Thursday, 30 December 2010

Hanya untukMu - Nawaitu Lillahita'ala


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh buat anak-anak amanah dari Allah buat ummi dan abah. Terlalu banyak yang ummi ingin coretkan dan kisahkan untuk kenangan kita bersama, semoga ada yang menjadi bekalan buat ummi dan abah di alam sana yang kekal abadi. Doa ummi dan pesan ummi selari dengan ayat Allah ini, (2:132)

2:132

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Jihad kami menuntut ilmu di bumi UK ini penuh dengan mujahadah. Datang dengan sumber kewangan yang terhad. Keluarga kecil kita yang masih muda, seperti keluarga muda yang lain yang masih nipis simpanan kami. Banyak airmata yang tumpah. Mujahadah dalam menuntut ilmu.

"Abang, kita akan tunaikan Haji kita dari sini, kan?" berkali-kali soalan ini akan ummi ajukan pada abah. Bila rindu bertandang.

2008, Hajjah Siti Nurhaida, kawan baik ummi yang sudah lama kami bersahabat, menyampaikan khabar sudah mendapat surat jemputan sebagai tetamu Allah. Gembira, sedih, cemburu, gembira lagi berbaur. Ingin pergi sama.

"InsyaAllah sayang, kita sudah tanam niat dan azam, Allah akan datangkan buat kita pertolongan," Pujuk abah, silih berganti, sesuai dengan soalan yang sering di ajukan.

Ummi pegang teguh janji Allah, (2:214)

2:214


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Nawaitu sangat penting dalam sesuatu usaha yang akan kita jalankan, anak-anak.

Berniatlah, berniatlah kerana Allah ta'ala, pasti Allah akan menyuluh jalan kita dan memberikan bantuan dari segala sumber yang tidak kita sangkakan, Total Faith dan Total Surrender, InsyaAllah.

Tahun baru masihi ini ummi mulakan dengan banyak niat.... :)

Bersyukur kepada Allah, tahun 2010 yang berlalu penuh dengan makna untuk muhasabah diri. Terima kasih buat semua.................

Tuesday, 28 December 2010

Blossoms Memori - Anjakan paradigma di Majlis Suai Kenal




Assalamualaikum anak-anak yang ummi dan abah sayangi, penuh jiwa raga, walau sedalam mana pun kasih sayang ummi, takkan sedalam kasih sayang Allah S.W.T buat anak-anak, (10:58)

10:58

Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".

Berpeganglah pada tali Allah, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Insya-Allah, anak-anak tidak akan tersesat. Ingatan untuk ummi dan abah juga, selagi Allah masih meminjamkan usia.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur kepada Allah, kita diberikan kesempatan untuk mengikuti program perhimpunan musim sejuk (PMS) oleh MSM UK and EIRE yang bagi ummi dan abah sangat mengesankan buat kami. Ummi percaya program tunas taqwa yang dianjurkan untuk anak2 juga ada meninggalkan kesan positif.

Pertama kali ummi dan abah menyertai program seumpama ini di UK ini. Permulaan kembara kita, biar ada permulaan. Iman yang ada pasang surutnya, perlu sentiasa ada pemangkin yang menolak gelodak iman supaya sentiasa di atas. Entah kenapa, inilah pertama kali kami seperti baru berjumpa program seumpamanya, hatikah yang terhijab, atau peranan publisiti kah yang tidak sampai kepada mad'u? Wallahu'alam.

Ummi sangat terkesan dengan artikel Ustaz Hasrizal di sini [klik link]. Semoga ikatan ukhwah yang terbina dan akan terus berkembang seperti akar pokok yang sihat, terus bergerak jauh mencari ukhwah Islami yang lain, supaya kita dapat membina diri menjadi muslim yang sebenar. Semoga Allah menjadikan kita seorang mukhlisin yang bergerak dan berjuang hanya untuk Allah bukan sahaja di dalam kumpulan sendiri tetapi menggapai lebih ramai hamba Allah yang mencari-cari seperti kita sebelumnya. Anak-anak, kupasan Ustaz Hasrizal sungguh kena dengan tema untuk menjadi mukhlisin dalam perjuangan dan tarbiyah diri ini.

Alhamdulillah, wahai anak-anak, Allah ilhamkan dan hadirkan wadah untuk kita berjuang meningkatkan iman dan menjadi muslim yang sebenarnya. Semoga kita tidak menjadikan wadah ini sebagai pagar-pagar yang akhirnya tarbiyah itu hanyalah didalam lingkungan pagar tersebut sahaja. Sedangkan wadah itu adalah lebuhraya penghubung mengikat ukhwah satu iman. Lebuhraya antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Satu usrah dengan usrah yang lain, satu 'circle' dengan 'circle' yang lain, satu bulatan dengan bulatan yang lain. Apa saja nama wadah yang kita pilih, hanyalah pemudahcara untuk kita menyatukan ummah. Kerana bersatu kita teguh, seorang kita runtuh. Menjadi khalifah Allah. Menjadi mukhlisin InsyaAllah. Ingatan ini untuk ummi dan abah sendiri selayaknya, baru hendak berjinak, biar niat itu betul. Perjuangan ini hanyalah semata-mata kerana Allah, InsyaAllah. Semoga Allah menuntun hati-hati kita.





Jutaan terima kasih atas budi akhawat dan ikhwan yang bertungkus lumus menganjurkan PMS 2010 yang terakhir tajaan MSM UK dan EIRE kerana selepas ini, 'rebranding' sebagai IKRAM UK dan EIRE lebih tepat dalam merapatkan barisan membangunkan ummah ini InsyaAllah.

Catatan ringkas, rumusan yang remeh dari insan kerdil yang baru hendak berjinak di lapangan ini. Ya Allah jadikanlah kami-kami ini hambaMu yang Ikhlas, yang hendak digapai bukan pujian dari manusia, tapi pujianMu Allah, yang hendak digapai bukan pandangan manusia, tetapi pandanganMu Allah, tujuan kami ini Allah adalah RedhaMu. Semuanya hanya untukMu Allah.... tuntunlah hati-hati kami.

Friday, 17 December 2010

Hanya untukMU: Nur di wajah tetamu Allah.....


Assalamualaikum w.b.t, anak-anak ummi dan abah yang selalu di cintai dan di rindui. Semoga iman yang ada pasang surutnya ini terus pasang selalu. Iman itu tidak pernah dapat diwarisi, iman itu harus di cari, di kejar, di jejaki. Semoga benih-benih iman yang ditanam di jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi, tumbuh subur mengharumkan medan kebangkitan Islam sekali lagi. InsyaAllah.

Kembara ummi dan abah mencari redha Allah, menunaikan rukun Islam yang ke-5 tidak hanya bermula kebelakangan ini. Bagi ummi, mungkin cerita yang ini titik permulaannya, dan kesinambungannya membuak-buak di cerita ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesyuarat atau seminar yang dianjurkan oleh APMTTEMC Malaysian Chapter, menemukan kami. Dr. M dari Universiti di selatan tanahair. Raut wajahnya tenang, tutur bicaranya matang. Penampilan wanita muslimah bekerjaya yang berjaya. Wajahnya seperti bercahaya, sukar untuk ummi ungkapkan. Mesranya, seperti sudah kenal bertahun lamanya.

"Meh datang peluk akak, kata orang, orang baru balik Haji nie masih ada berkatnya untuk beberapa ketika." Riuh mulut beliau bersuara, mengajak kawan-kawan yang datang bersalaman, memeluk beliau.

Itu rupanya, nur di wajah tetamu Allah. Indah, sungguh indah, tak terkata. Nur yang menyebar rindu lagi.

Kami semua berebut bersalaman dengan beliau, dan tubuh kami beliau rangkul dan peluk erat, terasa ukhwah menyerap ke kalbu. Ya Allah, pandanglah kami ini, dan jemputlah kami menjadi tetamu ya Allah. Selepas tubuh lepas dari pelukan beliau, ummi memaling kebelakang, ummi seka airmata, kerana untuk kesekian kali rindu bertandang lagi. Rindu untuk sujud di rumah Allah.

Kami kutip pengalaman Haji beliau.

"Persediaan mental dan fizikal kena cukup. Banyakkan qiamullail dan istiqamahlah. Yang penting berkualiti."
"Jangan lupa, baca kisah-kisah tentang kenapa menunaikan haji ini merupakan rukun Islam ke lima."
"Tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Siti Hajar,"
"Jangan hanya menghafal rutin, tetapi tak tahu apa kisah sebenarnya, Dan sunah-sunah Nabi harus diberatkan".

Wajahnya seperti tersenyum, ada airmata bergenang dalam setiap butir cerita tentang Haramain.

Inilah intipati cerita beliau.

"Sayang. kita kena tanam tekad untuk pergi Haji secepat mungkin, kita kena kumpul duit dari sekarang," Tekad ummi ceritakan kepada abah, semasa pulang dari mesyuarat itu. Abah sudah pasti bersetuju, itu juga impian abah, mungkin rindu abah lagi lama bersarang dari ummi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Berita tentang ummi dan abah akan menyambung pelajaran ke UK, ummi sampaikan kepada Dr.M.
Ucapan Beliau: Selamat Berangkat dan pulang dengan ijazah dan pengalaman. Plan la tunaikan haji, Maybe masa Year 2.

Bergegar lagi rindu... beliau masih kental dengan rindu pada tanah suci itu, dan harum rindu itu beliau sebar-sebarkan pada kami yang lain. Dan tekad itu juga, berulang-ulang ummi dan abah sebutkan dan bincangkan sepanjang kami di sini sehinggalah Allah menjemput dan mengizinkan kami menjadi tetamuNya. Indah.

Dan tatkala ummi, menghantar email, memohon maaf andai ada tersilap dan salah, serta menghalalkan makan dan minum, sebelum kami berangkat menunaikan Haji, beliau tetap melontar motivasi dan semangat:

Alhamdulillah! Selamat berangkat wahai Tetamu ALlah SWT! Moga diberi kekuatan, kesabaran, kelapangan, utk laksana ibadah fardhu ini. Jaga pantang larang. Hayati sirah dan aktiviti haji. Banyakkan aktiviti bersama suami, di samping jaga pantang larang. Akhir sekali, mohon banyak2 keampunan dan doakan utk kesejahteraan dan kemenangan umat Islam seluruh dunia, terutama Gaza, masjidil Aqsa dan Palestin. Moga akhir hayat nanti, ALlah swt terima hajj ini sebagai mabrur.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ummi percaya, setiap orang yang menjadi tetamu Allah, ada cerita masing-masing sebagai titik mula menjana rindu pada Haramain, pada Baitullah yang menyentuh kalbu, pada Masjidil Nabawi yang tenang. Dan ini adalah sedikit dari cerita ummi.

Ummi dan abah akan suburkan rindu anak-anak untuk berjaulah mencari redha Allah, dan redha Allah itu boleh diraih di mana-mana, bila-bila masa juga dan berbagai cara berbekalkan iman di dada. Cuma, di sana, terasa lebih manis. Mari kita terus berusaha lagi.

Masih berombak-ombak rindu dalam dada.....




Wednesday, 15 December 2010

Blossoms Memory - 'Fagin' Humaira

Assalamualaikum anak-anak yang ummi cintai dan sayangi, semoga dengan kedinginan musim salji ini, mendinginkan hati anak-anak yang saban hari menanti ummi dan abah dari universiti. Penghujung ahun ketiga buat abah dan permulaan tahun ketiga buat ummi, semuanya menuntut ketekunan dan pengorbanan yang hebat dalam jihad fi sabilillah kita ini. Pengorbanan anak-anak juga besar, semoga Allah memberikan balasan syurga dan pahala orang yang berjihad juga buat anak-anak.

Hari ni, Hasya tidak ke sekolah, batuk yang hampir sebulan lamanya semakin bertambah kuat. Semalam cikgu telefon abah minta ambil Hasya di sekolah, Hasya batuk sampai termuntah. Sejuk sangat terpaka bemain di luar. Hari nie Hasya dapat cuti, seronok Hasya sebab tak perlu nyanyi lagu christmas di christmas show hari ni. Hasya nak jadi penonton saja.

Hafiy pula semalam, tengok filem karate kid sampai 4 kali. Aduhai, memang kena layan sajalah ummi dan abah. Yang tersentuh hati, bila sampai di babak, Jacky Chan menangis didalam kereta terkenangkan anak dan isterinya yang meninggal, Hafiy pun menangis sama, sambil pegang tangan ummi, Hafiy kata,
"Ummi, Hafiy sedih, dia punya anak dah 'die', mak anak dia pun 'die'....", sambil mengelap air mata sendiri...
Ummi pun pujuk Hafiy. Lepas tu Hafiy sambung lagi,
"Kenapa semalam ummi tak pujuk Hafiy masa Hafiy nangis?"
Alamak, cerita semalam pun masuk buku cerita hari nie, kisah semalam Hafiy merajuk lepas gaduh-gaduh dengan kakak-kakak, memang kalau gaduh dan menangis ummi tak pujuk. Ummi pujuk bila kena pada tempatnya. Hafiy, Hafiy semoga kisah-kisah ini mengundang senyum di bibirmu bila akal semakin penuh.

Dan hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kakak Humaira. Kakak dipilih untuk melakonkan watak 'Fagin', didalam sketsa muzikal 'Oliver Twist' sempena christmas show hari ini. Dalam perjumpaan dengan guru sebelum ini, Cikgu Kelas Humaira Miss Petty ada menyebut yang Humaira sangat suka menyanyi waktu latihan nyanyian. Dan Humaira sangat aktif di kelas. Kakak selalu sedia untuk 'involve' dengan aktiviti kelas. Ummi, abah dan adik-adik gembira membantu kakak menghafal skrip dan mendengar kakak menyanyi dirumah. Sayangnya, gambar dan video sewaktu persembahan anak-anak disekolah mereka tidak boleh direkod atas sebab-sebab keselamatan. Hmmm polisi di sekolah mereka. Pagi tadi ummi ada minta kebenaran dari cikgu kelas kakak, Mereka perlu berbincang dahulu, kalau dibenarkan ummi akan rekodkan, kalau tidak kakak kena berlakon dengan abah dan ummi rekodkanlah dirumah saja.

Salah satu nyanyian yang akan dinyanyikan oleh kakak dan kawan-kawan adalah seperti dalam youtube nie, Dan watak orang tua itu adalah 'Fagin' yang akan dilakonkan oleh kakak. 'Break a leg' ya kakak.... Ummi, Abah, Hasya and Hafiy love you.....

Tuesday, 7 December 2010

Memori Hati - Ya Rasulullah, kami merindu.....

Assalamualaikum w.b.t, anak-anak permata hati ummi abah, saham negara akhirat, tiada lah perkara berguna yang ditinggalkan oleh manusia yang dapat membantu seorang hamba Allah di alam kubur dan negara akhirat, melainkan 3 perkara, Ilmu yang bermanafaat dan memberi manafaat, harta yang diinfakkan dan anak-anak yang soleh solehah yang sentiasa mendoakan. Semoga kalian sentiasa mengingati ummi abah didalam doa kalian...

Sedang ummi sibuk menyusun ayat, mencari 'flow' dalam menulis laporan kerja-kerja ummi, tiba-tiba hati seperti tenggelam dan lamunan terus datang, membawa imbauan berkelana ketanah suci Madinah. Membawa lebih dekat dengan jasad sang pembawa seruan kepada agama yang haq, ad-deen yang sebenar. Rindu, rindu untuk dekat dengan tempat persemadian sang kekasih Allah, Muhammad ibni Abdullah. Terasa hangat di dalam dada. Kembali mecari-cari cerita tentang hebatnya para sahabat mencintai rasulullah. Allah... rindu.... sungguh rindu, kembali menyeka air mata yang tumpah...

Terpempan bila terpandang satu cerita, Dalam satu pertemuan antara sahabat-sahabat dengan rasulullah, baginda telah bersabda,
" Aku tersangat rindu kepada para ikhwanku."
Dan bertanyalah sahabat baginda,
" Ya, Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu? "
Rasulullah menjawab,
" Bukan, bahkan kamu adalah sahabatku, Sedangkan ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku,"

Ingin jadi orang yang di rindui oleh Rasulullah S.A.W? Pasti semua ingin menjadi yang di rindui oleh kekasih Allah....

Di dalam satu hadis sahih riwayat Muslim yang lain menyebut,

Dari Abdullah (r.a), katanya:
Datang seorang lelaki kepada Rasulullah S.A.W menyanyakan Rasulullah, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang menyintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?"
Rasulullah
S.A.W menjawab, " Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu. "

Ingin bersama-sama dengan Rasulullah di Jannah....

Semoga kita menjadi orang-orang yang menjaga sunnah dan mengamati serta mengikuti sunnah rasulullah dengan baik sehingga akhir hayat. Mengikut sunnah dengan baik adalah tanda kecintaan kita kepada kekasih Allah. Rasulullah menyatakan rindu pada ummatnya.

Biarlah kita menjadi al-ghuraba', asal Al-Quran dan As-Sunnah itu pegangan hidup kita. Ummi juga masih bertatih, masih belajar, masih jauh lagi dan terlalu luas ilmu ini harus ummi dan abah cari dan gali. Semoga Allah menunjukkan kepada ummi dan abah, anak-anak dan kita semua jalan yang benar dan lurus dalam, jalan orang-orang yang Allah kurnia nikmat, bukan jalan orang-orang yang Allah murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat. Aameeen...


Monday, 6 December 2010

Blossoms Memory - Minggu yang berbagai rasa

Assalamualaikum wbt buat anak-anak ummi dan abah yang dirindui, semoga diberkati dan dirahmati dalam selimut kasih sayang dari Ilahi.

Anak-anak ummi dan abah, Allah suka orang yang berdoa dan merintih, merayu. Walau bagaimana pun corak hidup kalian, senang, susah, suka duka, berdoalah semoga Allah sentiasa mengajar dan mengilhamkan kita bagaimana menjadi seorang 'abid yang benar-benar hamba Allah. Nabi-nabi Allah yang maksum juga banyak berdoa, merintih dan berzikir, banyak sekali ayat-ayat didalam Al-Quran yang menunjukkan doa-doa dari para rasul. Dan Allah juga menyatakan dalam firmannya, Al Quran (40:60)

40:60


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah kelana as-syabab mencari redha Allah masih tertangguh. InsyaAllah akan ummi nukilkan nanti buat tatapan memori anak-anak. Moga ada dari bahagian cerita yang dapat anak-anak buat sebagai contoh tauladan. Dan moga bahagian yang tidak elok di buat sempadan.

Minggu ini kita menghantar tok mak ke lapangan terbang. Dan pulanglah nenda anak-anak ke Malaysia tanahair kita. Mak cik sungguh gembira bukan kepalang (exaggerate sikit), hmmmm jeles sungguh kita kan. Suasana yang tergesa-gesa di lapangan terbang membuatkan kita tidak terlalu beremosional. Tapi, sehari dua sebelum ke lapangan terbang, sudah banyak airmata yang tumpah di Leeds, Hafiy dan Hasya yang banyak drama, kakak Humaira tetap dengan 'poise', tapi bila tok mak balik, memang merindu habis-habisan. Rindunyaaaaa tok mak. Masuk bilik tok mak hati rasa seperti luruh dari badan, mencium-cium mencari haruman badan ibunda. Selepas solat maghrib semalam, kata Hasya

"Selalunya kalau lepas maghrib tok mak tak turun, tok mak mesti tunggu sampai lepas isya' ..."
" Hasya nak tok mak...."

Aduhai anak.............................

Selepas hantar tok mak hari tu, kita singgah di Oxford untuk ziarah Cik Bahbibi dan keluarganya. Alhamdulillah, sangat gembira bertamu di Oxford. Tenang. Banyak perbincangan tentang sirah rasulullah, tentang pengalaman Haji, kebetulan Pak Cik Alfian(kalau tak silap nama) baru juga pulang dari mengerjakan haji, kata abah ziarah sahabat sambil mengambil berkat orang pulang dari haji. :):) Terima kasih atas layanan yang sangat hebat dari Cik Bahbibi. Terima kasih mak cik,(ibu Cik Bahbibi) menyambut kami berkain batik dan berbaju nipis dalam kedinginan subzero degree celcius, takut kami tersesat. Semoga ukhwah kita berkekalan. Terlupa nak mintak resipi ayam roasted, sedap sangat.

Bermalam semalam di travelodge, sebelum kita menyambung ziarah kita ke Leicester. Pertama kali ingin bersua muka dengan Cik Min, Cik Din, Muammar, Ayman dan sudah semestinya si cilik Mawaddah. Sudah beberapa kali sebenarnya ummi dan abah merancang untuk menziarahi Mawaddah. Namun siapalah kita yang merancang, kalau perancang yang Maha Hebat adalah Allah. Ziarah ini sangat bermakna, kebetulan jatuh pada hari lahir Mawaddah yang pertama. Sanah Helwah ya Mawaddah semoga membesar dengan sihat, semoga disembuhkan semua kesakitan. Semoga menjadi anak yang solehah.

Terima kasih Cik Min, sudi menerima kita sebagai tetamu, dalam kesibukan sebagai tuan rumah majlis harijadi Mawaddah dan dalam ramai-ramai orang , ummi masih merasai kehangatan ukhwah lewat alam maya. dan kini sudah bertemu muka. Terasa seperti sudah bersahabat begitu lama sebenarnya. Pertama kali memegang Mawaddah, Mawaddah seperti tidak selelsa, merengek Mawaddah dalam pelukan ummi. Kali kedua cubaan Memegang Mawaddah, Mawaddah sudah selesa dalam pelukan ummi, selesa selepas kenyang menyusu barangkali. Anak-anak memegang tangan dan mencium Mawaddah bertalu-talu. Hafiy dan Hasya terutamanya. Geram dengan Mawaddah yang duduk diam dipangku ummi. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan mujahidah kecil. Semoga Allah meredhai pertemuan dan ziarah ini InsyaAllah, Ukhwah fillah InsyaAllah. Makanan di kenduri-kenduri di UK ini selalunya memang hebat dan sedap-sedap belaka. Alhamdulillah nasi ayam, mee sup, dan puding2 yang sedap menjadi menu kita hari tu. Kalau ada rezeki, harap-harap Cik Min dan Cik din sekeluarga sudilah datang ke Leeds, InsyaAllah.

Syukur pada Allah, dapat juga anak-anak bertemu dengan Acik Zuriyati, yang sama-sama menjadi As-syabab dalam kelana ummi dan abah. Rindu sungguh pada acik Zu, selepas lebih 15 hari bersama-sama, terasa seperti kehilangan selepas pulang dari Mekah. Rindu sama-sama berjalan menuju Masjidil Nabawi, iktiqaf di sana, beribadat, sama-sama ke Raudhah, bersolat sebelah-sebelah di Raudhah. Dan banyak lagi memori kami bersama. Seronok Acik Zu bercerita pengalaman pertama melakukan c-section, dan yang paling penting, I-Phone 4, sungguh berkesan perbincangan di dalam khemah di Mina, perbincangan dua IT pro, Auntie Syeri dan juga Auntie Ina. About how gooooood is I-phone as compared to ehhmmm ummi dah tak ingat compared to apa.

Ummi juga bertemu kawan lama, seMRSM dengan ummi, Cik Sikin. Banyak memori yang kita imbau dan indah-indah semuanya. InsyaAllah bertemu lagi nanti.

Kenangan di Leicester menjadi semakin indah, bila ummi dapat bertemu dengan ummu_husna, Cik Aslina Jusin, isteri kepada UZAR. Ummi selalunya mengikuti tulisan beliau di blog beliau di sini. Alhamdulillah, tenang, itu pandangan pertama dari mata kasar, dan bila berbual dan berbicara, itu juga ungkapan mata hati... tenang dapat berbual dengan beliau. Senyum yang sentiasa menguntum.... semoga pertemuan pertama menjadi jambatan ukhwah kerana Allah. InsyaAllah.

Ramai lagi kenalan baru yang ummi jumpa di rumah cik Min, terima kasih cik Min sudi menerima kita sebagai tetamu dan menjadi penghubung kepada perkenalan-perkenalan baru. Semoga Allah mengurniakan pahala mengeratkan silaturrahim sesama muslim, InsyaAllah.

Pulang ke rumah malam tu berbekal nasi ayam... terima kasih cik Min.

Sampai dirumah, Hafiy terpaku dengan rancangan Ace of Cake di Food TV.. InsyaAllah akan ummi ceritakan kisah hari kek yang ekstrem.

Terima kasih Allah atas minggu yang berbagai rasa.... Alhamdulillah


Tuesday, 30 November 2010

Blossoms Memory - November Blues? Naahhh





Assalamualaikum mujahid dan mujahidah kecil ummi dan abah, semoga kalian dalam kegembiraan diulit kesejukan musim bersalji.

Alhamdulillah, saat ini bumi Leeds diselimuti hamparan permaidani kiriman Allah. Gembira kalian bukan kepalang, ummi dan abah juga tumpang tersenyum melihat lebarnya senyuman kalian. Perjalanan ke sekolah sekarang semakin mencabar, terlalu banyak perkara yang menarik hati anak-anak. Seperti, bermain snow dan snowball fight. perjalanan yang mengambil masa hanya 15 minit, bertukar menjadi setengah jam. Mulut ummi perlu lebih banyak exercise, supaya anak-anak fokus untuk berjalan ke sekolah, bukan hanya bermain-main. Abah, fokus bermain dengan anak-anak... Hmmmm... saling lengkap melengkapi kan.... :)

Masa ummi dan abah mengerjakan haji, Alhamdulillah ingatan kepada anak-anak itu sentiasa ada, rasanya beberapa kali berbicara tentang anak-anak dengan kawan-kawan, tetapi itu bukanlah topik yang menjadi kegemaran semua orang di situ. Mungkin kawan-kawan sibuk dengan ritual Haji, terpaksa melayan ummi yang teringatkan anak-anak. Jadi tidak terlalu banyak topik anak-anak yang dibicarakan, maka tidak terlalu banyak rindu yang mencengkam. Ingatan sentiasa ada, cuma rindu tidak menggigit seperti selalu, kalau ummi berjauhan dengan anak-anak. Abah juga kelihatan begitu.

Doa ummi panjatkan selalu, supaya rindu anak-anak pada ummi dan abah tidaklah sampai memudaratkan. Biarlah rindu yang bertamu di hati kalian rindu yang mendamaikan. Alhamdulillah, dengan kehadiran tok mak, auntie noni dan kak yong, banyak masa kalian terisi. Syukur ummi panjatkan pada Allah, kerana menghantar insan-insan istimewa ini berada dengan anak-anak.

Hari terakhir di Mekah, tika itu, perasaan rindu yang lama dibenamkan di sudut hati, membuak keluar. Mengisi penuh ruang hati. Tatkala itu anak-anak, terasa seperti ingin bersayap dan terbang memeluk tubuh-tubuh kecil kalian. Mencium pipi-pipi yang merah, mendakap kalian dalam selimut tebal sambil bercerita tentang kisah-kisah kegemaran kalian. Allah itu Maha Berkuasa, hatta sehalus-halus perasaan itu juga Allah yang tadbirkan. Allah susun cantik perasaan itu. Dan bilamana ummi dan abah sampai di awal pagi, (4.00 pagi) dan kalian masih lena diulit mimpi indah, luruhlah semua kerinduan yang bersarang. Gembira, bahagia. More than content. Satu persatu, tubuh kalian ummi dan abah rangkul dan cium. Alhamdulillah. Allah beri kesempatan bersama anak-anak lagi.

Anak-anak, terlalu banyak yang ingin ummi tuliskan buat tatapan memori kalian mengenai ibadah yang ummi dan abah lalui, terlalu sukar pula ummi rasakan untuk menekan satu persatu kekunci keyboard, ummi masih tenggelam dalam perasaan yang sukar di tafsirkan.... tak mahu keluar.

InsyaAllah, bila perasaan ini lebih reda, dan 'sinking feeling' ini berkurang, ummi teringin sangat melakar memori indah menjadi syabab yang mencari redha Allah. InsyaAllah....

Friday, 26 November 2010

Hanya untukMU: Dimana patut ummi mulakan?

Assalamualaikum anak-anak soleh solehah kecintaan ummi dan abah, bakal penghuni syurga firdausi, InsyaAllah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kira-kira 2 bulan sebelum ummi dan abah menghabiskan program master kami di Bradford pada
2003, abah bertanyakan ummi, tentang tempat percutian buat ummi, abah dan kakak Humaira yang berusia kira-kira setahun 3 bulan ketika itu. Dengan duit yang berbaki, ummi dan abah perlu membuat satu pilihan percutian saja. Pilihan pertama: Mengerjakan umrah semasa transit untuk pulang ke Malaysia. Pilihan kedua: Bercuti ke eropah bersama kelana konvoi. Abah beri ummi 'the honour' untuk membuat pilihan, disebabkan kedua-dua tempat dalam pilihan itu telah abah pergi. Mengerjakan umrah sudah dua kali, pertama bersama tok-tok dan tah semasa abah di tingkatan 3, dan yang kedua semasa abah selesai undergraduate study di York, abah pergi mengerjakan umrah bersam rakan-rakan sepengajian beliau. Percutian ke eropah, bersama rakan-rakan abah menaiki keretapi semasa cuti semester beliau.

Sebelum ummi buat keputusan, abah terlebih dahulu memberi saranan,

"Suasana Europe, sama saja macam di UK ni yang, scenary, weather, the people, tak banyak beza", ucap abah.
"Mekah dan Madinah lain, tak sama, " abah tekan butang 'pause' tanpa menghuraikan lebih lanjut, tergantung. Permainan minda yang bijak. Rupanya ada rindu yang bertamu didada abah pada tanah suci yang dua itu.

Semestinya ummi akan memilih bukan yang biasa-biasa saja, bukan yang sama saja, sudah semestinya ummi memilih yang ada kelainan.

Bermulalah proses kami mengunjungi satu travel ajen, ke satu travel ajen. Alhamdulillah, Allah izinkan ummi dan abah serta kakak Humaira untuk menunaikan umrah melalui Crown travel agency, Bradford. Alhamdulillah, perjalanan pulang ke Malaysia menggunakan Saudi Air, dan transit di Jeddah. Transit di Saudi selama 7 hari. Tiket penerbangan dibeli sendiri dan akan di 'claim' dari penaja selepas pulang ke tanahair. Semua urusan berjalan lancar sekali. Alhamdulillah.

Pandangan Pertama:

Pandangan pertama pada tanah gersang saudi, sudah mencengkam hati... tanah yang sama di huni insan yang amat dirindui, Rasulullah S.A.W. Melihat banjaran bukit dan gunung-gunung berbatu dikiri kanan jalan dari Jeddah menuju Madinah merenggut hati, betapa gigihnya nabi Allah semasa hijrah baginda dari Mekah ke Madinah. Allah...... Allah... Allah...

Terlelap juga kami 3 beranak dek kepanasan bumi sebelah sini. Kereta sewa yang dinaiki tiada penghawa dingin, cuma tingkap dibuka luas untuk membenarkan angin haramain masuk kedalam kereta mendinginkan badan yang berpeluh.

Kami hanya betul-betul terjaga bila sudah sampai didepan hotel. Bila menoleh ke belakang, Subhanallah, hotel kami hanya beberapa langkah dari masjidil nabawi. Subhanallah. Madinah tenang, damai. Kami mewah membasahkan tekak dengan air zam-zam. Mak dan mama pesan, sentiasa berdoa untuk Allah berikan kesihatan, badan yang cergas melakukan ibadah. Kemudia minum air zam-zam banyak-banyak, mandikan Humaira dengan air zam-zam. Kerisauan mereka pada sang cucu yang kulitnya hanya mengenal sejuk. Alhamdulillah, bekalan air zam-zam tak pernah putus, susu humaira pun ummi buat guna air zam-zam waktu itu.

Selepas ziarah di Madinah, Ummi dan abah serta kakak Humaira bertolak ke Mekah, perjalanan yang mengambil masa 6 ke 8 jam. Berihram di Bir Ali. Pandangan pertama pada masjidil haram, jatuh hati, jatuh cinta, berbagai rasa, tummy cramp.... berdebar.

Malam tu juga abah ajak laksanakan umrah. Masuk Masjidil Haram melalui bab As-Salam. Pesan orang tua, masuk rumah orang jangan terintai-intai, tak manis. Begitu juga masuk rumah Allah, walau hati menjerit2 ingin melihat sendiri Baitullah yang dibangunkan Nabi Allah Ibrahim, adab sopan harus kena jaga, jangan terintai, jalan menunduk mengangkat mata bila sudah dekat, Allah... Allah... Allah... Allah.... mengalir airmata tatkala pandangan pertama jatuh pada Baitul 'Atiq... jantung berdebar luar biasa... Allah... Allah.. Allah... sukarnya untuk diungkap dengan kata-kata. Humaira dipelukan abah hanya memandang ummi tidak berkata. Dan kami melaksanakan umrah dengan hati yang penuh.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejak itu hati terpaut...
Sejak itu hati terikat...
Sejak itu hati tak pernah berpaling...
Tanah ini akan kita jejaki lagi...

Bila dengar orang pergi umrah, air mata jatuh.... entah kenapa... rindu barangkali.... iya rindu sebenarnya...
Bila terpandang gambar-gambar di sana... air mata begitu murah, terasa ingin terbang dan kemudian duduk berdiam di Raudhah,... dekat dengan jasad Habibullah... Rasul tercinta.
Bila terpandang sahaja rumah Allah... air mata mencurah, terasa jasad seperti ringan, merindu untuk merasai medan tenaga sewaktu bertawaf... luarbiasa... luarbiasa... luarbiasa... bukan biasa-biasa saja.

Sejak itu anak, ummi dan abah sentiasa merancang untuk pergi kesana lagi.... Mekah Al Mukarramah dan Madinatul Munawwarah............ pergi itu sebagai pengabdian diri seorang hamba ingin dekat dengan penciptanya, secara total dan ekslusif....

Thursday, 25 November 2010

Memori Hati - Heavy 1431

Alhamdulillah....
Alhamdulillah....
Alhamdulillah....

It's like being in an olympic.. spiritual olympic, emotional olympic, physical olympic... and with all the olympic crowds.. with one objective in heart and mind and actions, for the pleasure of AlMighty Allah s.w.t

Heart is still heavy, mind is still heavy, and actions are still heavy with all the momentums and all the electromagnetics energy of charging and recharging, spiritual, emotional and physical.

Dear Allah, don't want this feeling to go away, don't want this weight to be lifted, don't want this energy to be discharge.

O.. Allah, please make our ibadah an acceptable ibadah, please make this ritual an acceptable ritual to reach mardhatillah, please make our children and their children as the people who perform salah and the people who observe the sunnah closely and at their best. O.. Allah please do invite us again to this holy land, as you promise that any suplication is a granted suplication.

Missing the Baitul 'Atiq, Missing the green kubah.........

Friday, 29 October 2010

Memori Tadabbur Al-Quran - Suratul Ma'un


Salam Jumaat yang berkat buat anak-anak kecintaan ummi,

Anak-anak yang soleh dan solehah lagi taat kepada Allah dan rasulNya, mentaati ibubapa dengan mengharapkan keredhaan Allah, terlalu lama menyepi ummi rasakan diri ummi dari menitipkan satu dua kata buat tatapan memori kalian.

Saat ini ummi dan abah tengah melatih mode'redha' yang redha itu lebih manis dan bermakna bila kita letakkan di tempat yang betul. Tempatnya di mula kisah bukan diakhiran kisah. Penantian yang mendebarkan ini di harapkan berakhir dengan kegembiraan, andai bukan gembira sekarang yang tertulis di Lauhul Mahfudz, ummi dan abah perlu redha untuk mendapatkan kegembiraan di negeri abadi. InsyaAllah.

Saat ini anak-anak di hiburkan dengan tok mak yang bersama-sama kita. Cuti ini, kalian hanya habiskan masa dirumah. Sungguh ummi dan abah meminta maaf tidak dapat meluangkan masa yang banyak dengan anak-anak, melainkan seusai subuh kita, kita habiskan dengan tadabur ringkas Al-Quran dan tazkirah ringkas. Dan juga selepas isya' kita, meluang masa berehat bersama. Hanya Allah yang dapat membalas jasa ibunda ummi yang berhabis tenaga dan masa bersama kita, meringankan beban ummi dan abah yang berjuang fi sabilillah InsyaAllah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi ini kita mentadabbur Suratul Ma'un dan Suratul Qadr setelah semalam anak-anak menghafal surah-surah ini untuk kelas hafazhan di masjid petang nanti. Ummi fikir lebih baik kita menghayati maksud ayat-ayatnya. Selesai solat subuh kita, anak-anak berkumpul bersama ummi dan abah mendengar cerita Surah Al Ma'un mulanya, Hasya mulakan dengan hafazhan nya, kemudian Ummi membaca terjemahannya.

Ayat ini diturunkan kepada kaum munafik di zaman nabi dahulu, dimana orang-orang ini apabila diminta tolong oleh kaum muslimin, mereka enggan dan mereka juga tidak membantu anak-anak yatim malah mengherdik anak-anak yatim itu. Orang-orang munafik ini juga hanya solat untuk menunjuk-nunjuk dan riak, dan mereka selalu lalai dalam solat mereka tidak menjaga waktu solat mereka. Orang-orang ni Allah kata, orang yang tidak mempercayai hari akhirat, sebab dia sanggup buat macam tu, celakalah orang-orang ini.

Alhamdulillah, anak-anak dapat 'relate' cerita ini dengan kehidupan seharian anak-anak. Muka Hasya yang memerah bila diceritakan bahawa Allah mengatakan 'Kecelakaan besar bagi orang yang solat', sedang kan solat itu hanya untuk riak dan solat itu dibuat sambil lewa.

'Ummi, before this I don't know' Jawab Hasya.

'If you don't know it's ok, but now you know, you can't just tease each other during solat, you should really take care of your solat, ' Jawab Ummi.

'Kita kena mintak maaf dengan Allah, kan for all the things we've done before that we don't know?' Tanya kakak pula.

Hafiy kelihatan ingin menyambung cerita tentang kakak-kakak yang ketawakan dia semasa solat Maghrib dan Isya' malam sebelumnya. Sedangkan kakak-kakak jadi ketawa kerana gelagat Hafiy juga. Hafiy tersenyum bila cerita terkena batang hidung sendiri. Anak, anak. Semoga kalian dapat mengutip secebis faham dalam kehidupan beragama.

Persoalan anak-anak, kembali semula.

'Munafik tu apa?' persoalan serentak dari anak-anak.

Ummi menerangkan dengan ringkas sesuai usia anak-anak, semoga penerangan ummi ini tidak terpesong dari maksud nya.

'Munafik tu, orang yang buat sesuatu, contohnya kalau dia solat, dia nak tunjuk-tunjuk jer, bukan sebab Allah, pastu nanti dia pegi sekolah dia kata kat kawan dia, you know I solat everyday, do you solat?'

'Itukan menunjuk2, show off. Allah tak suka, Kan Allah dah bagitau dalam surah ni Al-Maun'

'Lagi munafik ni, kalau kita ada duit contohnya, kita patut sedekah, bagi kat orang miskin juga, (belum cerita bab zakat, ini akan memanjangkan lagi tazkirah dan tadabbur pagi ini), tapi kita tak nak bagi, itu orang munafik juga, kata orang Islam tapi tak nak ikut ajaran Islam yang sebenarnya, tak nak ikut perintah Allah keseluruhannya, tak nak ikut contoh nabi Muhammad, itu orang munafiklah.'

'Allah kata, orang-orang ni seperti tidak percaya pada agama dan hari pembalasan, Allah tak suka orang-orang macam ni, they are in big trouble when they see Allah nanti'.

