Friday, 6 November 2009

Sisipan Memori - Bulan tu bulan yang sama kan ummi?


"ummi, the moon is following us," hasya memecahkan sunyi didalam kereta. Ketika Hasya melihat seolah-olah bulan sedang mengekori kereta kami, malam itu.

"No, Hasya, the moon stay there, not moving, the moon is sooooo big, that's why everybody can see that as if it is following them." Kakak pula menjawab, bagi pihak ummi. Ini best ni kalau main test anak-anak.

"Kakak, why is that the moon seems small from here?" Tanya ummi.

"Because, the moon is faaarrr away, that is why." terang kakak lagi.

" How many moon does earth have?" uji ummi lagi

" one, ummi," jawab kakak.

" I read about planets and moon in my planets book." jawab kakak.

" So, do you think tok mak, tah, tok tok and tok wan is watching the same moon at Malaysia?" uji ummi lagi.

" Yes, of course ummi." Sessi yang indah dengan anak-anak.....


Bulan yang sama kita renung, bulan yang sama kita pandang. Bulan yang sama, menyaksikan semua sejarah dunia, sejarah mereka, sejarah kita.

Ketika ummi menginjak ke darjah satu, ummi berpindah tinggal dengan tok mak dan tok wan di Bukit Selambau. Tok Mak, berniaga di kantin tapak pembinaan sekolah menengah Bukit Selambau. Tok Mak pakar memasak, tok mak mula berniaga semenjak ummi kecil lagi. Apa saja yang tok mak masak sedapnya bukan kepalang. (nota: sudah semestinya bagi seorang anak untuk sangat suka masakan ibu mereka) Mungkin tok mak rindu sangat dengan anaknya ini, yang sepanjang usia kecilnya tinggal dengan tok.

Berpisah dengan tok ummi, sudah semestinya membuatkan hati gundah gulana. Tok lah insan yang paling ummi sayang ketika itu. Kenapa kena pindah duduk dengan tok mak? Ummi nak duduk dengan tok. Nak duduk Sungai Petani. Persoalan yang berat yang ummi rasa ketika itu.

" Cek pindah sekolah Bukit Selambau, OK, kat sana best, ada bendang, tanah luas cek boleh main dengan adik baby(mak teh), pak uda pun ada sekali sekolah kat Bukit Selambau. "pujuk tok mak.

Tanpa kata setuju dari ummi, berpindah jualah ummi ke Bukit Selambau.

" Cek tengok bulan tu, bila cek ingat kat tok, cek tengok bulan tu ok, tok pun tengok bulan yang sama." tok melepaskan dengan penuh sayu.

Permulaan hidup yang penuh dengan pengembaraan bermula juga saat itu. Terima kasih tok mak sebab memujuk hati ummi dan hati tok untuk kita hidup sekeluarga di Bukit Selambau. Cerita hidup yang indah bermula, dan ingatan jangka panjang juga berkembang saat itu.

Terima kasih tok, sebab tok rela melepaskan cucunya pergi untuk mengutip lebih pengalaman hidup di kampung yang tak akan sama dengan pekan Sungai Petani.

Semoga roh tok tenang di sana.


4 comments:

haswida abu bakar said...

Ati, gambar bulan tu gambar sendiri ka? Cantik!

melatiblossoms said...

ihik ihik ihik.. kat ayu... google image..... aduhai kalau dapat gambaq camtuh bestnya

Jeni said...

awak, back then when me and abg rizal was in a jiwang mode (sekejap aje ok), when he was in finland and me kat msia, i wrote a card to him cakap, kalau rindu tengok la kat bulan. because we share the same moon. Quote from cerita kunta kinte from The Roots. Muahahahaha ... jiwang dalam cerita lawak :D

melatiblossoms said...

awak, kelakar sungguh, iyer ker jiwang mode sekejap???????? I remember when abang rizal was in Finland, masa tu dah tunang ker awak? Ishhh macam baru semalam jer berlalu, Kunta Kinte.. aaa cam kelakar jugaklah kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails