Tuesday 21 June 2011

Memori Hati - Selamat hari lahir sayangku....200677-200611



Sayang,
Kalau kekuatan itu dizahirkan,
pastilah kekuatan ati itu adalah abang,
Bersama abang, kekuatan yang di cari..
sentiasa ada untuk mengangkat naik ..
semangat yang selalunya hilang..

Zaujku,
andai mimpi indah itu menjadi realiti,
pasti abang ada dalam kesemuanya...
mimpi-mimpi yang indah-indah yang selalu menjadi realiti..
selalu tersalah meneka andai itu mimpi indah?
atau itu adalah realiti....
bila mimpi indah dan realiti bertemu menjadi satu...
disitu Ati pasti bertemu abang...

Zaujku,
Imam keluarga kecil kita ini,
34 tahun Allah pinjamkan usia,
semoga didalamnya penuh dengan keberkatan dan redha Allah,
Semoga Allah ilhamkan sayang,
membimbing nukleas kecil menjadi impak yang besar buat agama Allah,

Sayangku,
34 tahun yang Allah hadiahkan,
semoga didalamnya penuh dengan rahmat dari Allah,
dan pastinya dengan Rahman dan Rahim nya Allah,
abang sesarkan semula kasih sayang dan kecintaan itu buat kami makmummu.
Alhamdulillah...

Abang,
Setiap doa yang kami lantunkan,
pasti ada abang didalamnya,
Ya Allah, panjangkanlah usia imam kami ini,
limpahkanlah keberkatan dan rahmatMu,
agar kami terus mengecap rahmatMu melalui abang,

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik buat suamiku,
supaya sentiasa meningkat kualiti amalnya buat Mu Allah,
supaya terus gigih dan istiqamah amal salehnya,

Ya Allah, lipat gandakanlah rezekinya,
rezeki yang halal lagi baik,
moga dapat diinfakkan pula rezeki itu untuk ummah,
dan dapat pula dengan rezeki itu membesarkan buah hati kami ya Allah,

Sayang,
dengan doa yang tak terbatas,
ati ingin mengucapkan lewat alam maya ini,
selamat hari lahir sayangku...
Buat insan paling istimewa,
InsyaAllah hingga di syurga...
aameeen...

Buat mama tercinta,
setulus kasih, tak terhingga budimu kami datangi,
melahirkan suamiku, imam keluarga ini,
Semoga Allah menjadikan kami sentiasa menghargaimu,
selayaknya anak soleh beradab dengan ibu solehah,
Terima kasih mama tercinta....
Semoga Allah melimpahimu dengan kasih sayangnya hingga ke syurga.

3 comments:

Hizamel said...

Sayanggg..

Terima kasih sayang di atas sajak yang amat istimewa ini. Tersentuh sangat hati abang bila membacanya.. Disebalik kekuatan abang adalah kekuatan sayang dan anak-anak. Sokongan, dorongan dan nasihat daripada sayang mengukuhkan keputusan yang diambil. Alhamdulillah abang punyai isteri yang amat penyayang dan solehah. Alhamdulillah abang punyai ummi kepada anak2 kita yang istiqomah mendidik dan memberi nasihat. Alhamdulillah Ya Allah. Nikmat dunia yang tidak terhingga. Moga Allah tetapkan hati dan iman kita, supaya segala apa yang kita lalukan didunia ini adalah untukNya. Terima kasih sayang.

Love,
Abang

nikshasha said...

soooo sweet laa korang berdua nih....alhamdulillah Allah kasi kwn mcm korang to us...

melatiblossoms said...

Sayang: All my love.....

Aisha: terima kasih sahabat, sentiasa mendoakan kebahagiaan yang sama buat semua sahabat..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails