(make time for the important things in life - the most blessed month in a year: credit to lensa hanim awang)
Assalamualaikum wbt, anak-anak soleh dan solehah
Hari Rabu, kita akan menyambut penuh kesyukuran kedatangan 'madrasah tarbiyyah' kita untuk tahun 1431 Hijrah ini. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk sama-sama merasai nikmat berpuasa dan sama-sama menghayati manisnya ibadat di bulan yang mulia ini. Selasa malam ini bermulalah sunat tarawikh kita yang pertama tahun ini.
Pagi-pagi dimeja makan, abah tersenyum melihat ummi bertenang sungguh selepas makan, selalunya ummi pasti bergegas ke meja komputer untuk melihat 'update facebook' yang menjadi 'makanan ruji' kebanyakan orang sekarang. Tenang ummi, setelah facebook di deactivate sementara. Bila pandai bahagi masa, ummi mungkin kembali ke sana.
"Jom muhasabah," ajak abah
"Jom tengok, betapa banyaknya ruang yang perlu kita perbaiki, semoga kedatangan ramadhan ini memberi jalan untuk kita memperbaiki iman dan ibadah," intipati bicara abah pagi tadi.
Terlalu banyaknya ruang untuk pembaikan diri dan ibadah. Kalau iman itu adalah rumah, betapa banyaknya atap yang bocor, betapa banyaknya tiang yang goyah, betapa banyaknya pintu yang rosak. Tingkap yang senget.
Ummi tersenyum, memang sangat bersetuju, semoga ruang pembaikan diri dibulan ramadhan ini bakal memberi kesan dan memberikan kebiasaan untuk terus memperbaiki diri di masa akan datang. Ummi dan abah perlu bersedia fizikal dan mental serta perlu memantapkan diri dan rohani serta amalan ibadah untuk persiapan besar hujung tahun ini. Semoga Allah menjaga hati kita dan membantu menunjuk arah dalam setiap perlakuan dan ibadah kita untuk sentiasa menjadi hamba Allah yang terbaik di 'mata' Allah.
Sepertiga malam kita agak pendek sekarang, malam hanya bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pukul 4 pagi. Semoga kita tekun mencuri masa InsyaAllah.
Latihan puasa untuk anak-anak akan diteruskan tahun ini. Mungkin tidak sepanjang 19 jam. Tapi biar tetap ada latihan InsyaAllah.
Buat saudara mara, rakan-rakan dan rakan-rakan di alam 'maya' di kesempatan ini ummi, abah dan anak-anak ingin memohon jutaan kemaafan atas keterlanjuran kata dan perbuatan. Semoga diampunkan. Begitu juga sebaliknya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Ka'ab Bin `Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.
Dan ketika beliau turun (dari mimbar)kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: "Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut.
Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut
namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya.
Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk rujukan hadith-hadith lain berkenaan Ramadhan.
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1873

2 comments:
salam ramadhan..
salam ramadhan juga....
Post a Comment