Maal Hijrah 1431 disambut dengan kesedaran bahawa diri ini sepenuhnya milik Allah. Terlalu banyak bukti kekuasaan Allah yang tiada taranya berlaku dalam hidup kita. Rahmat Allah juga tidak terhitung. Jutaan syukur dipanjatkan, diberikan umur untuk menyambut dan beribadah di tahun baru. Kesedaran juga bahawa diri kita ini diciptakan semata-mata untuk beribadat kepada Allah. 'Abdullah'.
Leeds juga menyaksikan tumpahan rahmat salji yang menggembirakan hati-hati yang menanti penuh sabar dalam getaran kesejukan yang selalunya datang dulu sebelum salju.
Berjalan pulang bersama abah semalam, dengan tangan yang kemerahan dan muka yang terasa tebal dek penangan sejuk yang hebat, rupanya berbekal rahmat yang akan datang. Menjelang maghrib hujung tahun 1430 Hijrah, salji turun. Bertambah lebat selepas maghrib. Bermulalah tahun baru 1431 Hijrah. Semoga kita diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah sepanjang tahun ini dan dengan penuh hati yang sedar bahawa, hidup, tarikan nafas, kelipan mata dan degupan jantung ini semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Memperhambakan diri kepadaNya yang Esa. Bila tiba masa kita dijemputNya, semoga kita dijemput dalam diri penuh sedar bahawa mati itu juga kerana Allah.
perkongsian tentang 10 Muharam boleh di lihat di link ini
http://ummammar.wordpress.com/
Anak-anak, cukup gembira dapat merasai musim salji kali ini. Gambar-gambar sebagai kenangan sebelum kaki melangkah ke sekolah.
Today is a gift that we have to enjoy and be grateful to, tomorrow is something that we have to work very hard for, yesterday was a memory that we have to learn from.
Friday, 18 December 2009
Blossoms Memory - Maal Hijrah yang indah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
thia mengimpikan untuk merasai salji di bumi asing. belum ada rezeki lagi.
comel sangat anak2 ummi :)
salam maal hijrah ummi
InsyaAllah, satu hari, moga dimakbulkan impian thia, kalau ada rezeki datang lah sini, ummi ada lagi dua tahun thia... :):):)
anak-anak penawar hati InsyaAllah... Salam Maal Hijrah buat thia jua disana.....
nice...love it....(^_^)
Sonok no makan snow..hihi...Adussss...dah 8 tahun aku tak kena snow ni...dah naik hitam balik muka ni.....nanti balik msia bawak snow tu skit kat aku nak sagat kat muka ni kasi putih balik...kik kik
Salam Mahfudz:
Thank you.... sudi ziarah
Salam Dheroyan:
Hihihi, memang gerenti tak sampai, cuba bukak freezer, amik sikit ais kat situ , lebih kurang cam snow gak tu. Next year mai lah, airasia kan ada.....
Post a Comment