'Orang ni semua masuk neraka ya ummi?' tanya Hafiy.

Anak-anak bersetuju, yang untuk menjadi hamba kesayangan Allah, 5 contoh yang diterangkan dalam ayat ini patut di buat sebagai peringatan untuk tidak diikuti. Berbuatlah sebaliknya untuk menggapai redha Ilahi.

Semoga solat lima waktu yang dilakukan oleh anak-anak lebih bermakna selepas ini InsyaAllah. Penuh azam untuk menjadi orang yang di cintai Allah, bukan orang yang di murkai Allah.

InsyaAllah ada masa lapang akan ummi ceritakan memori mentadabbur surah Al-Qadr dan surah Al-Kafirun bersama abah, di subuh Jumaat yang lalu.




Wednesday, 13 October 2010

Memori Hati - Detikan Hati

Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa kami,
tetamu datang membawa rahmat,
kata orang tak lama, tapi cukup menebar rahmat,

Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa kami,
ibu dan bapa datang, membawa rahmat,
kata orang, rahmat yang datang bersama ibubapa, panjang...
selama mereka bersama kita....

Patutlah wahai ibu-ibu dan bapa-bapa kami,
hidup terasa penuh cahaya,
hidup terasa tiada gundah,
hidup terasa berjalan indah,
sejak kalian hadir membawa bersama rahmat Allah,

Terlalu banyak doa kalian yang dimakbul Allah,
tiada penafian....
terlalu banyak doa kalian....
Allah, gerakkan hati kami untuk berdoa buat ibu dan ayah kami sebanyak mereka berdoa buat kami anak-anaknya....
Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Pemilik hati-hati manusia,
Pentadbir alam semesta,
Takkan bergerak sesuatu apa walau sebesar zarahpun tanpa keizinan dari MU Allah,
gerakkanlah hati kami untuk berbakti buat mereka ibu-ibu dan bapa-bapa kami.

Aameeen....

Tuesday, 12 October 2010

Hanya untukMU: Nabi Ibrahim dan Haji (1)


Assalamualaikum anak-anak yang soleh dan solehah,

Di malam pekat ini, ummi teringin sekali mencoretkan sesuatu buat tatapan memori kalian. InsyaAllah semoga bakal ada menjadi bekal bermanafaat buat anak-anak di hari muka. Ummi, menilik-nilik Tafsir Quran perkata yang dilengkapi dengan asbabun nuzul dan terjemahan. Dan kali ini, perkara yang ummi dan abah tadabburkan adalah berkenaan haji dan umrah.

Rukun Islam yang kelima.

Haji dan umrah diceritakan didalam beberapa surah di dalam Al-Quran dengan terang dan jelas. Bermula dengan perintah Allah kepada Nabi Ibrahim a.s untuk membina semula kaabah di Mekah. ditempat di mana Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan Ismail atas perintah Allah sebelumnya. Nabi Ibrahim, bersama Ismail anaknya terus membina kaabah dengan hati yang ikhlas, walaupun diketika itu Mekah adalah suatu tempat padang pasir yang gersang dan kontang.

22:26

Al Quran (22:26)

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).


2:125

Al-Quran (22:125)

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud"


2:126

Al-Quran (22:126)

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".

2:127
Al-Quran (22:127)

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;


Allah, didalam kitab Al Quran ini juga menyatakan tentang betapa Baitullah itu adalah tempat yang pertama dibangunkan sebagai tempat ibadat. Bukanlah seperti yang dikatakan oleh orang yahudi dan nasrani bahawa tempat ibadat yang pertama adalah di Baitulmaqdis.

3:96
Al Quran (3:96)

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Tempat yang jauh. Pastilah terfikir, bagaimana tempat yang kering ini bakal menjadi tempat beribadat umatnya. Tetapi, siapalah baginda untuk menidakkan perintah Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Perintah dilaksanakan. Kaabah siap dibina, dan Allah memerintah Nabi Ibrahim menyeru semua manusia datang ke situ untuk beribadat dan Allah berjanji di dalam Al-Quran seperti berikut.


22:27

Al Quran (22:27)

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

Sesuatu yang kelihatan mustahil saat itu, tetapi janji Allah itu benar, sehingga ke hari ini manusia datang berbondong-bondong mengerjakan Haji, menunaikan rukun Islam yang kelima dan mengambil pengiktibaran dari ibrah kisah Nabi Ibrahim a.s.

Manusia datang bertalbiah, bertahmid, bertasbih, memuji kebesaran Allah, sahut menyahut diantara hari-hari tashriq, mengalun-alun pengakuan menerima seruan dari Allah yang disebut dalam ayat 27, surah Al-Haj, seperti yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim.

Ya ya Allah kami menyahut seruanMU ya Allah, (memenuhi dan mematuhi perintah Mu)
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.



(credit to: youtube)



(credit to: youtube)

Bila ustaz bercerita betapa keraguan di hati Nabi Ibrahim terjawab sehingga ke hari ini dan di sahut-sahut dengan talbiyah oleh jemaah haji, terasa mengalir air mata. Betapa kerdilnya manusia untuk mengetahui rahsia Allah. Betapa setiap perancangan Allah itu ada manafaatnya. Yang mungkin kita sendiri tidak mengetahui saat ia sedang berlaku, tetapi manafaatnya datang dikemudian hari. Keyakinan penuh (total faith), bahawa Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia dan semua perancangan Allah itu lebih hebat adalah amat penting untuk kita yakini. Ini termasuk di dalam rukun iman yang ke-enam. Percaya kepada qada' dan qadar.

Anak-anakku, andai ummi tiada dikalangan kalian saat kalian berdepan dugaan, ingatlah janji-janji Allah di dalam Al Quran, bukalah ia dan tadabburlah setiap ayatNya. Tiada tercapai akal manusia untuk menafsir kisah dari dugaan saat ia berlaku.

Nabi Ibrahim, melalui banyak dugaan yang berat dan terlalu besar yang Allah izinkan atas seseorang nabi. Dan Nabi Allah ini berjaya mengharungi ujian-ujian itu dengan hati yang penuh kebergantungan dan pengharapan kepada Allah. Begitulah kita juga anak, seharusnya kebergantungan penuh (total surrender) itu adalah di berikan kepada Allah.

Monday, 4 October 2010

Wajah baru teratak memori







Assalamualaikum anak-anak kecintaan ummi dan abah,

Doa ummi, semoga kita semua menjadi ahli-ahli taman Raudah didalam Syurga Allah. InsyaAllah. Begitu banyak yang ummi ingin coretkan sebagai kenangan anak-anak. Terlalu sedikit pula kelapangan masa yang Allah kurniakan untuk ummi melakar kenangan disini buat anak-anak.

InsyaAllah, bila ada masa yang lebih lapang sedikit akan ummi tulis kenangan cerita kita di sini buat masa ini. Dan ketika ini ummi masih lagi berperang dengan slides untuk seminar berkumpulan. Ummi dikehendaki untuk membentangkan tentang kerja-kerja kajian ummi setakat saat ini.

Abah pula baru selesai menghadiri konferens dan membentangkan kajian beliau di Paris baru-baru ini. Urusan Visa pula bermain-main difikiran abah.

Humaira, Hasya dan Hafiy sekarang seronok bersekolah. Alhamdulillah. Banyak cerita. Akan ummi ceritakan InsyaAllah.

Tok Mak masih bersama kita di sini, melalui musim luruh yang indah. Terlalu indah bila ada tok mak bersama, terasa semua kerja dan kehidupan kita dilimpahi dengan keberkatan keberadaan seorang ibu. Ummi sangat menyintai tok mak sepenuh hati. Dan anak-anak juga amat menyintai tok mak.

Semoga kita semua istikhamah dalam meningkatkan iman dan takhwa. Semoga momentum ramadhan yang baru berlalu terus kita kekalkan dibulan2 yang mendatang ini. InsyaAllah.

Friday, 24 September 2010

Memori Hati - Blood is thicker than water


Whatever it is, he is always there for us. He is always proud of us. He always stand by us. Say whatever you want, say whatever you may, blood is thicker than water.

I am proud of you dad, whatever it takes and whatever it is.


Tuesday, 21 September 2010

Memori Hati - Falling for Falls



Allah,
Terima kasih, musim luruh datang lagi..
Kilauan emas dedaunan,
merah jingga di dahan yang lain,
Ungu yang menjerat mata, menari-nari ditiup angin,
satu saat kan jatuh menghias bumi.

Ya Allah,
begitu juga hati hambaMU ini,
Bak warna dedaunan itu,
begitu banyak ruang lingkup perkara berlainan warnanya,
perlu juga di singkap satu persatu,
Begitu banyak warna resah yang merenggut tenang didada,
Sungguh Ya Allah,
Yang ku dambakan hanyalah redhaMU
Dan hambuMU ini tahu ya Allah,
Satu saat kan terungkap satu per satu
kan datang makhluk yang bernama 'tenang' menghuni jiwa,
HambaMU redha...
Dan dambaku hanya RedhaMU,
PertolonganMU kan datang jua.
InsyaAllah....
Ku yakin sekali Qalam MU ya Allah..
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu (Ghaafir: 60)"

Wednesday, 15 September 2010

Blossoms Memory - Hafiy's first day at big people school

Assalamualaikum wbt buat anak-anak ummi yang ummi cintai, semoga saat kalian membaca cerita ini, iman kalian adalah di tahap yang terbaik.

Lama ummi memeram cerita Hafiy. Hafiy yang sangat-sangat teruja untuk bersekolah 'at big people school'. Setahun yang berlalu, Hafiy bersekolah separuh hari di nursery sekolah yang sama. Pendidikan awal disini bermula sejak anak-anak berusia 3 tahun. Peringkat nursery. Bila genap 4 tahun atau lebih di bulan September, anak-anak akan memulakan sessi persekolahan penuh, yang dipanggil Reception. Bermula pukul 8.55 pagi sehingga pukul 3.15 petang. Bilik kelasnya juga disekitar kawasan 'Primary class' yang lain. Oleh itu datangnya term 'big people school' dari Hafiy.

6/9/10, bermulalah episod baru untuk insan bernama Hafiy Addin Hizamel. Pastinya ummi dan abah temankan Hafiy ke sekolah untuk hari pertama ini.

Awal-awal lagi ummi dan sangat syahdu, sangat, rasa macam nak melepaskan anak ke dunia yang lain. Dah besar anak ummi. Big boy dah. Sedih sangat. Tak terbayangkan. Begini rupanya perasaan ibubapa. Masa kakak Hasya dan kakak Humaira dulu pun beginilah juga perasaannya.

Ummi berkongsi perasaan dengan kawan-kawan di facebook, dan ramai juga rupanya ibubapa yang merasakan seperti yang ummi rasa. :)


Bila ummi merungut, Hafiy tak nak cium ummi depan cikgu-cikgu Hafiy, abah kata
"Dia confuse tu macamana nak behave, sama ada nak behave macam small kids or macam big kids, dan dia tak tahu how big kids should behave,". Kata abah sambil tersenyum pada ummi.

Alhamdulillah, Hafiy gembira bersekolah, sistem appraisal/ penghargaan yang dijalankan disekolah-sekolah sini amat berkesan, sistem pemberian sticker untuk berkelakuan baik dan terpuji, bantu membantu. Anak-anak bersungguh-sungguh, mereka perlu nampak sesuatu yang berbentuk materi untuk penghargaan. Kita kan juga begitu, naik pangkat, gaji naik imbuhan untuk bekerja keras. Jadi dimana pula salahnya jika sistem itu diberikan buat anak-anak. Bila kita ajukan pada mereka, buat baik, tolong menolong dan bantu-membantu nanti Allah bagi pahala, mereka mahu, tapi sukar untuk meninggalkan kesan pada umur begini. Pulang dengan sticker di baju, pulang dengan 'star of the day', membuatkan senyum yang terukir dibibir Hafiy lebih manis......

Berbalik kisah Hafiy, Lately Hafiy dah tak bagi panggil Hafiy dengan baby, kena panggil abang Hafiy. Dua tiga hari baru-baru ni, Hafiy tengok Karate Kids, dan ada satu bahagian dimana ibu 'Jayden' memanggilnya dengan 'baby', Hafiy terus bertanya,
"Kenapa mum dia call dia baby?, Diakan dah big boy,"
"Big boy pun boleh panggil baby jugak, sebab mum dia sayang sangat kat dia, Ummi panggil Hafiy baby ummi ya?," Jawab ummi,

Kali ini Hafiy mengangguk. Proses pembelajaran yang panjang duhai anak. Membesarlah anak, menjadi mujahid, menjadi satu titik pada kemenangan Islam dimasa hadapan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pernah suatu ketika seorang pelajar Imam Syafi'e bertanyakan beliau (Novel sejarah Islam karangan Abdul Latip Talib, link rujukan beliau didalam novelnya.)

""Wahai guruku, apakah pandangan tuan mengenai bermusafir?"

Dan Imam Syafi'e menjawab

"Pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan. Pasti kamu memperoleh semula segala apa yang kamu belanjakan. Hidup pasti terasa nikmat selepas kita bekerja keras dan kuat berusaha ketika berada ditempat orang. Tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati. Seekor singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya apabila ia keluar dari sarangnya. Anak panah tidak akan mengenai sasaran sekiranya tidak dilepaskan dari busurnya. Sekiranya kamu meninggalkan tempat kelahiran kamu bagi memperoleh kedudukan yang mulia ditempat yang baru, kamu umpama emas yang sudah disepuh lagi tinggi nilainya."

Kemudian katanya lagi, "Tinggalkanlah kampung halaman nenek moyang kamu. Jangan gusar dengan perpisahanmu dengan sanak saudaramu. Minyak ambar yang harum itu asalnya hanya kotoran binatang, tetapi selepas berpisah dari tempatnya, ramai orang menyukainya. Celak mata itu berasal daripada batu di tepi jalan. Tetapi dapat menghiasi kelopak mata manusia selepas meninggalkan pinggir jalan itu."

" Pergilah bermusafir mencari kemuliaan, kerana dalam pengembaraan itu ada lima kelebihan iaitu menghilangkan kesedihan, membina penghidupan baru, memperoleh ilmu, menguatkan jiwa, dan dapat bergaul dengan ramai manusia daripada pelbagai ragam."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu masa ummi dan abah juga akan melepaskan kalian untuk pengembaraan dan musafir kalian nanti. Perlu redha.

Monday, 13 September 2010

Blossoms Memory - Doa Syawal Hasya

Solat Eidul Fitri di Grand Mosque (Humaira, Nabila dan Hasya) (pics credit to auntie ila-amin)




Assalamualaikum anak-anak yang soleh dan solehah,

Alhamdulillah ramadhan ini dapat di lalui dengan jayanya buat anak-anak. Ummi sangat bersyukur. Semoga pelajaran sabar, bertolak ansur, menghargai dan bersyukur yang anak-anak raih dalam 'sekolah ramadhan' yang lalu akan terus kekal dalam diri anak-anak.

Banyak cerita syawal kita, InsyaAllah kalau ummi berkesempatan, akan ummi coretkan buat kenangan anak-anak. Insya-Allah.

Yang terkesan, sehari sebelum syawal di Malaysia, kita kehilangan tok chaq yang kembali ke rahmatullah. Petang khamis, dan dikebumikan malam itu juga. Mak cik dan mak teh bertindak menjadi anak perempuan yang tidak pernah dimiliki oleh tok chaq. Mereka membantu memandikan, mengafankan dan menyempurnakan jenazah sebelum dikebumikan. Mereka bersyukur dikurniakan kesempatan untuk berbakti buat kali terakhir untuk tok chaq. Tok Mak sangat bersedih, kakak yang tinggal bersama tok mak hampir dua tahun, tidak dapat tok mak temui lagi sekembali ke Malaysia nanti. Hanya bacaan yassin dan tahlil dapat kita hadiahkan dari kejauhan. Terima kasih tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi hadir ke majlis Yassin dan tahlil. Maaf kami pohon, buat sahabat yang lain, kekangan masa dan ruang rumah yang sempit, alasannya.

