Wednesday, 22 June 2011

Memori Hati - Sanah Helwah anakku sayang.. 220604-220611


Assalamualaikum duhai buah hati ummi dan abah, semoga Allah sentiasa dihati kalian saat kalian membaca coretan ummi ini, semoga kalian menjaga erat, nikmat beragama Islam yang Allah kurniakan buat kalian.

Hari ini hari lahir Hasya yang ke-7, Alhamdulillah, amanah Allah yang ummi dan abah tatang bagai minyak yang penuh. Sepenuh jiwa dan raga kami berikan supaya amanah ini tidak kami sia-siakan. Semoga Hasya Amalin Binti Hizamel membesar menjadi hamba Allah yang berkualiti dan anak yang solehah yang sentiasa mendoakan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Saat berusia 7 tahun, Hasya anak yang penuh dengan pertanyaan. Ummi kira seperti anak-anak seusia yang lain. Kenapa? (Why?) adalah perkataan yang sangat menjadi kegemaran.

Banyak soalan yang mencuit hati dan bila diberikan jawapan, Hasya akan memberikan konklusi yang sungguh di luar jangkaan.

Ummi paling ingat semalam, bila anak-anak mula bertanya, macamana ummi dan abah namakan diorang dengan nama sekarang? Apa makna nama mereka?

Dan ummi menceritakan yang nama mereka ummi ambil dari salah sebuah buku nama-nama Islam yang baik. dan Hasya Amalin bermaksud, Kesempurnaan Amalan (Cita-Cita).
"Ummi, buku tu ada kat sini tak..?" Tanya Hasya, dan ummi jawab tak ada, sebab buku tu berada di Malaysia.

"Ummi, nanti bila Hasya nak dapat baby, Ummi bagi buku tu kat Hasya OK, Hasya nak cari nama baby kat situ." Jawab Hasya.

Tersenyum ummi sambil mengiakan... Well dear, I should see that's coming.

Anak yang ketika berusia 6 tahun, boleh bertanyakan soalan kepada ummi,
"Ummi, kalau kita nak husband soleh macam abah, good and kind, kita kena mintak doa dari kita kecik-kecik ya ummi?", pernah suatu malam di dapur, soalan ini diajukan oleh Hasya.
"Ya, sayang, Hasya boleh minta doa dari sekarang, minta Allah beri Hasya husband yang soleh, beriman, baik macam abah ok, setiap kali habis solat boleh mintak doa, ok." Jawab ummi. Dan kadang-kadang bila teringat, Hasya akan sebutkan doa ini selepas solatnya.

Puteriku sayang,
Engkaulah permata kami,
permata hati,
dambaan kalbu,

Puteriku,
dirimu kami doakan semenjak dikau masih di alam Roh,
dirimu kami mimpikan semenjak dikau masih bersama Allah,
dirimu kami dambakan saat, tangan kami tadah di depan Baitul 'Atiq,

Puteriku,
Engkau adalah doa yang dimakbulkan Allah,
Engkau adalah kasih sayang yang jelas kelihatan,
Engkau adalah buah cinta yang pinta dijaga,
Engkau adalah amanah yang pinta dididik,

Asalmu fitrah,
putih lagi bersih,
semoga kami mencorakkan,
warna pelangi yang indah buat bekal menggapai rahmat Allah di alam yang kekal.

Asalmu fitrah,
putih lagi bersih,
semoga ummi dan abah diberi ilham oleh Allah,
melakar corak paling indah, pada pandangan Allah.

Puteriku,
Bila memandang wajah mulusmu,
terlihatkan sebuah keindahan dunia yang Allah limpahkan,
andai yang kami serahkan kembali buat Allah, adalah keindahan jua,

Ya Allah,
Kami bermohon,
jadikanlah puteri kami ini pejuang dijalanMu Allah,
jadikanlah puteri kami salah satu titik dalam islahnya Islam,
jadikanlah dia seteguh Khadijah, yang seluruh hidupnya hanya untuk suami yang soleh,
jadikanlah dia seindah Fatimah Az-Zahrah di mata Ali,
jadikanlah dia sezuhud Rabiatul Adawiyah, yang seluruh cintanya hanya padaMu Allah,
jadikanlah dia setegas Masyitah, tak gentar dibuai badai dunia,
jadikanlah dia sehebat Sumaiyah, yang baginya bertemu Allah itu lebih manis.
jadikanlah dia sebijak Aisyah, ya Allah....
jadikanlah puteri kami ini, anak solehah yang sentiasa mendoakan kami ya Allah.

Puteriku,
Semoga Allah mengabulkan doa ummi dan abah buat mu sayang.....

we love you so much.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni, Hasya mesti gembira sangat, school trip ke Eureka Museum pada hari lahir Hasya kan sayang.

Alhamdulillah, a baby girl weighed 3.52Kg has now grown into a beautiful young lady gracefully. Alhamdulillah.

1 comment:

:: Frida Mohamad Taj said...

Kak.. doakan saya agar dapat mendidik anak² seperti akak yer.. tulisan akak banyak yg menyedarkan saya yg kita perlu ada "ilmu" untuk mendidik anak².. insyAllah tulisan akak akan jadi rujukan buat saya.. TQ kak :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails