Sungguh hati terasa seperti ingin ketawa mendengar anak-anak berbual dengan kawan-kawan mereka petang itu.
"you know my dad knows everything, he is clever.." kata kawan humaira.
" My dad too..... my dad knows everything too..." jawab humaira tak nak kalah.
" My dad is strong like spiderman....."sampuk Hafiy pula, siap dibandingkan dengan watak superhero kegemarannya.
"My mum can cook nice food....." bela rakan mereka lagi...
"My mum can cook keropok lekor, nice pasta bake..." jawab Hasya pulak.... Nampaknya perbincangan mereka akan membawa kepada kenaikan suhu didalam rumah nie...
"Ok, dear, their mum can cook as nice as me and their dad is also as clever and as strong as abah, ok" Ummi mencuba mencari titik persetujuan disitu.
"ooooooooo......" kesemua mereka nampaknya bersetuju.
Ketika anak-anak berumur di bawah usia remaja begini, membuatkan ummi teringat-ingat ketika ummi juga diusia lebih kurang anak-anak. Bagi ummi tok mak lah yang paling cantik dan pandai. Tok wan lah abah yang paling best dalam dunia, sebab tok wan selalu belikan keropok setiap kali balik bercuti. Dan sekarang ummi merasakan pula dengan anak-anak.
Bagi anak-anak, cinta mereka pada ibubapa ketika ini 'tanpa syarat'. Walaupun ibu mereka tidaklah kurus sangat, dimata mereka ibu mereka kurus, kalau ukuran fizikal yang kita ambil kira. Walaupun abah mereka tidak pernah terbang seperti superman, bagi anak-anak abahlah superhero mereka.
Setiap hari minta dipeluk dan dicium. Setiap hari minta untuk dimanjakan. Kalau berjalan, tangan kita diraih sebelum kita meraih tangan mereka.
Sungguh murni terasa cinta anak-anak buat diri kami ibubapa.
Teringat perbualan dengan seorang kakak semasa di Bradford dulu, Kak Fauziah mungkin ingat dengan lebih terperinci lagi kata-katanya:
"Ati, peganglah tangan anak sekarang dan jangan jemu, sebab sekarang mereka memang sungguh-sungguh ingin pegang tangan kita, mungkin satu hari nanti mereka dah malu nak pegang tangan kita" "Ati, ciumlah anak-anak bertalu-talu, sekarang kita cium mereka dikhalayak ramai pun mereka suka, mereka rasa bertuah, sebab mungkin satu hari nanti mereka akan rasa malu bila kita cium mereka, atau mereka malu untuk cium kita"
"Ati peluklah anak-anak seerat-eratnya sekerap-kerapnya, sebab mungkin satu hari mereka dah tak rasa nak peluk kita"
Inilah inti pati perbualan kami.
Tapi anak-anak, ummi sentiasa mahu anak-anak memeluk kami, mencium kami dan memegang tangan kami sampai bila-bila. Kasih sayang ummi, abah pada anak-anak adalah tanpa syarat. Dan kasih sayang ummi abah pada kedua ibubapa kami juga tanpa syarat. Ummi peluk, cium dan pegang erat tangan tok mak dulu, kini dan selamanya.
Sungguh indah saat ini dimana kasih sayang anak-anak adalah "tanpa syarat". Semoga Allah mengurniakan nikmat mencintai kedua ibubapa sampai bila-bila. Aameeen
2 comments:
Setuju. Pesan arwah mak akak `Masa kita bersama anak-anak singkat saja. Sedar-sedar anak dah di asrama sek atau uni. Kemudian sudah pun berkawin. Sekarang bila anak-anak merengek kita `bebal'. nanti kita pula merindui renggekkan ini. Setiap saat adalah amat berharga. Tidak akan kembali lagi.'
betul betul betul, bila kita balik kerja or balik uni penat rasa macam nak duduk diam, anak-anak nak mintak peluk mintak main dengan depa, mula rasa macam nak bebai betui kata kak ayu, tapi bila pikiaq balik memang kena kuatkan hati takut terlepas saat-saat indah dengan anak2, dan terlepas waktu yang anak-anak minta dididik....
Post a Comment