Wednesday, 4 November 2009

Blossoms Memory - Ummi faham sekarang.......

"ummi, my tummy is hurting......."
"ummi, I am not feeling well........" adu kakak Humaira semasa kelas hafazan Al Quran di Grand Mosque hari selasa minggu cuti sekolah tu.

Selalunya kalau kakak kata dia rasa tak sihat, memang tak sihat betul tu. Kakak anak yang aktif. Ummi pegang dahi kakak. Ya lah rasa panas sedikit. Balik saja rumah malam tu kakak kata kakak nak baring, sebab kaka rasa tak sihat sangat.

Pukul 10 malam, kakak menangis sebab perut kakak sakit. Selang beberapa jam, kakak berlari-lari naik ke tandas, kakak muntah rupanya. Kesiannya anak ummi.

Esoknya, kakak mintak ummi tinggal dirumah dengan kakak, semasa ummi bersiap-siap untuk ke sekolah ummi. Kesiannya anak ummi, terasa luluh hati tengok kakak tak sihat. Ummi bagitahu abah, ummi cuti saja hari ini. Cuti sendiri. :):)

Hasya, dan Hafiy tumpang gembira sebab ummi tidak ke sekolah hari ini. Sepanjang hari, kakak bermanja dengan ummi, dan adik-adik juga memanjakan kakak mereka yang dilanda ujian Allah. Sepanjang hari badan kakak panas sangat, selera makan kakak jugak kurang.

Malamnya pula, Hafiy menangis-nangis sebab batuk-batuk. Abah pujuk-pujuk Hafiy, peluk Hafiy erat-erat, supaya dia tenang. Rupanya, badan Hafiy semakin panas, demam juga. Kakak pula berkali-kali berulang ke tandas, muntah. Nampaknya ada dua pesakit kecil sekarang. Terasa bagai mahu sahaja ummi ambil alih demam dan perut anak-anak yang sakit tu. Abah pun sama, terasa sangat 'helpless'. Doa pada Allah, tak putus-putus ummi dan abah panjatkan, semoga anak-anak ummi dan abah tabah menghadapi ujian Allah ini. Hati seorang ummi dan abah dalam melihat anak-anak yang berjuang dengan kesakitan hanya Allah sahaja yang tahu.

Ketika inilah, ummi bermuhasabah, beginilah jua perasaan tok mak dan tok wan, ketika ummi sakit semasa kecil. Beginilah juga jerut rasa tok tok dan tah ketika abah sakit semasa kecilnya. Beginilah perasaan ibubapa. Pengorbanan tok mak, tokwan, toktok dan tah takkan dapat ummi dan abah ganti sehingga ke akhir hayat, tak terbalas rasanya, hanya Allah sahaja yang menggandakan pahala kebaikan mereka sebanyak-banyaknya, doa dari kami anak-anak yang terlalu sedikit berterima kasih rupanya. Pengorbanan yang tidak akan terbalas setara.

Ummi faham sekarang, bila tok mak sebut, "satu nyamuk pun mak tak bagi gigit anak mak...."
Ummi faham sekarang, bila tok mama cerita, " masa kakak demam campak kecik-kecik dulu, sesaat pun kakak tak tidur kat tempat lain selain dari ribaan kami, mak, mak cik, tok, abah dan mama, " begitu sayang nya mereka....

Ummi faham sekarang, kenapa kita harus berdoa untuk ibubapa kita dengan doa ini,

"Ya Allah kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihaniku di waktu kecilku"

Mampukah ummi dan abah, menjaga mereka ketika mereka sakit dengan penuh kasih sayang seperti mana tumpahnya kasih sayang dan seperti mana jatuhnya belas kasih mereka ketika kami kecil dahulu. Tidak akan setara.

Ya Allah kuatkanlah hati-hati kami untuk menjadi anak-anak yang solehah penyejuk mata, penawar hati ibubapa kami,
Ya Allah lembutkanlah hati-hati kami dalam berbelas kasihan dan menyayangi ibu-bapa kami.

Ya Allah
Rendahkanlah suara kami bagi mereka
Perindahlah ucapan kami di depan mereka
Lunakkanlah watak kami terhadap mereka dan
Lembutkan hati kami untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka pada kami dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan pada kami,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memelihara kami.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana kami
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatan kami
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelum kami,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untuk kami.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah kami memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. (kredit sumber)

Semoga Allah jua kurniakan ummi dan abah dengan anak-anak yang lembut hati dan taat Insya-Allah. Penyejuk mata penawar di hati. Aameeen


(kredit sumber)


(kredit sumber)


(kredit sumber)

7 comments:

mkcoco said...

Ummi, sayunya hati saya ni bila baca article Ummi ni...terus teringat mak ayah di kampung. Sungguh besar pengorbanan ibu ayah kita terhadap anak2nya...

melatiblossoms said...
This comment has been removed by the author.
melatiblossoms said...

Terima kasih mastura, kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa. Semoga menjadi perkongsian kita bersama.

Bila teringat ibu ayah, kita terus panjatkan doa, moga Allah memberkati ibubapa kita dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Hizamel said...

Artikel yang amat menarik..Semoga satu hari nanti bila anak-anak kita baca blog ni, mereka akan tahu pengorbanan kita pada mereka dan didoakan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehan. , InsyaAllah.

Kita juga perlu sentiasa panjatkan do'a untuk ibubapa kita terutamanya dalam solat agar ibubapa kita sentiasa hidup bahagia, tenang dan paling penting mendapat Rahmat Allah. Amin

melatiblossoms said...

thanks love

[MH] said...

ameen,

thia ziarah dr Cairo
salam kenal ya ,ummi :)

melatiblossoms said...

salam thia,

terima kasih ziarah blog ummi yang tak seberapa, ummi selalu juga baca blog thia, salam perkenalan, a very good blog you have there dear. Harap jangan serik ziarah lagi yek.

Thanks again

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails