"
Hasya: "sedih,"
Ummi: "Allah pun tak suka kan kalau kita tak nak paham what Allah is telling us, kan?, Kita nak Allah suka kita, kan?"
Alhamdulillah, di usia ini Hasya gigih menunaikan solat fardhu lima waktu, ditambah dengan waktu solat di musim summer. Subuhnya pukul 1.24 a.m dan berakhir 4.30 a.m. Maghribnya melepasi waktu tidur, dalam pukul 10 malam. Alhamdulillah Hasya sangat gigih.
Setiap kali juga Hasya tidak lepas berdoa seperti ini:
"Ya Allah, ampunkanlah dosa Hasya, ampunkanlah dosa ibubapa Hasya, ampunkanlah dosa adik beradik Hasya, Ampunkan dosa, all my grandma and my grandpa, ampunkan dosa all my cousins, ampunkan dosa muslimin, muslimat yang hidup atau yang mati. "
"Ya Allah, let ummi dan abah habis phd dengan berjaya, Ya Allah let Hasya, Humaira Hafiy jadi anak yang soleh dan solehah, Ya Allah, janganlah bagi Hasya, Humaira and Hafiy bergaduh dengan each other, Bagilah Hasya, Humaira, Hafiy , abah , ummi and all our family healthy."
"Ya Allah, Bagilah Hasya can save £1000 so that I can buy a pony (inilah doa yang selalu menjadi bual bicara ummi dan abah :):)), Ya Allah bagilah Hasya, Humaira and Hafiy good at reading IQRA', good at reading Quran, good at swimming, good at playing tennis"
Yang paling terbaru bersempena dengan world cup, Hasya tambah lagi satu du'a
"Ya Allah, bagilah Ummi, abah and our favourite's team win at world cup football" Aduhai anak....
Anak kecil selalunya mudah memahami konsep, mintalah apa saja dari Allah........ mintaklah yang baik-baik....

9 comments:
Aminnn... semoga Hasya membesar menjadi anak yang solehah.
Sayang, entry sebegini memang amat perlu dirakamkan di dalam blog. Bila kita dah berumur nanti dan anak-anak dah besar nanti, cerita-cerita ini InsyaAllah akan buat mereka kekal bersifat seperti mereka kecil dahulu...tekun, pentingkan kesempurnaan, kasih sayang, suka berdoa dan menjadi anak yang solehah.
Moga Allah menjadikan Hasya...kakaknya Humaira dan adiknya Hafiy anak yang soleh dan solehan.
Abah
wahhh terharunya baca... Hasya lahir pagi, saya lahir tgh hari 1.17 ptg bulan puasa lak masa tu... =)
emmm byk persamaan la dgn puan...
Hasya lahir sama dgn saya...
Ummi puan lahir sama dgn arwah mak saya...
latifah Alhamdulillah... semua Allah dah tulis kan... :):) we are brothers and sisters in Islam... InsyaAllah
adik: aameeen
abang: memang blog ni tujuannya adalah untuk menulis untuk anak-anak... ingatan untuk mereka bila akal penuh dapat menafsir... InsyaAllah....
... enam tahun lepas, saat hasya dalam perut, aunty mula kenal ummi. jd rakan ummi. banyak masa sama-sama. ada kenangan suka (masa makan, masa tidur dalam surau, masa baca assignment mengarut bbdak)dan kenangan duka (masa baca novel sedih, masa tanda kertas examm...
... malam sebaik kelahiran hasya, aunty pon turut teruja. turut menyebok malam itu juga di DMC. pengalaman pertama aunty pegang baby... 'keras' aunty di DMC.
... selepas 6 tahun, aunty masih lihat hasya. tapi hasya dah berubah jadi anak yang solehah dan sangat cantik. semoga aunty ada peluang utk saksikan hasya terus membesar dgn solehah.... love u HAPPY BLATED BDAY
Auntieeeee.....
Kan auntie, kegemaran ummi masa mengandung Hasya, ialah minum air soya kat Koisk, makan ayam masak hitam Kiosk wahhh rindu ayam masak hitam, tidur kat surau...
hahahahaha you tu rahosia I tau... wakakakaka memang surau tu sangat mengglemerkan I.
Saat tanda exam... wahhh sangat tension tamau ingat, tapi I ada salah jugak, bila lah nak jumpa mintak maaf, patutnya I buat jer kerja I, tapi geram diorg tak nak bayar gaji. Dahlah lupakan dah lepas pun....
aa... waktukah DSH tu tak sangka segerombolan datang... but I really appreciate it....
jodoh kita panjanglah... sampai sekarang auntie noni is playing an important part in their life definitely... they will be honoured to have you around forever... hehehehehe
hugs for hasya :)
saya rasa hasya berumur 11 tahun kerana tarikh ditulis di dalam blog pada 2010,jadi tarikh lahir hasya sepatutnya 22 june 2004 bukan 2006
Post a Comment