Tok Rokiah, ibu kepada tok mak, iaitu nenek ummi adalah seorang pesara guru. Setiap hujung bulan tok akan pergi ke Bank Rakyat, disimpang jalan berdekatan Jalan Dewa, Sungai Petani untuk mengeluarkan pencen bulanannya. Tok, akan menyewa sebuah beca roda tiga untuk seharian pada hari tersebut.
Gambar beca roda tiga (kredit sumber)
Kebiasaannya, selepas mengeluarkan wang pencen tok akan balik rumah di Bakar Kapor. Tok akan ajak sama ada ummi atau mak teh untuk temankan tok membeli keperluan rumah untuk sebulan. Ketika kecil ummi tinggal dengan tok Rokiah. Buat teman kata tok. Inilah saat-saat yang paling terkesan dihati, hinggakan peristiwa inilah yang paling ummi ingat ketika kecil." Tok, kita nak pi kedai cina lagi ka...?"
" Ya, kita nak pi kedai cina, jom cek (ganti nama manja bagi orang utara) tukaq baju na..."
" Yey, yey, nak pi kedai, nak naik beca, nak beli ayaq (air) gas.."
Itulah antara penyebab keseronokan ummi untuk kekedai Cina di Kampung Raja, Pekan Lama Sungai Petani, yang jaraknya lebih kurang 5 km dari Bakar Kapor. Menaiki Beca dan juga minuman berkarbonat (selalunya Fanta Grape/ Strawberry). Minggu yang paling hebat setiap bulan.
Tempat duduk yang paling seronok sekali adalah dihujung bucu beca bahagian depan. Dapat melunjur kaki kebawah. Tok, dengan kain batik panjang, baju kebaya dan tudung selempangnya akan duduk dikerusi beca sambil tersenyum melihat cucu yang sangat gembira.
Tok paling suka berbelanja di kedai cina yang turun temurun dilanggan oleh kaum keluarganya dari pada ayah serta ibunya. Sedang masih banyak lagi kedai yang berjualan murah disekitar pekan Sungai Petani yang jaraknya hanyalah 1 km dari rumah tok. Mungkin tok sendiri, ada kenangan indah di Kampung Raja.
Masih terbayang-bayang saat indah itu. Dunia kanak-kanak yang tiada kerisauan padanya. Hidup dengan corak seharian yang dilakar oleh orang dewasa yang lebih merasa masinnya
garam, manisnya gula kehidupan.
'Anak-anak umpama kain putih, kitalah yang mencorakkan mereka. Lahirnya anak itu fitrahnya suci, maka ibubapalah yang membentuk mereka samada membesar sebagai muslim sejati. InsyaAllah'
Semoga ummi dan abah dapat mencorak kehidupan yang indah buat anak-anak pula. Aameeen.
4 comments:
Waa best cerita ni.. bagi Humaira, Hasya & Hafiy, mungkin mereka akan mempunyai lebih sisipan memori yang indah-indah yang tidak akan mereka lupakan semasa mereka berumur 3 tahun dan ke atas... Insyaallah.
InsyaAllah.....
Teksi (katanama ganti bagi beca)... kami naik teksi pi sekolah tadika masjid pekan.. lepaih tu sampai darjah 2 pi sekolah Ibrahim.. nak bagi ghamai boleh mot, pak cha (hat bawak teksi) boh galang papan kat belakang seat.. tempat tu la yang paling saya syok duduk pasai tinggi pada oghang lain..
hahaha, abang sharq, tadika masjid jugak ka, kira super senior la nie hik hik hik, kami ingat kat pak cha tu ingat........mot tu yang tak tahan, lama sungguh tak dengaq mot
Post a Comment