Ummi masih ingat kita bercerita tentang kematian, anak-anak bertanya, 'orang yang tua sahaja ka yang boleh meninggal dunia?'

Jawapan ummi, 'Meninggal dunia ni boleh bila-bila masa saja, muda, baby, dewasa, kanak-kanak,' Bila sudah ditentukan masanya Allah akan ambil nyawa manusia.

Anak-anak diam saja. Semoga faham hendaknya

--------------------------------------------------------------------------------------------------

both piccas are credit to Lensa Hanim Awang - like her on fb if you like her work

2 hari anak-anak banyak menghabiskan masa di luar rumah, cuaca sekarang sudah semakin dingin, tapi anak-anak masih dengan baju yang selapis, tebal sungguh kulit ya.

Semalam, selesai majlis raya dari rumah sahabat ummi abah, Hasya kelihatan seperti kesejukan. 2 mangkuk ABC mungkin penangannya. Sampai dirumah, Hasya terus naik ke bilik bersama tok mak. Sekarang Hasya tidur sebilik dengan tok mak, Hasya kata Hasya nak teman tok mak sebab mak cik dah balik Malaysia. Good Girl Hasya ni.

Pagi tadi masa bersahur, tok mak bagitau ummi dan abah, yang Hasya tak boleh tidur malam tadi, hidung Hasya tersumbat dan Hasya beberapa kali terjaga dan menangis kecil. Badan Hasya juga seperti suam-suam.

Ummi terus kebilik dan memeriksa suhu badan Hasya. Hasya demam sedikit. Hasya tersedar dari tidur, mungkin disebabkan tangan ummi yang sejuk. Hasya sekali lagi merungut tentang hidung yang tersumbat, abah bawa naik 'Calpol' , paracetamol untul anak-anak, untuk Hasya. Kemudian ummi ajak Hasya tidur dengan ummi, Hasya tetap ingin tidur dengan tok mak.

Pagi ini semasa ummi, abah, kakak dan adik bersiap untuk ke sekolah, tok mak bercerita.

"Lepas bagi makan ubat Hasya semalam, dia tak boleh tidur jugak, dia tanya why ummi wake her up, now she cannot sleep anymore,"

"mak katalah, ummi nak check Hasya demam ka dak, pastu Hasya terjaga,"

"oooooo," jawab Hasya.

"Tok mak, Hasya tak boleh tidur ni, Hasya nak doalah tok mak," Kata Hasya.

"Doalah," Jawab tok mak.

" Ya Allah, hidup dan matiku hanya untuk Mu," Doa Hasya....... Ummi tak pasti, samada Hasya mengerti maksud doa Hasya itu sendiri. Tapi Ummi tetap mengaminkannya.

Ya Allah, syahdu pulak ummi rasa. Aameeen.... Semoga Allah memakbulkannya anakku.... Aameeen.....

Ummi dan abah perlu gigih menanam benih-benih dan membaja taman Addin., agama Allah ini dalam jiwa anak-anak.

Dan anakku, ummi berharap bila kisah ini kalian lawati lagi dimasa depan, ingatlah bukan sahaja kalian pernah berjanji di alam roh yang kita ini hamba Allah, dan hanya Allah sahaja kita sembah, dan setiap perintah Allah akan kita turuti, larangan Allah akan kita jauhi, tetapi juga pernah berdoa disaat diri masih putih bersih, yang hidup dan mati ini hanyalah untuk Allah sahaja.



Monday, 6 September 2010

Memori Hati - Mengejar 'lailatul qadar' di luar ramadhan

Jangan biarkan masa terlepas begini, ruang sentiasa ada untuk diri yang ingin berubah - credit to Lensa Hanim Awang.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Anak-anak soleh dan solehah yang ummi dan abah cintai. Alhamdulillah ramadhan ini kita sambut dengan meriahnya, bertambah berseri dan terasa berkahnya ramadhan tahun ini kita jalani bersama-sama tok mak. Alhamdulillah malam-malam dan siang-siang ramadhan juga kita meriahkan. Kalian tekun bersolat dan membaca Iqra'. Bersyukur ada tok mak bersama. Ummi dan abah terlalu sibuk dengan jihad kami. Ummi dan abah perlu lebih pandai bahagikan masa, selepas ini.

Ummi bercerita dengan kalian betapa sedihnya ramadhan bakal meninggalkan kita, betapa Allah melimpahkan pahala pada kebajikan yang kecil di dalam ramadhan tidak sama dengan bulan-bulan yang lain. Sedihkan. Alhamdulillah, sepertinya kalian faham.

"Ummi, I just wish ramadhan would be for another 7 or 8 days," begitu spesifik Hasya meluahkan rasa hatinya yang inginkan ramadhan lebih panjang.

"I love ramadhan," Kakak pernah meluahkan rasa juga.

Ramai orang menjadi semakin baik di bulan ini, ada yang sebelum ini kurang bersolat, lebih menjaga solatnya, ada yang sebelum ini jarang bangun malam berqiyam, berebut-rebut bangun, banyak maksiat yang ditinggalkan lebih kepada menghormati bulan yang mulia ini. Yang merokok, boleh berhentikan tabiat merokok itu di siang hari. Alhamdulillah, alhamdulillah.

Alangkah indahnya jika semua momentum perubahan dalam ramadhan itu kita kekalkan dan bawa bersmaa hingga kita berjumpa ramadhan lagi, InsyaAllah. Kerna yang patut kita hormati bukan bulan itu sahaja, yang patut kita hormati, takuti dan cintai adalah Pencipta bulan ramadhan itu. Allah azzawajalla.

Ayuhlah anak, peringatan untuk ummi dan abah sendiri, amalan ramadhan ini jangan hanya di sini sahaja. Semoga dapat kita teruskan hingga nafas dihujung nyawa.

Beza malam 1 ramadhan dan malam sepuluh terakhir ramadhan di Leeds Grandmosque. Sepuluh malam terakhir, masjid penuh sesak, beberapa khemah didirikan diluar kawasan masjid untuk menampung jemaah yang berterawikh dan bakal berqiyamullail di masjid. Dua qunutnya panjang dan dihiasi esak tangis, menahan hati yang meruntun kerana ramadhan bakal pergi. Allah, betapa saat ini ummi merasakan kecil dan sangat sedih kerana tidak memahami bahasa syurga ini. Khabar dari sahabat-sahabat yang berada di UK, begitu juga dimasjid-masjid sekitar kawasan mereka. Allah, indahnya.

Anak-anak, ketika sepuluh malam terakhir ini berlumba-lumba orang mengejar satu malam yang dinamakan lailatul qadar. Seperti yang Allah beritakan didalam Suratul Qadr. Ayat 1 - 5. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Subhanallah. Dalam pencarian itu, malam-malam indah di isi dengan solat-solat sunat, tahajjud, tasbih dan taubat. Malam-malam itu meriah dengan terdengar indah alunan-alunan ayat-ayat Al-Quran yang dilagukan oleh manusia. Zikir-zikir munajat yang silih berganti memuji Allah, indah. Indahnya malam yang Allah rahsiakan. Hikmah dirahsiakan.

Mula ummi terfikir yang orang dewasa macam kami ini juga perlukan satu 'upah' untuk melakukan ibadat-ibadat ini. Sedangkan kalau hati begitu ikhlas, ihsan dan kalau ada sedar dalam diri, yang hamba yang hina ini perlu sentiasa bersyukur dan beribadat kepada Allah, tidak kira apa 'upah'nya. Pasti malam-malam lain diluar ramadhan akan kita kerjakan seperti mengejar lailatul qadar. Sesungguhnya peringatan ini untuk diri ummi sendiri selayaknya. Bangunlah wahai diri, isilah malam-malam seperti kamu mengejar lailatul qadar dibulan ramadhan. Kotakanlah apa yang kamu katakan wahai diri. Sesungguhnya Peringatan ini buat diri ummi yang selalu lalai dan 'take things for granted', Allah... banyak sungguh khilaf ....

Ummi amat terkesan dengan peringatan Allah dalam ayat-ayat ini Surah As Saf 61:2-3


61:2
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61:3
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Takut Allah benci.......... Ingin Allah sayang....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails