Allahuma innii a’uudzu bika minalhammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatiddaini wa qohrirrijaal.
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
(note: rujukan - http://alivewire.wordpress.com/2007/06/17/doa-menghilangkan-sifat-malas-dan-hutang/)
M....... sungguh malas,
Dah berminggu tak ada rasa cinta pada lab work, aduhai Allah kurniakan rasa rindu untuk terus bertamu di makmal laser ku itu....
Zauj ku, begitu bersungguh dengan simulasi projeknya, bilalah nak rajin macam buah hatiku, bilalah nak konsisten dan beristiqamah dalam menyintai kerjaku ini.
Langkah-langkah yang patut diambil:
1. Doa
2. Doa
3. Doa
4. Motivasi diri
5. Ingat ini amanah Allah dan negara
6. Ingat pengorbanan semua terutama, ibu ayah (berkorban rindu), suamiku(berkongsi rasa), anak-anak (berkorban masa).
7. Ibadah-ibadah
semoga hati cepat sembuh dari penyakit M ini......... aameeen...
yang benar,
suara hati
4 comments:
kongsi juga doa ini ummi.
cahaya ku telah hilang. makin hilang. makin hilang.
sila sila auntie.... sila kongsi bersama, boleh carik lagi cahaya tu InsyaAllah, berusaha dan bertawakkal./... ok
Dear my love,
Penyakit M ini memang ada pada setiap manusia. Jika dilayan penyakit ini memang akan merebak dan terus merebak. Memang susah untuk dipulihkan kembali tapi kalau ada "force" luaran barulah ia boleh dipulihkan. "Force" yang dimaksudkan tu seperti meeting dgn supervisor, dateline yg diwujudkan sendiri dan lain-lain lagi yang boleh memaksa kita itu terus semangat dalam urusan phd kita.
Tapi perkara yang amat penting untuk menjauhkan diri kita dari penyakit M ini adalah dengan sentiasa berdoa dalam setiap waktu solat kita agar kita diberi semangat untuk menuntut ilmu ini..doa..doa..doa.. InsyaAllah akan dimakbukan. Doa adalah senjata yang paling kuat yang ada pada kita untuk kita atasi segala masalah kita.
Seperkara lagi, kalau kita dapat wujudkan dateline sendiri untuk projek atau perancangan phd kita, InsyaAllah kita akan dapat atasi masalah M ini.
Sama-sama kita berusaha, berusaha dan berusaha dan berdoa, berdoa dan berdoa. Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Semoga Allah melihat usaha kita dan mendengar rintihan doa kita, dan Allah memberi kejayaan pada kita, InsyaAllah.
Thanks my love for the tips.... :):):)
Post a Comment